Wish list 2019 | OCA H²C Mattress Topper / Tilam Air

Pertama kali melihat TILAM AIR / Aqua Mattress, teknologi yang menyokong tubuh ketika tidur sangat mengujakan untuk buat mommy mencubanya.

Tilam air

Tilam air ini boleh :-

  1. Mengurangkan tekanan pada tulang belakang
  2. Menyediakan & menyejukkan sensasi
  3. Hama anti debu, antikulat dan anti bakteria

Tilam air

TILAM AIR OCA WATER MATS
1) Menyediakan sokongan cecair berkesan, memastikan berat badan disokong sama rata.
2) Penyejukan dan kehilangan haba yang lebih baik.
3) 100% anti bakteria, anti kulat dan anti-habuk.
4) Boleh dibasuh dan kalis air.
5) Bersih.

Rasa sejuk

Tilam itu akan ikut bentuk tubuh kita. Memang rasa lain. Dah nama TILAM AIR. Jadi rasa sejuk sahaja. Kalau hari hujan, kita rasa nak tidur saja kan? Mujur tak tertidur dekat situ. Haha. Sangat selesa ya.
Bukanlah manja nak kena tidur beralaskan tilam mahal. Namun pemilihan tilam yang betul membantu memberikan tidur yang lena untuk kesegaran sepanjang hari. Itu pada saya, bagaimana anda pula?

Faktor peningkatan usia dan beranak baby besar sangat memberi kesan kepada tulang badan mommy. Beza sangat melahirkan bayi seberat 2.88 kg berbanding 3.67 kg. Namun tak perlu dibandingkan dengan orang lain. Rangka badan kita pun berbeza. Alhamdulillah awak tak sakit.

Mommy teringin juga belikan untuk emak dan abah di kampung. Mana tahu membantu mengurangkan sakit badan mereka. Mak kan sakit pinggang. Nak tidur pon sakit. Abah tak cakap sakit pon, tapi kak tahu abah sakit. Kak yang muda ni pon sakit sana sini.

Kalian kalau nak belikan hadiah pada mak ayah,  TILAM AIR boleh masuk dalam list anda. Jom menabung sekarang!

3 comments:

  1. hihi sedap ni lena tidoo ada tilam cemni. ada gerak2 air hehe..
    macam tidur atas pelampung dalam kolam =D

    ReplyDelete