Ini antara produk/barangan yang mommy dapat semasa event Natugee tempoh hari. Banyak sangat mommy dapat. Produk semua terbaik. Produk organik dan semula jadi. Oh yang satu tu pin Swarovski tau! Terima kasih penaja! 

Natugee Organic
www.facebook.com/natugee
www.instagram.com/natugee
www.natugee.com

Natugee Deep Cleansing & Happy Skin Mask

Lihat video mommy menggunakan Natugee Skin Mask


Mommy merupakan seorang pengguna produk organik atau semula jadi. Jadi mommy sangat suka dengan produk Natugee ni. Mommy pakaikan juga untuk daddyG. Daddy tu muka dia dah mula ada jeragat. Muka mommy pula tengah breakout sebab perubahan hormon. 

Narinar Malaysia
www.facebook.com/flutherapyofficial
www.instagram.com/narinar.malaysia

Sidrie Narinar

Lihat video Sidrie Narinar


Narinar ni mommy sapu pada Ayra selepas mandi dan sebelum tidur. Bau dia pon mommy suka. 

Bondahaven
www.facebook.com/bondahaven
www.instaram.com/bondahaven

Bondahaven

Lihat video Bondahaven 


Mommy kena migrain semalam, mommy sapu Bondahaven ni. Memang mujarab. Sungguh! Masa tengah migrain sakit kepala tu, rasa makin ringan kepala. Sakit pon perlahan lahan beransur pergi. 

Lovera Magic Jelly
www.facebook.com/loveramalaysia
www.instagram.com/loveramalaysia

Lovera Magic Jelly

Lihat video Lovera Magic Jelly


Mommy pilih untuk sapu pada rambut. Best je rasa rambut lepas sapu Magic Jelly ni. Mommy guna untuk mommy, Anis, Amal dan Ayra. Haa satu keluarga guna. 

Wirdora
www.facebook.com/wirdora
www.instagram.com/wirdorahq

Wirdora Swarovski

Lihat video 


Cantik sangat Wirdora Swarovski ni sampai mommy rasa sayaang nak guna. Tapi akan guna juga satu hari nanti. 

EORI Wonder Skin
www.facebook.com/eoriofficial
www.instagram.com/eoriofficial

EORI Wonder Skin

Lihat video EORI Wonder Skin


EORI Wonder Skin ni mahal sungguh! RM199. Memang rezeki sungguh sebab mommy tengah ada ekzema. So mommy sapu pada tempat2 ekzema. Ekzema, please behave ya. Kesian mommy. 

Jamu Tun Teja
www.facebook.com/jamutunteja
www.instagram.com/jamutunteja_hq

Lihat video Mekar Jamu Tun Teja


This one mommy belum buka lagi. Dah tiba masa boleh guna nanti, mommy guna. Siapa taknak payudara kembali anjal. Sekarang dah anak 4, menggelebeh. Haha

Chiio by TheNittyGritty Event Decorator
https://instagram.com/chiio_by_thenittygritty
Chiio by TheNittyGritty

Chiio yang mendeko event hari tu. Mommy dapat satu pokok ni. Sayang tau ada daun dia dah luruh sebab anak-anak ingat makanan. Sibuk mereka nak buka. Huwaa. Dari pandangan sini je nampak perfect. 

Terima kasih semua. Moga murah rezeki semua. 


Tempoh hari mommy berpeluang menghadiri Majlis ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara yang di anjurkan oleh Natugee organik bersama Mrs Malaysia World di Furama Hotel Bukit Bintang.

 ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ 

Majlis ini diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia  juga  sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita. Wanita sebagai ibu memainkan peranan penting dalam membentuk generasi akan datang. 

Sekarang ni masalah kesihatan mental di kalangan wanita semakin bertambah. Wanita memikul peranan yang yang besar sebagai isteri, ibu, majikan atau pekerja hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Kegagalan mengendalikan emosi akan menyebabkan depresi .

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan orang di sekeliling.

Acara sebegini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran. 

Pelbagai pengisian dalam acara ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ seperti:-

Sesi pertama bersama Dr. Linda Mat Hassin memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup.

