Cecair di belakang gegendang telinga

Cecair di belakang gegendang telinga | Rawatan telinga Amal dengan Pakar ORL di Hospital Shah Alam bermula sejak usianya satu tahun. Masa tu doktor hanya pantau tanpa sebarang ubat. Ya kanak-kanak bawah 2 tahun doktor tidak berikan ubat. Doktor hanya minta ibubapa belikan sterimar untuk melegakan selsema bayi. Punca awal telinga bermasalah ada selsema yang berpanjangan. 

Menunggu giliran

Bayangkan dah berapa lama rawatan dibuat. Sekarang Amal dah 4 tahun. Makna kata kita dah berulang ke hospital selama 3 tahun. Selagi keputusan tak baik, selagi itu lah kena jumpa pakar. 

Pernah sekali telinga Amal dah ok. Fail dah tutup. Tapi selepas setahun, sakit telinga kembali. Mommy terus call Klinik ORL bagitahu masalah anak, terus buka semula fail sehingga kini. 

Satu, kita taknak sakit telinga ini mengganggu perkembangan tumbesaran Amal. Bila ada masalah pendengaran, budak akan lambat respon, lambat bercakap dan macam-macam lagi. Dari awal rawatan doktor pakar ulang benda yang sama, itu sebab mereka akan pantau sampai besar.

Mommy penat duduk, jalan-jalan kat Klinik

Alhamdulillah, ikutkan perkembangan Amal, dia cepat bercakap dan cepat respon. Masalah dia bila telinga gatal. Atau mungkin telinga dia rasa berdengung tapi dia tak tahu nak terangkan pada kita. Amal kalau tak selesa dia akan minta mommy untuk cuci telinga. Mommy golek-golek putik kapas kat kawasan luar telinga untuk beri keselesaan ada Amal. 

Tapi budak kan, kalau dah abang kakak mandi kolam, takkan adik tengok sahaja? Sekali masuk air dalam telinga. Kadang tu mereka mandi dalam bilik mandi tapi berseloroh sampai air masuk telinga adik. Pernah juga mommy cuci telinga Amal dengan Johnson baby oil terus esoknya berair telinga. Alergik dengan bahan kimia. Mommy selalu cuci dengan minyak kelapa dara, ok je tak ada masalah.

Rawatan sebelum ini, doktor kata ada air belakang gegendang telinga Amal. Doktor bagi ubat. Doktor kata kalau tak baik, kena operation untuk keluarkan air tu. Fuhh Amal yang sakit, mommy yang seram. 


Rawatan kali ini, telinga kiri ok. Telinga kanan, masih ada air. Tapi dah ada ruang udara. Kira ada perubahan yang baik. 

Doktor bagi mommy tengok guna microscope doktor tu. Ahahaha mommy ni sebab rabun kot. Tak nampak. 

Doktor nak ambil gambar untuk tunjukkan pada mommy. Tapi Amal pula meragam taknak. Amal menangis bila dengar budak bilik sebelah menangis. Lahh. Ambil gambar sahaja tak sakit la. Doktor kata tak apa. Kita buat ujian audio dulu.

Masa ni mommy minta daddy datang. Tadi daddy hantar kemudian daddy masuk office. Daddy kena datang sebab mommy dengan perut boyot tak boleh handle Amal.

35 weeks pregnant

Office daddy dengan Hospital Shah Alam dekat sangat. Rasanya dalam 5 minit sahaja daddy dah sampai. Daddy la melayan puteri kesayangan dia ni. Bagi mood elok semula. 

Daddy, ambil la gambar Amal.

Lama juga tunggu giliran untuk Ujian Bunyi. Tapi ada daddy, mommy lega dah. Mommy tengok saja. Lagipon ujian ni macam main-main lego sahaja. 

Ujian Bunyi/ Audio Test

Hasil Ujian Bunyi/ Audio Test, telinga sebelah kiri Amal OK sangat. Graft cantik. Sebelah kanan pon ok, satu line sahaja bawah garisan. Itu pon tak lari jauh. 

Selepas Ujian Bunyi/ Audi Test, kami masuk semula ke bilik doktor. Doktor kata hasil ujian hari ni, tak perlu buat operation. Kita bagi ubat dan pantau keadaan. Ruang di belakang gegendang telinga dah ada ruang udara. Makna kata saluran dari hidung ke telinga dah makin ok. 

Doktor nak tunjuk keadaan gegendang telinga amal, doktor ajak masuk ambil gambar. Baru lah mommy tahu macam mana rupa gegendang telinga. Nampak juga gegendang telinga yang ada air. 

Moga telinga Amal cepat sembuh. Jumpa lagi 3 bulan. 

2 comments:

  1. hope semuanya akan ok ... cutenya Amal.

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH telinga Amal akan ok.. cuba ambik masa je utk baik sepenuhnya..

    ReplyDelete