Kereta buat hal! Bateri kong/alternator/starter?

Ini adalah rutin hari minggu tahun 2019. Mommy dan daddy akan siapkan anak ke sekolah seawal 6 pagi. Mommy siapkan baju dan sarapan pagi, daddy siapkan anak-anak. Adam dan Anis pergi sekolah naik van, manakala daddy pergi kerja. Tinggal lah mommy dan Amal di rumah.

Mommy akan hantar Amal pergi mengaji Iqra pukul 10 pagi. Dalam pukul 10.30 pagi  mommy dah mula bertukang kat dapur. 11.30 pagi Adam balik dan terus pergi mengaji Iqra. Pukul 12 tengahari mommy hantar Amal naik van sekolah depan rumah. Walaupun hanya depan rumah, mommy nak kena bersiap elok juga. Panas pula tu. Tak hantar nanti Amal berdrama tak nak pergi sekolah pula.

Balik dari mengaji Adam bersiap dan makan tengahari. Pukul 12.30 tengahari Adam naik van, Anis turun van. Giliran Anis pula makan tengahari. Hmm macam mana la situasi apabila  dah ada adik baby nanti.

Dari pagi hari, mommy daddy dah kena berzikir panggil nama setiap seorang untuk bersiap. Kalau tak, tak bergerak. Riuh rendah wei.

Seterusnya pukul 5 petang Anis pergi mengaji Iqra. Amal balik lebih kurang 5.20 petang. Adam pula sampai 7 malam.

Daddy akan sampai rumah sebelum pukul 8 malam untuk hantar Adam pergi tuisyen. Cuma malam ni Adam balik 9.20 malam untuk tuisyen ganti sempena perayaan Ponggal.

Begitu lah aktiviti setiap hari Isnin sehingga Khamis. Tiba-tiba daddy masuk semula ke rumah.

"Mana Adam?"
"Mana ada ambil Adam lagi. Kereta tak boleh start".
"Laa apa masalah? Bateri kong?"
"Tak tahu lah."
"Last kita tukar bateri kereta Jun 2017 kan?", kuat pula ingatan mommy pasal kereta. Teringat lah kes hari tu. Mommy ingat kereta tak boleh start kat McD sebab bateri kong la.

Kali ni kereta tak boleh hidup depan rumah. Mujur lah tuisyen dalam taman sahaja. DaddyG jalan kaki ambil Adam.

Ikutkan pada tarikh akhir tukar bateri adalah setahun setengah yang lalu. DaddyG guna bateri kereta:- Century, RM200.00 Waranti: 12 bulan/25000km

Waranti bateri pun dah habis. Kemungkinan besar adalah masalah bateri kong. Hurm masa tu dah 9.30 malam. Kedai kereta semua dah tutup. Sementara daddyG ambil Adam, mommy di rumah hubungi bateriku.com

Sebelum ni dah 2x kami tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Sekali dekat Shah Alam, kami walk in terus ke HQ Bateriku.com. Kali kedua pula masa daddyG tengah ada urusan dekat Setia Alam. Masa nak balik tu, kereta tak boleh hidup.

Pengalaman kereta tak boleh hidup ni buat mommy ada memori kuat dengan bateriku.com. Bukan mommy saja, daddy pon sama. Tapi, daddy akan kata "You contact bateriku.com". Arghhh mommy jugak!

Alhamdulillah, ada dealer bateriku.com dekat kawasan rumah mommy ni. Esoknya Amal ada temujanji dekat Hospital Shah Alam. Mommy harap sangat la masalah kereta dapat selesai malam tu juga. Customer service bateriku.com kata boleh datang pukul 11 malam.

Daddy godek-godek juga kereta, tak jadi apa. Ada masa sejam lagi. Kami tunggu ja la dalam rumah.

Kereta tak boleh hidup, apa masalah?

Beberapa minit nak pukul 11 malam, orang bateriku.com sampai.

1. Periksa keadaan bateri kereta
Bateri kereta masih elok. Jadi bukan masalah bateri kong kereta taknak hidup.
Periksa keadaan bateri kereta

2. Bateri kereta ditukar dengan bateri baru 
Untuk memastikan bukan bateri kong punca kereta tak hidup, bateri kereta ditukar dengan bateri kereta baru. Kereta masih tak boleh hidup.

#baterikong ke?

3. Bertanyakan kita sama ada nak tukar bateri atau tidak
DaddyG decide untuk tak tukar bateri. Belum masa lagi nak tukar bateri kereta. Nak kena repair kereta ntah berapa pula habis. 

Sabar sahaja orang bateriku.com melayan kami. Bateri kereta elok lagi. Kemudian beliau minta izin pulang.

Oh tahu tak? Kalau kereta tak boleh hidup, alternator tak boleh diperiksa.

Haa apa masalah kereta sebenarnya? 