'Stress' boleh meyebabkan hidup kita bercelaru, tidak terurus dan tidak akan mencapai nilai hidup yang terbaik dan apa yang diinginkan. Menurut Dr. Linda,  terdapat 6 asas yang membolehkan kita dapat meniti usia dengan sempurna, iaitu:-

  1. Melalui diet dan pengambilan makanan bernutrisi
  2. Perhubungan
  3. Bersenam
  4. Pengurangan stress
  5. Tidur yang cukup
  6. Harmon (pengawalan yang baik)

Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita.

Cara nak membaca label pada barang kosmetik

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’  yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. 

Forum "A New Formula For Happiness"
Ia melibatkan empat ahli panel iaitu:-

Puan Rena Rifaee 
Merupakan  Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin 
Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum.

Datin Harveen Kaur 
Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019.

Mrs Malaysia World 2019

Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle 
Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora

Bersama DD


Waka Waka KL
Sementara mommy menyertai majlis ini, anak-anak dan daddy berada di Waka Waka KL yang terletak di Ground Floor Furama Hotel ini. 

Port yang paling digemari

Port untuk kanak-kanak yang lebih kecil

Terima kasih theAsianparent atas jemputan. 

Terima kasih theAsianParent

Terima kasih di atas peluang untuk menghadiri majlis sebegini. Majlis ini membuka mata mommy untuk lebih mementingkan kesihatan diri sendiri. 

Bagi mommy sendiri, selepas ni mommy kena bersenam. Kawal stress dan hormon dengan bijak. Akhir sekali dapatkan tidur kan cukup atau berkualiti. Sebenarnya penat yang akan buat kita lebih mudah stress. Jom cari bahagia!

Healthy is the new happy!
Sebagai seorang ibu, saat yang meresahkan sepanjang hari adalah apabila anak tidak sihat. Tambahan sekarang musim panas yang teruk. Mudah sangat anak mendapat penyakit seperti selsema, batuk, berkahak atau demam.

Susah hati betul. Macam mana nak kawal sakit anak? Baru-baru ni Ayra yang masih 5 bulan batuk berkahak dan selsema. Malamnya Ayra terus demam. Badan dia kalah melawan virus yang menyerang lah tu. Bertambah susah hati mommy...

Seperti yang kita semua tahu, bayi bawah 2 tahun kita tak boleh sembarangan bagi makan ubat. Pergi lah ke pakar sekalipun, mereka tidak akan memberi ubat. Masa Amal belum 2 tahun, kerap selsema sehingga ada jangkitan pada telinga, doktor pakar hanya minta mommy belikan sterimar. Jadi untuk Ayra mommy dah sediakan sterimar apabila Ayra selsema. Cuma bila Ayra batuk berkahak? Apa yang perlu mommy lakukan?

Haa tahu tak? Dalam badan kita ada bakteria baik dan bakteria jahat? Kita jatuh sakit apabila bateria jahat menguasai badan. Masa Anis ekzema dulu, mommy ada berikan Anis probiotik juga. Hurmm kena juga cari Probiotik untuk Ayra lah macam ni.

BioGaia Drop Probiotik pilihan mommy untuk Ayra

Apa itu probiotik? Gambar rajah di bawah mommy dapat dari blog www.ovennini.com hasil perkongsian rakan mukabuku 2 tahun lepas. Sebab senang faham, jadi mommy nak share di sini. 

Probiotik & prebiotik
Percaya atau tidak, penyakit yang datang adalah dari usus. Usus menerima makanan dari apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menentukan kesihatan tubuh badan kita. 

Jadi nak sihat, jaga lah pemakanan. Cuma kalau kita tengah sakit macam mana?


Apa itu probiotik?

Apa itu probiotik?

Probiotik adalah makanan/minuman atau supplemen yang mengandungi mikroorganisma baik yang boleh hidup di dalam saluran penghadaman manusia dan memberi pelbagai manfaat.

Sumber probiotik
Makanan atau minuman Probiotik dalam gambar di atas mommy tak makan. Haha serius la mommy tak makan budu, tempe, yogurt, kimchi, cencaluk atau tempoyak. Kefir atau teh kombucha pun mommy tak pernah tengok depan-depan.

