Rawatan moden untuk hilangkan jeragat

Hati turut rasa resah apabila melihat seseorang yang aku kenali berubah wajahnya. Ada tompok-tompok hitam yang sangat ketara. Itu namanya jeragat.

Secara automatik aku balik rumah terus mengadap cermin. Kubelek wajah dengan teliti. Aku berumur 33 tahun pada tahun ini. Tak terbayang perasaan aku kalau jeragat dimukaku teruk. 

Ini cerita bukan reka-reka. Kakak ni aku kenal dah lama. Tompok hitam teruk kerana dia meniaga goreng pisang di tempat baru. Tempat lama dulu, di bawah pokok besar dan teduh. Tempat baru, pokok ada tapi kecil. Cuaca panas membahang di tambah bahang minyak panas. Rosak kulit muka dia. 

Aku pun mulut boleh tahan. Dah la lama tak jumpa, muka dulu yang aku tegur. 

Dah alang-alang aku selalu ke spa sejak akhir-akhir ni, aku pun tanya lah Beautician Consultant, rawatan apa yang membantu menghilangkan masalah jeragat yang teruk.

Kes jeragat muka aku, masih dikira tak teruk. Tapi tunggu masa juga nak muncul kalau aku tak rawat. Bila dah beberapa kali buat rawatan muka, alhamdulillah keputusan scan muka pun turun.  Kena konsisten jaga muka.

3 Ogos 2019

18 Ogos 2019

Jeragat ni sebenarnya ada akar di bawah lapisan kulit. So nak menghilangkan jeragat tu kena rawat dari akar.

Patut la walaupun kakak yang aku cerita tadi kata pakai skincare pon jeragat dia tak hilang. Makin menipiskan kulit ada la.

Aku search juga punca jeragat. Baru tahu macam mana jeragat ni terhasil.

PUNCA JERAGAT

1. RADANG KULIT 
➡️ Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan     meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).

2. PIL HORMON 
➡️ Kajian menunjukkan pengambilan pil hormon  yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat.

3. CAHAYA MATAHARI
➡️ Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV A merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

4. KEHAMILAN
➡️ Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

5. KOSMETIK & WANGIAN
➡️ Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas "phototoxic" juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.

Beautician Consultant Estetika MediSpa kata rawatan yang sesuai untuk atasi masalah jeragat ini antara adalah rawatan Mesobright. Mesobright ialah sejenis rawatan yang dirumus khas untuk menentang masalah jeragat dan hyperpigmentasi.

Pengelupasan sel kulit mati wajah atau yang sering disebut “peeling”. Sebaiknya rutin yang dilakukan agar kulit wajah selalu nampak sihat, bersih dan terawat.

Kulit mati yang menompok akan membuat wajah kelihatan kusam, berjerawat dan tatarias tidak akan menyatu dengan kulit muka.

ANTARA KEBAIKAN RAWATAN MESOBRIGHT :


  • Memudarkan jeragat
  • Sekatakan tona kulit muka
  • Mampu mencerahkan kulit muka
  • Membuang blackhead & whitehead 
  • Mengurangkan kesan parut-parut hitam & parut jerawat.






Aku dah suruh kakak yang ada banyak jeragat tu pergi Estetika MediSpa. Moga kulit muka dia kembali pulih.

Doakan kulit muka aku ok juga. Haha siapa nak kan muka tak elok. Sebab tu aku gigih juga pergi spa. 


ALAMAT : ESTETIKA MEDISPA
NO TELEFON : 017-209 0566
FACEBOOK : ESTETIKA MEDISPA
INSTAGRAM : ESTETIKA MEDISPA

3 comments:

  1. makin berusia makin kena jaga kulit. tpi tu la mai tang malas tu. padahal tau ja punca2 knpa kulit muka rosak. Sunblock tu wajib pakai

    ReplyDelete
  2. pasal jeragat ni memang ngeri..bila usia meningkat, pasti nampak ketara..mmg nk kena cari cara utk kurangkan jeragat kat muka jugak nii

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Nora hr tu preggy naik jeragat kt pipi. pastu hilang tp ni ada sikit2.

    ReplyDelete