Gara-gara putus cinta kerana jerawat

Ini cerita Emma(bukan nama sebenar). Emma putus cinta kerana jerawat. Hey man! Jerawat pun kau jadikan alasan untuk putuskan hubungan. Sedangkan kau sebenarnya dah ada yang lain kan? Itu cuma sekadar alasan betul?

Emma seorang kenalan aku. Tak lah rapat mana. Tapi ada masa kami sama-sama bertukar cerita. Ema masih muda. Haa bab berkawan ni, aku berkawan tanpa mengenal usia. Tua boleh. Muda boleh. Asal serasi bersama. 

Apa itu jerawat?

Mari kita ambil tahu serba sedikit mengenai jenis jerawat.

Jerawat adalah masalah kulit yang selalu terjadi. Lebih daripada 90 % orang pernah mengalami masalah jerawat di wajah. Hal ini berlaku kerana wajah kita ada  kalenjar sebasea yang dapat menghasilkan minyak. 

Masalah jerawat juga terjadi apabila kalenjar sebasea tersumbat oleh sel kulit mati, minyak ataupun bakteria. 

Masalah jerawat biasanya muncul pada usia 12 – 25 tahun kerana perubahan hormon dan banyak aktiviti di luar rumah. 

Jerawat ni pula ada yang menapak bertahun lamanya di wajah kita. Ada yang meninggalkan parut. Malah ada yang meninggalkan bekas(berkawah permukaan muka).

Jerawat menjadikan kita tidak selesa dan ia akan mengganggu emosi.  

Punca jerawat

  • Tidak menjaga kebersihan kulit
  • Kulit berminyak
  • Gangguan emosi seperti stress
  • Makan tidak menentu
  • Tidur tidak menentu
  • Terdedah dengan udara kotor dan panas

Jenis-jenis jerawat 


Jerawat Kecil
Jerawat kecil timbul kerana masalah hormon, kotoran pada kulit muka dan gangguan emosi seperti stress. 

Jerawat Batu / Cystic Acne
  • Rasa sakit bila disentuh
  • Saiz jerawat yang besar 
  • Mempunyai nanah
  • Ada bengkak kecil

Jerawat batu akan meninggalkan kesan parut jerawat yang sukar dihilangkan apabila dibiarkan.

Komedo
Komedo terdiri daripada dua jenis, iaitu whitehead (komedo tertutup dengan benjolan putih di permukaan kulit) dan blackhead (komedo terbuka dengan bintik-bintik hitam menutupi pori-pori). Penyebab adanya komedo adalah sel-sel kulit mati dan timbul kulit minyak yang banyak.

Jerawat vulgaris
ada komedo terbuka dan tertutup
ada jerawat yang diikuti dengan kemerahan bersisik.

Punca munculnya jerawat vulgaris adalah akibat kelebihan berminyak pada kulit muka, perubahan hormon dan pengambilan produk kosmetik yang tidak sesuai.

Jerawat rosacea
Jerawat rosacea ini muncul di usia 30-50 tahun. Pada awalnya akan ada tompok kemerahan dan meradang sehingga timbul pada hidung, pipi, dahi dan dagu. 

Jerawat Nitrosia
Kena jaga-jaga dengan jerawat ini kerana wajah akan jadi berlubang. 

Sumber semua dari encik google. Kena google nama ni untuk tengok macam mana rupa. Seram pula mommy nak letak. 

Tips Elak Jerawat

  1. Perlu tahu mengawal emosi apabila stress
  2. Menjaga kulit wajah dan juga kuku
  3. Menggunakan pencuci muka yang bersesuaian
  4. Tidak menggunakan produk kosmetik secara berkongsi bersama rakan
  5. Tidak menggunakan produk kosmetik dengan secara berlebihan 
  6. Kurang mengambil pemakanan yang bergoreng dan berminyak
  7. Mengambil pemakanan yang menjamin lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  8. Mempunyai waktu tidur yang secukupnya
  9. Kurang terdedah dengan udara yang kotor dan berdebu


Jerawat kalau nak muncul tu, muncul juga lah. Sebagai tuan badan, kena lah menjaga  kebersihan muka. Supaya jerawat yang datang singgah itu akan terus pergi tanpa meninggalkan kesan.