Kalau baby yang tak sihat, mana boleh baby makan makanan probiotik. Nak taknak mommy kena cari supplemen probiotik yang sesuai untuk bayi.

Supplemen probiotik terbaru yang ada di pasaran adalah BioGaia. Jenis cecair, minum 5 titis setiap hari. BioGaia Probiotic Drops selamat untuk bayi 0-3 tahun.

BioGaia Probiotic Drops

BioGaia juga mengeluarkan probiotik berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun dan juga orang dewasa. Selamat untuk ibu menyusu dan semasa mengandung.

BioGaia Probiotic Chewable Tablets

Amal akan dapat batuk setiap kali minum minuman berais atau makan aiskrim. Tapi sejak mommy bagi Amal(4 tahun) makan BioGaia Probiotic Chewable Tablets, tak dengar dah Amal batuk. Ayra pon dah tak selsema atau batuk. Alhamdulillah senang hati mommy bila anak-anak mommy sihat.

Khasiat Probiotik:-

  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Membantu proses penghadaman
  • Membantu pengawalan berat badan
  • Meningkatkan fungsi sistem imun
  • Mengawalselia kesihatan jantung
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Memulihkan cirit birit, sembelit & isu gastrousus

Mommy juga akan bagi anak makan probiotik apabila mereka mengambil antibiotik. Antibiotik akan membunuh semua bakteria jahat dan baik. Jadi anak-anak perlukan kembali bakteria baik dengan segera sebelum bakteria jahat menggalak.

Gini lah nak faham mudah sikit. Kalau ada virus serang, dia akan sekufu dengan bakteria jahat. Jadi bila bakteria baik tak ada, maka bakteria jahat akan bermaharajalela dan badan akan mudah sakit. Bila mommy topup probiotik, badan akan stay kuat sebab bakteria baik akan lawan virus yang menyerang.

Makanan tidak sihat adalah makanan kepada bakteria jahat. Maka sila ajar anak anda(anak mommy juga) untuk makan sayur selalu dan amalkan pemakanan sihat.

Ada bayi lelaki atau perempuan, kepala mereka tetap akan dicukur. Anak lelaki mommy cukur 7 kali. Emak suruh, aku turutkan sahaja.

Kenapa kena cukur kepala bayi?

Antaranya hadis dari Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya.”
(Hadis Riwayat. Nasai 4149, Abu Daud 2837, Tirmidzi 1522 dan dishahihkan Al-Albani)

Selain itu, Rasulullah SAW telah mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.A:

"Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.”
(Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi)

Anak mommy dah 4. Buat masa ni memang kita tak buat akikah pada hari ke 7.

Nama pula daddy umumkan pada hari pertama baby dilahirkan. Sunat juga umum nama hari pertama. Tak percaya pergi tanya ustaz.

Mommy ni nak recall balik siapa yang mencukur kepala anak. Jenuh! Haha boleh tak mommy kata mommy lupa?

Tokbah 2x cukur kepala cucu. Tapi yang seorang lagi tak ingat siapa. Amal rasanya. Kena cari bukti dalam hard disk. Tok Melah cukur kepala Adam. Kak Aisyah cukur kepala Anis.

Tokbah cukurkan kepala Ayra.








Sekarang Ayra dah 6 bulan. Tapi rambut tak banyak lagi. Arghh bila nak rambut panjang sayang? Tapi sama je dengan Adam, Anis, dan Amal. Rambut jenis halus. Segan nak naik. 
Hati turut rasa resah apabila melihat seseorang yang aku kenali berubah wajahnya. Ada tompok-tompok hitam yang sangat ketara. Itu namanya jeragat.

Secara automatik aku balik rumah terus mengadap cermin. Kubelek wajah dengan teliti. Aku berumur 33 tahun pada tahun ini. Tak terbayang perasaan aku kalau jeragat dimukaku teruk. 

Ini cerita bukan reka-reka. Kakak ni aku kenal dah lama. Tompok hitam teruk kerana dia meniaga goreng pisang di tempat baru. Tempat lama dulu, di bawah pokok besar dan teduh. Tempat baru, pokok ada tapi kecil. Cuaca panas membahang di tambah bahang minyak panas. Rosak kulit muka dia. 