Aduh panjangnya cerita hari ini. Masa ni pon dah 11.30 malam. Penat. Mengantuk. Nak tahu apa jadi seterusnya?

Mommy panggil jiran sebelah, tanya lah mekanik yang dia selalu hubungi. Kami tunggu pula abang pomen datang. Rupanya masalah starter.

Jadi kereta tak boleh hidup mungkin disebabkan;-
1. Bateri kong
2. Alternator
3. Starter

Takut kena ketuk dengan pomen

Esoknya, mommy postpone temujanji dengan doktor pakar Hospital Shah Alam. Pagi tu sedang daddyG godek kereta dia, jiran lalu. Jiran lah tolong ketuk-ketuk starter sehingga hidup. Sementara nak tunggu kedai buka, daddyG matikan enjin dahulu.

Ketuk-ketuk starter | Cara tradisional hidupkan enjin kereta

Sebelum nak keluar, 15 minit juga la daddyG ketuk-ketuk starter sehingga enjin kereta hidup dan bawa kereta ke kedai yang dia selalu servis kereta. Takut kena "ketuk", baik lah pergi dekat orang yang kita dah biasa.

Starter Saga BLM

Starter dah tukar baru. Maka daddyG kena get ready untuk tukar bateri kereta pada bila-bila masa juga. Senang, tukar sahaja dengan bateriku.com. Tambahan pula bateriku.com dah ada aplikasi sendiri.

Aplikasi bateriku.com

Bateriku.com tak terkecuali seiring dengan teknologi. Ada aplikasi sendiri. Wah dah 50 ribu download. Mommy juga la yang ketinggalan ni. Hehehe. Better late than never ya!

Install aplikasi Bateriku.com

Jom muat turun/ download sekarang di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bateriku.customer

Kereta ada untuk kemudahan harian. Nak tak nak kena jaga baik-baik dan maintain elok-elok. Dan yang pasti kita tak kena "ketuk" dengan orang yang suka ambil kesempatan. 

53 comments:

  1. Itulah yang bagusnya bateriku.com cepat pastu harga memang tetap Dan boleh kata termurah beserta waranti hampir seluruh Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita ye. Guna bateriku.com. kita kat meru. Awak kat penang.

      Delete
  2. paling seram bab2 bateri ni lagi2 kalo time drive sorang.
    penah jadi skali sbb lupa tutup lampu tapi time tu xde cnggih mcm skrng ni. dah majuuu dan memudahkan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha..kalau sorang tu memang cuak giler lah..penah juga kat trafik lite kete mati.. adoiii.. terus matikan enjin n hidupkan semula.. mujur time tu org xramai

      Delete
  3. Replies
    1. Sekarang ada apps lagi mudah. Boleh install. Irra dah install

      Delete
  4. Replies
    1. Tu lah. Kalau kat jalan naya juga la. Kat depan rumah boleh lepak tunggu dalam rumah

      Delete
  5. baru tau pasal bateriku.com, trima kasih atas infonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la guna khidmat bateriku.com selepas ini

      Delete
  6. Murni pon dah download siap2 apps bateriku ni..mujur dekat Penang pon ado service depa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang antara yang terawal ada. Senang tu kalau jammed ke apa, panggil ja depa mai. Zas zas depa mai dengan moto

      Delete
  7. Selamat ada bateriku.com..tabah la mommy oii..kadang kereta ni ni banyak tahun mula la dia nak mengada-ngada kan..kira nasib nasib baik la x kenkena kat jalan besar..depan rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak habis bayo ,mengada lebih la dia.. adududuu tabah je la.. dia minta nafkah juga

      Delete
  8. hopefully ur car is ok by now.. great to hv this kind of starter.. nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta dah ok. Cuma still kena get ready.. maybe bateri lah lepas ni

      Delete
  9. Bagus perkhidmatan bateriku ni... Call. Je, mereka datang. Harga pun sangat berpatutan.

    Skrg dah ada app, lagi la memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call. Tunggu jap diorg datang. Klu dia cakap kul1, memang on time datang

      Delete
  10. kereta oh kereta. gitu la kerenah nyer ekk :)
    time kita sibuk tu la, dia buat hal biasa nyer. sabo jer la.
    bateri.com ni ada kat melaka ni. biasa nampak diorang bergerak di area aida ni.
    so, memang aida dah take note of diorang la.
    cuma, mr.asben ada pomen dia yg tetap :) hi hi hi hi...
    few times before this problem kereta tak boleh start, at any time, pomen dia dtg je rumah.
    anyhow, bateri.com ni memang bagus. ada apps lagi. terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah tu kalau ada pomen sendiri. Senang jadi apa2

      Delete
  11. Betul sekarang ni call jer Bateriku memang senang dan cepat kita pernah guna juga khidmat mereka hehehe walaupun mahal sikit lah tapi sangat membantu huhuhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mahal ka? Husband kak irra kata dia survey dah harga. Harga ok.