Haaa sambung cerita emma, gara-gara putus cinta kerana jerawat, aku kenalkan Emma dengan spa yang aku selalu pergi. 

"Cuba lah Emma. Lantaklah boyfriend yang tinggalkan kau tu. Nanti kalau dia jumpa kau lagi, pasti melopong dia tengok kau."

Aku dah lama ke Estatika Medispa. Kali pertama aku ke sana pada 1 Oktober 2017. Haa aku siap ingat tarikh. Perkara yang aku ingat sampai sekarang, samada kau surirumah. Tak keluar rumah. Wajib pakai sunblock.
Mommy irra di Estetika Medispa Shah Alam

Tapi aku degil juga la. Sehingga baru-baru ni aku scan muka sekali lagi di Estetika Medispa, keputusan muka aku makin teruk. Beautician Consultant kata muka akak nampak macam ok tapi kalau keluar nanti, teruk ni.
Banyaknya jeragat
Result scan semakin teruk. 2017 vs 2019

Pergh seram pula tengok carta kesihatan kulit muka aku. Maka aku cari sunblock SPF 50 Gel Oil Free. Dengan harapan carta kesihatan kulit muka aku kembali menurun. 

Ini aku kongsikan penjagaan muka yang betul. 
Skincare Routine

Untuk cantik pada wajah, kita perlu jaga pemakanan, minum air yang cukup, amalkan gaya hidup sihat dan lakukan rutin penjagaan wajah yang betul. 

Rutin penjagaan wajah yang betul adalah;-

Pagi:
1. Cleanser
2. Toner
3. Acne treatment lotion
4. Sunblock (spf50) gel oil free

Malam:
1. Makeup remover
2. Cleanser
3. Toner
4. Acne treatment lotion

Buat rawatan muka sebulan 2 kali. 

Boleh saja buat rawatan muka di rumah sendiri. Tapi lagi best bila orang lain yang buat. Jom pergi spa Estetika Medispa yang berdekatan. 

Baru-baru ni aku buat rawatan Vibrant. 1 jam 20 minit. Puas hati. Dah la tengah sakit kepala. Selain dapat kulit muka yang bersih, dapat "me time". Release stress.



Aku harap kulit Emma makin elok. Lupakan je la lelaki yang tak reti menghargai. Lelaki yang betul-betul sayang kita dia akan tolong kita selesaikan masalah. Bukan lari macam tu sahaja.

ALAMAT : ESTETIKA MEDISPA
NO TELEFON : 017-209 0566
FACEBOOK : ESTETIKA MEDISPA
INSTAGRAM : ESTETIKA MEDISPA

7 comments:

  1. Hai jerawat
    kalau ada menyampah
    Kalau takde dicari

    ReplyDelete
  2. Syok dapat buat facial kan mommy. Rasa muka best gila =)

    ReplyDelete
  3. bw here :) https://messarah.blogspot.com/2019/06/college-life-regret-or-not-part-2.html

    ReplyDelete
  4. sebenarnya pernah serik pergi buat facial kat tempat yang salah dengan produk yang salah.. habis rosak muka.. sebab tu lama dah tak berani buat facial lagi..

    tapi bila kulit muka makin matang (baca : tua) ni, teringin la juga buat facial balik.. kena start survey tempat facial yang bagus dan selamat la ni kan.. :)

    ...

    ReplyDelete
  5. bersih wajah mommy..

    jemput ke GA saya.

    http://madamcaramel.blogspot.com/2019/08/segmen-giveaway-up-traffic-by-madam.html

    ReplyDelete
  6. teringin juga nak buat skin test tu. nampak gaya kena pi ke Estetika Medispa jugak ni. hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah buat sekali. Best.. Skrg breakout balik. Hemmmm, rasa tak confident nak berhadapan dgn orang ramai :'(

    ReplyDelete