Aku pun mulut boleh tahan. Dah la lama tak jumpa, muka dulu yang aku tegur. 

Dah alang-alang aku selalu ke spa sejak akhir-akhir ni, aku pun tanya lah Beautician Consultant, rawatan apa yang membantu menghilangkan masalah jeragat yang teruk.

Kes jeragat muka aku, masih dikira tak teruk. Tapi tunggu masa juga nak muncul kalau aku tak rawat. Bila dah beberapa kali buat rawatan muka, alhamdulillah keputusan scan muka pun turun.  Kena konsisten jaga muka.

3 Ogos 2019

18 Ogos 2019

Jeragat ni sebenarnya ada akar di bawah lapisan kulit. So nak menghilangkan jeragat tu kena rawat dari akar.

Patut la walaupun kakak yang aku cerita tadi kata pakai skincare pon jeragat dia tak hilang. Makin menipiskan kulit ada la.

Aku search juga punca jeragat. Baru tahu macam mana jeragat ni terhasil.

PUNCA JERAGAT

1. RADANG KULIT 
➡️ Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan     meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).

2. PIL HORMON 
➡️ Kajian menunjukkan pengambilan pil hormon  yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat.

3. CAHAYA MATAHARI
➡️ Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV A merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

4. KEHAMILAN
➡️ Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

5. KOSMETIK & WANGIAN
➡️ Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas "phototoxic" juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.

Beautician Consultant Estetika MediSpa kata rawatan yang sesuai untuk atasi masalah jeragat ini antara adalah rawatan Mesobright. Mesobright ialah sejenis rawatan yang dirumus khas untuk menentang masalah jeragat dan hyperpigmentasi.

Pengelupasan sel kulit mati wajah atau yang sering disebut “peeling”. Sebaiknya rutin yang dilakukan agar kulit wajah selalu nampak sihat, bersih dan terawat.

Kulit mati yang menompok akan membuat wajah kelihatan kusam, berjerawat dan tatarias tidak akan menyatu dengan kulit muka.

ANTARA KEBAIKAN RAWATAN MESOBRIGHT :


  • Memudarkan jeragat
  • Sekatakan tona kulit muka
  • Mampu mencerahkan kulit muka
  • Membuang blackhead & whitehead 
  • Mengurangkan kesan parut-parut hitam & parut jerawat.






Aku dah suruh kakak yang ada banyak jeragat tu pergi Estetika MediSpa. Moga kulit muka dia kembali pulih.

Doakan kulit muka aku ok juga. Haha siapa nak kan muka tak elok. Sebab tu aku gigih juga pergi spa. 


ALAMAT : ESTETIKA MEDISPA
NO TELEFON : 017-209 0566
FACEBOOK : ESTETIKA MEDISPA
INSTAGRAM : ESTETIKA MEDISPA
Awal bulan 9 mommy perasan Ayra ringan. Eh ringan Ayra sekarang. 5/9/2019 mommy timbang Ayra 6.2kg. Hah? Berat Ayra 5 bulan 6.6kg. Turun 400g. Kenapa?


1 Ogos Ayra mula merangkak (4m20d)
22 Ogos Ayra dah mula duduk sendiri(5m10d)
23 Ogos Ayra batuk kahak dan demam
26 Ogos Ayra mula berdiri
29 Ogos Ayra boleh duduk elok
30 Ogos Ayra mula meniarap dalam buai
30 Ogos mommy mula bagi Ayra makan
12 September Ayra ada 2 gigi


Ayra merangkak masa 4 bulan lebih, sebulan merangkak baru mommy bagi makan. Sebab tu agaknya lemak-lemak Ayra digunakan untuk jadi tenaga dia bergerak ke sana sini. Huhu. 

Moga Ayra terus sihat dan membesar dengan baik. 

Satu lagi! Bulan depan akan lepas garisan kuning. Go Ayra Go!
Ini gambar Ayra sepanjang Ayra 5 bulan.

