Siapa mommy irra?

Saya dikenali sebagai Mommy Irra di media sosial kerana saya mempunyai 3 orang cahaya mata. Adam 7 tahun. Anis 5 tahun. Amal 3 tahun. InsyaAllah tahun hadapan bertambah seorang lagi.
Mommy irra

Mommy irra seorang suri rumah sepenuh masa dan juga blogger atau lebih kepada media sosial influencer

Jika ditanya apa matlamat Mommy irra, pertama adalah Mommy irra nak sempurnakan impian suami tercinta; beranak 5. Banyak tahun lagi lah nak dapat capai Matlamat ini.
Disamping memenuhi keperluan suami dan anak-anak, mommy meluangkan masa menulis blog dan mengemas kini media sosial. Ia pastinya suatu kerja yang menguntungkan dan menjadi pendapatan sampingan mommy irra. 

Tidak buat sesuatu yang buang masa. Dulu mak selalu bising bila tengok mommy asyik ambil gambar. Mengadap handphone. Tapi sekarang ni mak tak kata apa lagi dah. Sebab ia merupakan kerja mommy. Mommy bukan buang masa mengadap handphone.

Blog ada nilai. Blog adalah harta bernilai. Ditambah pula dengan media sosial yang terjaga dan mempunyai engagement, seorang blogger dan media influencer mempunyai nilai tersendiri. Buktinya apabila ada tawaran kerja dengan bayaran tertentu. Itu bayaran atas usaha kita selama ini membangunkan media sosial. 

Bagi mommy, jika ia merugikan, mommy tak akan ambil task tersebut. Seperti contoh untuk pergi ke sesuatu majlis, mommy perlu keluarkan duit tol, duit minyak, duit makan dan duit upah mengasuh anak-anak yang mommy tinggalkan di rumah jiran. Belum kira duit internet dan juga tenaga yang dikerah sepanjang hari tersebut. Mommy tak ada sumber pendapatan lain. Daddy nak bagi duit pon, gaji habis untuk belanja setiap bulan. Macam mana nak pergi event free macam tu?

Belum masuk hal penat memandu sendiri pergi dan balik. Sampai rumah nak kemaskini blog, facebook dan instagram. Baik mommy duduk rumah golek atas tilam. Badan pon tak penat, otak tak serabut dengan kesesakan lalulintas dan kepala tak sakit kena panas matahari.

Sekarang ni masa mommy adalah sepenuhnya untuk suami, anak-anak dan melayan diri sendiri yang mengalami perubahan hormon serta kemaskini media sosial.
Pertama kali cashout dari churpchurp

Akaun media sosial sentiasa kena update dan maintain. Alhamdulillah, rezeki pon masuk juga. 

6 comments:

  1. InshaaAllah mummy. Moga dipermudahkan semua impian dan urusan❤️

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  3. Semoga tercapai impian beranak 5 irra. Doakan ana dpt anak baru juga. Lama tggu ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. Aamiin..semoga hasrat DaddyG dan Mommy tu dipermudahkan. Bab pymt tu kena ambil kira untuk seorang fulltime blogger sebab nak bergerak ke sana sini ada kos yang perlu dikeluarkan, jadi tak kan nak pergi free tapi apa pun terpulang pada setiap individu kan..

    ReplyDelete
  5. sama lah matlamat kita. nak 5 orang hihi

    ReplyDelete