Graco Playpen & Set Tilam Bayi Tollyjoy

Mommy buka semula playpen Adam dulu. 7 tahun 5 bulan dah usianya. 

Playpen Graco ni mommy daddy redeem sahaja. Tak ingat dah redeem apa eh. Lama sangat dah. 

Kalau tengok harga sekarang cecah RM500. Wow! Jimat poket daddy sebab mommy tak mengada minta baru.

Masa beranak Amal mommy beli yang jenis bassinet 2nd hand. Nampak la gugurl juga. Bassinet tu tinggal kat Kedah. 

Kali ni kita berpantang kat rumah sahaja. Moga babyA baik-baik sahaja nanti. Girl ke boy ke mommy daddy okey saja. 

link

Kali ini mommy lebih kepada nak pastikan rumah bersih dan kemas. Fuhh part paling susah dan mencabar bila kena buat seorang diri dalam keadaan sarat dan ada 3 orang tukang sepah. 

Mommy taknak masa berpantang nanti, emosi mommy terganggu. Oh mengandung kali ini, emosi seringkali terganggu. Mengandung kali ni sangat penat, sakit, dan serba tak kena. Jadi kena prepare mental dan fizikal lebih untuk hari mendatang.

Graco Playpen & Set Tilam Tollyjoy

Ok sambung cerita sebenar. Set bantal & tilam ni mommy dapat hadiah cabutan bertuah event Tollyjoy Malaysia . Macam tahu-tahu nak dapat baby baru masa tu. Rezeki babyA sangat. Harga Set Tilam Bayi ni cecah RM80 juga. 

Mommy ada ja tilam baby masa Adam. Recycle guna untuk anis dan Amal. Tapi! Haa tapi disebabkan tilam kekabu lama tak guna. Bau dia. Allah. Kena jemur berbulan gamaknya. Tak apa lah. Simpan saja lah. 

Selagi kita boleh jimat, kita jimat kan. Zaman sekarang ni duit jalan macam air. Moga daddy murah rezeki untuk anak bini beliau. 

0 comments:

Post a Comment