      Delete
  12. Very useful information. First time hearing about bateriku.com. thank you for sharing.

    ReplyDelete
  13. informasi dan tips yang bagus sekali untuk memilih baterai mobil . nice information

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa...kena bersedia bila-bila masa. Hehe kereta ni ntah bila-bila masa saja akan meragam

      Delete
  14. Perkongsian yg baik...semoga ada ramai yg boleh dibantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat membantu mereka yang ada masalah kereta tak boleh hidup

      Delete
  15. Tak silap sis dah 2 kali guna khidmat bateriku.com ni..memang cepat diaorg datang rumah..kalau tak memang tak berjalan le sis. Nasib baiklah diorg ni cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Irra 2 x gak tukar bateri dengan bateriku.com ni.. servis terbaik

      Delete
  16. Risau nya kalau masa drive sengsorang kete buat pasal. Bab bateri ni kalau dah cukup tempoh memang seeiau bawak kete. Nasib baik laaaa ada bateriku.com eh... Nak installs gak laaa

    ReplyDelete
  17. Yang paling best adalah tidak perlu dikenakan caj jika bateri masih elok kan? Memang baik lar kalau ada perkhidmatan sebegini.

    ReplyDelete
  18. Selalunya perempuan jarang nak alert bab2 ni. Tapi sebab saya pernah kena masa 1st time alternator kong.. So 2nd time saya da dapat agak dah

    ReplyDelete
  19. Mudahnya kan zaman sekarang ni. saya pun suke sgt dgn bateri.com ni. baru2 ni pon suami keje shift malam tiba2 tak boleh start kereta. imagine jam 12 pagi. mane nak dapek bateri kereta. mujur la bateri.com ni ada.

    ReplyDelete
  20. hahaha i also use bateriku! last time always go to those shop then kena charge kao kao.. after that found out about bateriku then i use it all the time. so easy and fast.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau bila bateri kong terutama bila dlm perjalanan jauh..bagus ada bateri.com ni

      Delete
  21. bagus servis bateriku.com ni cuma perlu lanjutkan tempoh service dorang sampai lepas pukul 12malam

    ReplyDelete
  22. Kc pun belum download apps bateriku.com lagi waduh waduh. Kena sediakan payung sebelum hujan ni hehehe.

    Thankyou share info dan pengalaman mommyy! :D

    ReplyDelete
  23. Haritu pun mujur ada diorang mommy di hari ahad time semua yang lain rehat

    ReplyDelete
  24. Baru kena awal bulan haritu. Nak gi keja keta tak boleh start. Terpaksa EL. Tak teringat pasal bateriku.com. Ingatkan starter problem. Rupanya bateri kong sebab air bateri kering... Huhu..

    ReplyDelete
  25. tak pernah guna lagi bateriku ni..tapi kena download la apps dia siap2..sng kalau pape jadi

    ReplyDelete
  26. Wahh ade apps dh ke? Bru tahu ni.. hee.. good info..

    ReplyDelete
  27. Masalah kereta xleh start ni pCL dah biasa hadap dah..tapi selalunya masalah bateri kong. Kena selalu2 chekup keadaan bateri.. jgn tggu kong baru nak gelabah! Apa2 pun skrg jgn risau sebab bateriku.com ada dimana2..servis mereka tiptop lah.

    ReplyDelete
  28. Mmg senang servis bateriku.com ni. Suka sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Drpd awal call, tunggu respon pon pantas. Puas hati

      Delete
  29. tak boleh ingat pasal bateri kong malam raya tahun lepas rasa nak nagis jew. Nasib baik raya melayu kedai cina still buka kalau CNY nagis lah

    ReplyDelete
  30. Dekat tempat kite pun ade nampak banner bateriku.com.. klu jadi ape2 mmg nak cuba la guna perkhidmatan bateriku.com

    ReplyDelete
  31. Pernah rasa kereta tak boleh hidup banyak kali dulu. Biasanya en. suami sambung wayar dengan kereta jiran atau kawan2nya sementara nak ke kedai beli bateri baru. Kalau ada bateriku.com masa tu, kan bagus. Sekarang dah tahu, kalau terjadi lagi, bolehlah hubungi bateriku.com....

    ReplyDelete
  32. Walaupun baru je tukar bateri kereta, kena jugak ni download bateriku.com mana la tahu untuk masa akan datang. Thanks mommy share pasal ni

    ReplyDelete
  33. Banyak kan kena tau bab kereta ni lebih lagi kita orang perempuan. Dah download apps bateriku. Nanti kalau pape senang.

    ReplyDelete
  34. Selalu dengar nama bateri.com tapi tak [ernah baca tentangnya. Terima kasih kongsikan. sangat berguna

    ReplyDelete