Boleh klik gambar Ayra sebelum ni:-
Ayra Newborn 2.99kg
Ayra 1 Bulan 4.12kg
Ayra 2 Bulan 5.32kg
Ayra 3 Bulan 5.622kg
Ayra 4 Bulan 6.17kg
Ayra 5 Bulan 6.62kg

Ayra 5 bulan terus dapat hadiah jatuh katil. Masa ni Raya Haji kat rumah tok Kedah.

Uncle Arz datang rumah tok.

Bye Luqman. Ayra nak balik dah. Jumpa lagi Raya Puasa tahun depan. 2020.

Bye acu, maklang, kakak, alang, amni, izzul, luqman, emir, amnan.

Bye ummi.

Alah alah manja sangat tu dengan ummi.

Dalam kereta nak balik Meru. Tiap kali nak balik rumah, sama ada kat Kedah atau Kelantan, masing-masing excited. Tunggu dalam kereta. Tunggu mommy, nak selfie la. Apa la. Adoi mommy.

Kami doa daddy murah rezeki. Dapat beli kereta besar dan selesa untuk kami balik kampung.

Muka manis tu kenapa?

Mesti la muka kekenyangan.

Kerja Ayra tidur je la.

Kakak kakak sila layan Ayra.

Mommy bawa Ayra jalan-jalan.

Nak pergi IPC Shopping Centre

Berpicnic tengah tengah mall.

Banyaknya mainan.

Untuk Ayra tak ada ke? Ayra nak main juga.

Mommy tak ada kerja lain. Gambar gambar gambar!

Ayra tak boleh duduk lagi. Mommy pegang tangan ayra ye.

Mommy minta tolong orang ambilkan gambar. Haha.

Ini Teepee Tent saya yang punya. Haha!


Diapers Applecrumby & Fish ni best giler tau. Lembut. Jenama setaraf mamipoko. Bila ada diskaun jadi murah giler dari mamipoko.

Harus la mommy beli juga.

Kak Arissa suka dukung Ayra


Mommy nak ukur kepala Ayra

Abang Adam balik sekolah buli saya.



Acah je tengok tv seminit. Haha. Pusing cari mommy tak ada, teriak.





Hantar kakak Amal pergi sekolah.


Wahhh hensem.. haha

Si bolat

Lepas kena candu lah tu

Apa? Mommy beli saya dekat shopee?

Ayra demam pertama kali. Dan juga batuk berkahak. Pagi esoknya dah kebah demam.  Tapi  nak follow daddy tengok wayang juga. Ayra tunggu kat luar je.




Alimnya. Tidur pon pakai tudung. Macam cerita tv. Haha








Jumpa toksu kat Hospital Serdang.





Saya dah boleh duduk!













Aunty Amysyeera.com

Aunty Masturadin.com

Aunty Izan, jiran

Tokti. Sepupu tokbah.

Kakak Aufiya

Mama meena dukung saya sebelah tangan jee









Mommy konon nak kurus. Tapi boleh ke konsisten tu? Haha



Mommy rasa Ayra ringan bila mommy dukung. Ringan sangat. Mommy timbang. Allah! 6.2 kg. Kembali ke berat 4 bulan. Tapi kalau tengok Ayra yang aktif merangkak ke sana sini cari mommy. Kemudian aktif menangis berpeluh-peluh. Banyak tenaga digunakan. Huwaa susut anak mommy.

Dia nak memanjat saja.

Mood elok, tertidur sendiri.

Mood baik, senang sangat tidur.

Ayra dah pandai buat kerja laaa...

Ayra kesejukan dalam kereta. Haha

Hantar tokma naik flight.

Tokma tidur satu malam rumah Ayra.

Ayra melentok kat mommy.

Bestnya tidur.

Comel kan saya. Muahahahaa

Semua benda saya nak makan. Testing testing. Sedap tak keychain beg tokma ni. Haha

Mommy baru cuci karpet ni. Patut sedap tidur.

Muka baru bangun tidur.

Bila kena paksa tidur.

Jom tidur.

Tak best la tidur terlentang. Meniarap pula.

Wah mainan.

Kaki buaian tu antara port kegemaran ayra. Boleh berdiri.

Sekarang kat mana-mana ayra nak berdiri je. Jatuh? Haa bangun sendiri.