Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua

Kuota jemaah haji yang diizinkan untuk menunaikan haji setiap tahun yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah 0.1 peratus daripada rakyat Malaysia menjadi keterbatasan kepada kita untuk menunaikan haji. Namun bagi mereka yang berkemampuan boleh menunaikan umrah pada bila-bila masa. Antara umrah travel yang dikenali ramai adalah Manhajj Mutawwif.

Apa itu mutawwif?

Mutawwif, berasal dari perkataan thawaf. Mutawwif adalah orang yang mengajarkan jemaah haji/umrah, berkenaan dengan hal-hal yang bersangkutan dengan haji/umrah secara praktikal, serta melayani jemaah selama melaksanakan ibadah haji/umrah.

Syarikat Manhajj Mutawwif

Syarikat Manhajj Jejak Mutawwif Global pada awalnya ditubuhkan dengan nama Kembara Manhajj bermula tahun 2015-2017 dan beroperasi di Kluang, Johor. Kemudian syarikat ini didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan dengan nama Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays SDN. BHD. dan diasaskan oleh Ustaz Abd. Halim Bin Ikhsan. 

Rancangan Manhajj Mutawwif

Selain daripada umrah travel, Manhajj telah menerbitkan Rancangan Manhajj Mutawwif “Pencarian Mutawwif Terunggul” yang telah mendapat tontonan sebanyak 3 juta bagi setiap episod yang disiarkan di Astro Oasis 106 dan Maya HD 135. Program tersebut bertujuan untuk melahirkan personaliti mutawwif yang berpengetahuan luas serta mampu untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama untuk para jemaah sekaligus menaikkan kerjaya mutawwif.

Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Tandatangan MOU antara YBhg Dato' Zamri bin Yaakob Pengerusi NARSCO Travel & Tours Sdn Bdn dan Ustaz Abd Halim Ikhsan, Pengasas Manhajj Mutawwif



Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua
Menurut Ustaz Abd Halim Ikhsan semasa Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, rancangan realiti televisyen pencarian mutawiff "Manhajj Mutawwif" akan kembali lagi untuk musim kedua pada tahun harapan dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan seperti:-
  • melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
  • para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.
  • program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.
  • elemen ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. 

Beliau berkata program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Lihat video Sheikh Kareem menghidupkan suasana Masjidil Haram semasa  Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua

Manhajj Mutawwif Musim Pertama

Manhajj musim pertama telah menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

Aplikasi Manhajj penyelesaian ibadah umrah

Download aplikasi "Manhajj" di Google Play Store sekarang
Bagi memudahkan lagi penyelesaian ibadah umrah, juga seiring dengan perkembangan teknologi terkini, aplikasi Manhajj diperkenalkan. Antara manfaat aplikasi ini adalah:-

  • pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.
  • menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha  menambah ilmu pengetahuan
  • pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community.
  • mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah ; dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.
  • pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah.
  • menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian 
  • mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.
  • pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna.

Selain itu, Aplikasi Manhajj juga terdapat jadual waktu solat mengikut lokasi di mana anda berada, info dan panduan umrah, arah kiblat serta soalan lazim yang pastinya banyak membantu menjawab persoalan berkaitan umrah.

Waktu solat

Info dan panduan umrah

Arah kiblat

Soalan lazim mengenai umrah

Satu lagi perkara menarik di Manhajj Mutawwif, selain pilihan pakej yang ada, jemaah boleh memilih sendiri Mutawwif yang mereka mahu. Profile Mutawwif ada di dalam aplikasi. 

Semoga kemudahan yang disediakan oleh Manhajj Mutawwif akan membantu jemaah umrah untuk mendapat umrah yang mabrur. 

Saya doakan juga semua pembaca mendapat rezeki untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah. InsyaAllah. Aaminn.

Muat turun aplikasi Manhajj di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manhajj.apps.manhajj

Facebook : Manhajj Mutawwif
Instagram : Manhajj Mutawwif
Youtube: Manhajj Mutawwif

3 comments:

  1. bagus apps ni siap boleh pilih mutawif lagi..semoga sykt ni terus cemerlang dalam memenuhi hasrat orang ramai utk mengerjakan ibadah umrah atau haji

    ReplyDelete
  2. wow menariknya aplikasi manhajj ni! :D

    ReplyDelete