3 sebab anda perlu cuba Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening

Sejak mengenali Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening, mommy terus suka lah. Tambahan sekarang ni musim panas dan mommy tengah mengandung. Berpeluh teruk badan terutamanya ketiak. Masam pula tu. Mommy sendiri tak tahan. Tapi masalah tiada lagi dengan adanya Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening. 


Konfiden nak angkat tangan tinggi-tinggi bila tiak dah wangi..hehehe

link

Awak kena cuba tau Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening tau

Mommy ada buat survey dekat Ig Story mommy. Apa yang anda tak suka dengan deodorant lama anda? Antara sebabnya adalah:-

Apa yang anda tak suka dengan deodorant lama anda?

1. Lekat kat baju. Menyebabkan baju cepat rosak.
Ok masalah ni memang masalah besar. Mommy sendiri hadapi apabila membasuh baju daddyG. Kat bawah lengan baju warna dah lain macam. Padahal baju masih elok.
Tapi anda tak perlu risau kerana Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening bersifat mengeringkan. Jadi tak melekat pada baju.

2. Melekit
Deodorant yang melekit akan buat kita tak tak selesa. Jadi sebab tu anda kena cuba Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening yang tidak melekit. 

3. Bau tak tahan lama
Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening tahan sehingga 48 jam(haha mommy salah type lah kat dalam gambar di bawah)


3 sebab anda perlu cuba Vaseline Dry Serum Ultra Whitening

Dengan Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Whitening ni, cuaca panas macam mana pon dah tak ada masalah. Ketiak rasa kering dan selesa. Paling best dah tak ada ketiak masam. Muahahahaa. Bau ketiak sendiri boleh pitam, macam mana la nak duduk sebelah orang. Haha

Kat mana nak dapatkan? 
Senang sangat. Kat mana-mana anda shopping barang keperluan seperti Tesco, Guardian, Watsons, atau boleh buat belian secara online. 

Cuba tau! Rugi kalau tak cuba.

3 comments: