Terima kasih mak. Lahirkan irah di usia mu 37 tahun. Terima kasih kerana mendidik, membesarkan irah.

Mak saya

Bila irah jadi mak, baru irah tahu bagaimana rasanya jadi macam mak. Semua kerja rumah mak buat. Susah nak nampak mak berehat. Banyak benda mak kena buat. Mak buat tanpa merungut.

Mak, Rokiah Binti Ahmad

Mak susah. Abah bawa teksi. Abah ada buka kedai runcit sikit-sikit. Untung sepuluh sen dua sahaja. Tujuannya memudahkan mak untuk dapat bahan mentah seperti tepung beras gula garam bawang halia dan sebagainya.

Mak & cucu-cucu

Musim kopi masak, mak kutip kopi, keringkan kopi, gorengkan kopi, jadikan serbuk kopi. Dapat banyak boleh dijual.

Musim kekabu masak, mak kumpul kekabu, keringkan, asingkan biji kekabu, jual kekabu.

Terima kasih mak abah hantar irah mengaji sampai habis degree. Sampai ke hari ini, mak abah akan ingatkan untuk bayar hutang ptptn. Bayar hutang ptptn.


Mak kata irah senang. Duduk rumah jaga anak-anak, semua keperluan cukup. Tak macam mak dulu. 

Kalau compare dengan mak, lain lah. Abah kerja bawa teksi, sebelum bawa teksi abah buka gerai meniaga. Mak pernah kata mak dalam pantang kena meniaga. Irah dalam pantang duduk saja jaga anak, mak jagakan irah.

Tapi kan, segan juga bila pergi rumah orang ada perabot, dapur siap kabinet lawa. Sampai rasa segan nak ajak orang datang rumah. Rumah kecil. Sofa orang bagi. Haha. Suami pula jenis yang sangat sederhana atau "kampung" la. Makan bersila kat lantai ok saja. Tak mewah dan tak memewahkan kami. 

Mak pernah cerita. Mak simpan duit untuk beli meja. Simpan duit untuk beli pinggan atau beli apa yang mak nak. Irah jadikan inspirasi. 

Sejak ada blog ini, hidup anak mak ni dah berubah. Walaupon mak tak nampak anak mak bekerja, dengan blog dan telefon di tangan memberi sedikit kesenangan kepada anak mak. Senang sebab poket boleh isi sendiri dan miliki apa yang anak mak nak. 

Terima kasih mak terima pilihan irah. Terima kasih mak atas segalanya. 
Tanah liat vs play dough | Anak-anak suka bermain. Tambahan, mereka suka tengok youtube bermain play dough. Jadi bagi lah play dough atau tanah liat, mereka tetap suka. Mereka tak memilih. 

Main play dough

Perbezaan tanah liat dan play dough

1. Harga
Tanah liat 2 warna boleh dapat RM2 di kedai 2 ringgit. Tanah liat sangat murah berbanding play dough.

2. Bau
Tanah liat berbau busuk. Mommy tak suka bau tanah liat.

3. Warna
Warna tanah liat tidak menarik seperti play dough. Tengok harga lah kan.


Persamaan tanah liat dan play dough

Namun keduanya ada persamaan. Punca mommy marah kerana bersepah dan melekit sana sini. Walaupun kadang tu mereka janji akan main elok-elok. Mommy mereka juga lah akan naik darah sambil menyental rumah. Akhirnya mommy ambil buang masuk tong sampah! Haha 

Tamat riwayat tanah liat dan play dough.
Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Masa saya dihabiskan sepenuhnya bersama anak-anak & handphoneūü§≠. Menguruskan mereka dari belum terbit matahari hingga hilang matahari, berulang setiap hari. 

Pernah menjadi pengaturcara(programmer) di Shah Alam selama 9 bulan sambil menjadi cikgu tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Kemudian menjadi cikgu tuisyen dari rumah ke rumah siangnya dan malam cikgu di pusat tuisyen. 

Dah kahwin pun saya terus mengajar. Cuti bersalin beberapa bulan dan sambung mengajar pada malamnya. Daddy jaga anak. Anak menangis nak mommy. Dia menangis sebab nak susu. Tapi tak reti nak minum dengan susu botol.

Hari pertama tuisyen, saya dah balik awal bila daddy whatsapp(belum ada telegram) anak menangis tak berhenti. Hari seterusnya daddy tak bagitahu dah. Sampai rumah saya dengar anak menangis. Saya ada pengalaman tinggalkan anak tu. Hati ingatkan anak di rumah walaupun bukan orang lain yang menjaganya.

Sambil jaga anak saya meniaga online. Jual produk kecantikan. Jual tudung. Jual makanan. Buka booth sana sini walaupon perut memboyot(anak kedua). Lepas bersalin, saya berhenti buat semua. Fokus pada anak yang kena ekzema. Ekzema teruk satu badan.

Nak cerita panjang sangat. Kami suami isteri fikirkan masa depan anak, masa depan kami, dan kami berhadapan dengan keluarga dan orang luar apabila memilih kaedah rawatan secara semulajadi.

Susah nak fahamkan orang dengan pilihan kita. Suami kata tak perlu terangkan pun kenapa kita pilih cara begini. Mereka takkan faham. Kita diam sahaja lah. Angguk sahaja. 
Saya menulis blog www.irrayyan.com atau www.mommyirra.com buat pertama kali pada 8/5/2014. Anis berusia 9 bulan. Masih lagi ada ekzema. 

Setelah setahun, ekzema Anis pulih. Alhamdulillah. 

Kemudian saya mengandung lagi masa Anis berumur setahun 2 bulan. Mengandungkan Anis masa Adam berumur setahun sebulan. 

Anak pertama 31/8/11
Anak kedua 27/6/13
Anak ketiga 18/3/15

Mengandung lagi masa Amal berusia 3 tahun 3 bulan. Pengalaman mengandung kali ke4 ni lain sangat sebab anak-anak dah besar. 

Jadi cerita mommy buat masa ni adalah cerita anak-anak dan cerita mengandung. Semua cerita berkaitan kehidupan. Anak-anak lah kawan saya. Kawan gaduh. Kawan menangis. Kawan gembira.

Panjang kan mommy bebel. Cuba bayangkan kalau sembang depan-depan. Hehe. Cuma tak ada kesempatan nak bersembang dengan orang. 

Keadaan sekarang ni, baik mommy rehat sepenuhnya sebelum mommy kena berjaga bila ada baby kecil nanti. Hahahahaha. 

Menikah dengar macam syok ja. Tanggungjawab yang awak kena pikul besar. Tak boleh nak buat sesuatu perkara main-main. Nak jaga anak bukan senang. Syok bau baby lahir. Bau syurga. Namun nak melahirkan, nak bawa 9 bulan, macam-macam dugaan. Belum masuk nak membesarkan mereka. I love you mak & abah! 



Mesti ada yang baru tahu mommy cikgu tuisyen kan. Sekarang mommy adalah media influencer. 


18 weeks

Persiapan selepas bersalin; OCA hot and cool water pad | Mommy ada 3 kali pengalaman bersalin. Hot water pad adalah keperluan wajib bagi mommy selepas bersalin. Kenapa?

Selepas bersalin, air susu pekat dan boleh menyebabkan payudara membengkak. Cara mommy buat untuk bagi surut, tuam payudara dengan kain yang dibasahkan air suam. Atau mommy tuam dengan botol berisi air suam. 

OCA hot and cool water pad

Masa tu mommy tak kenal lagi OCA hot and cool water pad. Jadi, mommy akan bawa OCA hot and cool water pad ke hospital masa bersalin nanti. Standby in case terpaksa berlama di wad. Selalu mommy hanya tidur sehari semalam sahaja di wad.

link

Sekarang ni pon mommy dah guna OCA hot and cool water pad apabila ada sakit-sakit badan. Biasa la orang mengandung ni. Tambahan pula mommy sejenis yang akan naik berat yang banyak ketika mengandung. Badan berat ni jadi mudah sakit.

Mommy punya. Yeay!

PAD AIR SEJUK & PANAS
1) Baik untuk bayi dan orang dewasa.
2) Penyejukan dan kehilangan haba yang lebih baik.
3) 100% anti bakteria, anti kulat dan anti-habuk.
4) Boleh dibasuh dan kalis air.
5) Bersih.

Mesti anda pernah guna Electric Hot Pad. Ala yang kena charge beberapa minit tu. Pernah dengar juga kes ia meletup semasa charge kan? Sejak daripada itu. Mommy terus tak guna. Haha saya penakut! Lagi takut kalau pecah masa anak ada dekat situ. Allahu!

Dengan pad OCA ni, kita tak perlu rasa takut lagi kerana untuk panaskan pad hanya perlu masukkan dalam microwave atau rendam dalam air panas mendidih. Untuk sejukkan masukkan dalam peti sejuk. Mudah sangat! Mommy dah grab satu. Haha

Fb.me/ocawatermat
www.ocalifestyle.com
03-79721586 / 012-7190232
Masa bulan Kemerdekaan, ustazah sekolah agama minta penyertaan pertandingan baju bendera Malaysia. Mommy tahu dulu dari group whatsapp.

Adam balik dari sekolah terus bagitahu "Adam taknak masuk pertandingan baju bendera."

"Kenapa?", tanya mommy kepada Adam.

"Sebab Ieman tak masuk, Adam taknak masuk."

Jadi mommy tak paksa lah.

Tiba-tiba Sekolah Kebangsaan pula minta penyertaan pertandingan baju bendera sempena Hari Malaysia. 

Yang mengejutkan adalah Adam balik rumah kata nak join. Uih, biar betul. 

Daddy minta mommy jahit sendiri. Tapi mommy yakin dan pasti takkan terjahit dengan keadaan mommy tengah alahan. Lepas beberapa hari mommy minta kawan facebook mommy yang berada di Petaling Jaya buatkan. Pos je baju tu nanti. Haaa berani kan. Baju akan sampai sehari sebelum pertandingan.

Baju dah sampai, Adam komplen pula samping macam gaun perempuan. Dia taknak pakai. Katanya nanti kawan-kawan gelakkan dia. Aduh! 

Jadi malam tu mommy pula kerja orter samping. Lipat, jahit. Lipat jahit. Supaya tak kembang. Dah elok malam tu, baru Adam dapat tidur. Punya semangat kan. 

Esoknya! Mommy ke sekolah Adam naik grab. Demi Adam. Dapat la mommy tengok sendiri keberanian anak mommy ni. 

Adam dan kawan sekelas

Mommy suruh Adam senyum je

Cikgu tengah bergambar, mommy pon ambilkan gambar mereka

Tiba masanya. Saksikanlah! Adam catwalk di hadapan kawan-kawannya. Mommy tak sangka Adam sangat berani walaupon ada rasa malu-malu. 

Masamnya muka Adam

Eh ada gaya anak mommy ni

Laju dia jalan

Adam tak berkisah ke mommy pon

Kawan sekelas perempuan

Jenuh nak bagi mereka bekerjasama bergambar

Bukan selalu mommy nak datang sekolah ni

Senyum

Rasanya ada yang kelas sebelah. Bagus. Berkawan dengan semua. 

Pukul 5 mommy balik dengan ciksal. Ciksal ambil Anis dekat PASTI. Kononnya mommy nak suruh hantarkan Anis kat mommy, Ciksal kata jom lah balik. Ok, jimat duit grab. Hehe. 


Sempena penutupan bulan kebangsaan, Adam sekali lagi memakai baju bendera Malaysia. Hensem! 

Posing depan rumah

Marah, kawan-kawan ada tengok

Layan je la permintaan mommy

Tahun depan kita prepare baju awal-awal ye. Tahun ni kelam kabut betul. Anis dan Amal pon nak juga. 
Denda 10ribu merokok di restoran dan premis makanan | Gembira mendapat tahu perkhabaran ini. Perokok sekarang dah tak ambil kisah siapa di sekeliling mereka sama ada anak-anak kecil atau ibu mengandung.

Larangan merokok di restoran dan premis makanan

Molek benar kalau pihak bertanggungjawab menyediakan medium online untuk masyarakat membuat laporan. 


Atau pon idea dari saya adalah gunakan satu hashtag seperti #dendaperokok dan post ke media sosial. Ramai-ramai bekerjasama, mesti tak ada orang berani nak melanggar akta ini lagi.

Kita kena berganding bahu untuk memastikan kesejahteraan semua. Asap rokok membahayakan kesihatan.
Set sarung tilam dan comforter IKEA ni dalam 200 lebih. Kalau beli set macam ni kat luar mungkin lagi mahal. 

Sarung tilam dan comforter IKEA
Sarung tilam dan comforter IKEA


Sarung tilam dan comforter IKEA

Sarung tilam lama mommy pon dari IKEA dan corak sebiji sama. Haha. Dalam banyak-banyak corak mommy tetap suka corak ni juga. Cantik kan?

Mommy suka produk IKEA sebab kualiti yang elok. Produk berkualiti pasti tahan lama. Puas hati guna. 


Rancang Temuduga yang Sempurna | Temuduga merupakan salah satu langkah awal memasuki alam pekerjaan. Namun begitu, ramai yang kecundang ketika sesi ini. Kenapa mereka gagal? Jawapannya adalah mereka kurang persediaan untuk menghadapi sesi temuduga dan pelbagai faktor lain. 

Jika anda dipanggil untuk sesi temuduga, seeloknya rancanglah perjalanan temuduga anda supaya ia menjadi sempurna. Dalam erti kata lain, anda pastikan yang anda akan berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Sekarang ini, bagaimana menjadikan temuduga anda adalah temuduga yang sempurna?

Pertama sekali, pastikan anda bersedia untuk menghadapi sesi temuduga. Ramai calon yang tidak ambil kisah mengenai sesi ini. Mereka buat persediaan ala kadar sahaja dan hadir sekadar memenuhi panggilan temuduga.

Apabila mereka gagal, mereka akan salahkan pelbagai pihak sedangkan puncanya datang dari mereka sendiri.

Cara untuk mengatasi masalah ini sudah pasti dengan melakukan persediaan awal yang cukup sebelum hadir ke sesi temuduga. Antara perkara penting yang anda boleh ambil perhatian adalah contoh soalan temuduga dan jawapannya, etika pemakaian ketika temuduga dan teknik berkomunikasi apabila berhadapan dengan penemuduga.

Kedua, Anda ingin temuduga yang sempurna? Pastikan anda hadir ke sesi temuduga dengan pakaian yang kemas dan mengikut protokol yang ditetapkan. Satu perkara yang anda kena tahu, ada markah khusus untuk pakaian yang betul dalam sesi temuduga. Jadi kalau anda tak pakai elok-elok sudah pasti markah bonus itu tidak diberikan pada anda.

Ada diantara calon yang datang temuduga dengan memakai jeans. Perkara ini adalah salah dari segi etika temuduga. Pastikan anda tidak melakukan perkara sedemikian.


Ketiga adalah keyakinan yang tinggi dalam memastikan jawatan itu milik anda. Ini bukan untuk bangga diri tetapi anda perlukan semangat yang tinggi untuk meyakinkan penemuduga agar memilih anda berbanding calon lain.

Jika anda tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, dikhuatiri kedudukan anda dalam senarai calon akan tergugat. Pastikan anda yakin ketika bercakap, yakin dengan penampilan diri anda dan yakin dengan semua perkara yang anda buat sempanjang tempoh temuduga tersebut.

Satu nasihat, jangan terlalu yakin sehingga menampakkan yang anda tidak ada toleransi bila berada di dalam syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga sekadar ingin menguji anda. Jika anda tersilap langkah, maka jawatan itu bukan milik anda.

Seterusnya, pastikan anda dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ketika temuduga. Antaranya adalah terlalu banyak bercakap atau terlalu kaku dan diam. Yang kedua, Berpolitik ketika temuduga dan lain-lain. Sebolehnya fokus kepada temuduga dan laluinya dengan baik dan positif.

Akhir sekali, jika anda pegang kepada 3 perkara ini, sudah pasti sesi temuduga yang anda hadiri akan menjadi sempurna. Anda mungkin akan diberi surat pelantikan sejurus selepas sesi temuduga itu tamat. Jangan putus asa, teruskan berusaha!