Cara untuk Kahwin dalam Bajet

Cara untuk Kahwin dalam Bajet | Kahwin merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan bagi sesetengah orang. Ada yang nak kahwin awal dan ada juga yang nak kahwin lambat. Ini semua bergantung pada perancangan masing-masing. Untuk berkahwin, kita perlu merancang dengan sebaiknya agar kita dapat memastikan tiada penyesalan selepas perkahwinan terutamanya merancng bajet kahwin anda.
Carabuntuk kahwin dalam bajet

Zaman sekarang, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk sebuah majlis perkahwinan. Ada yang sanggup berhutang semata-mata nak pastikan yang majlis mereka kelihatan mewah dan bergaya. Jika anda ada persepsi begini,lebih baik anda lupakan hasrat anda itu.

Kesan dari terlalu mewah sebelum berkahwin akan menyebabkan anda diseksa dengan bebanan hutang yang sangat banyak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, rancanglah bajet anda supaya sesuai dengan kemampuan anda.

Cara untuk Kahwin dalam Bajet

Terdapat beberapa langkah untuk memastikan perkahwinan anda berada dalam bajet yang anda telah tetapkan.

Sediakan bajet yang lengkap dan tersusun. Semakin detail bajet anda semakin bagus perbelanjaan anda. Kenapa perlu tulis secara detail? Ini bagi mengelakkan dari kerugian sebelum dan selepas majlis anda.

Sediakan checklist barang keperluan. Dari sini anda bahagikan kepada barang yang perlu dibeli dan barang tidak perlu dibeli. Berdasarkan checklist ini anda akan Nampak berapa perbelanjaan yang diperlukan dan dimana untuk kurangkan bajet anda.
Pastikan bajet yang dirangka adalah mengikut kemampuan anda. Jangan berlebihan sehingga membebankan anda di kemudian hari.

Berbincanglah dengan pasangan anda. Dalam sudut ini, perbincangan dan pemahaman diantara anda dan pasangan anda adalah sangat penting. Jangan pula hanya anda yang nak buat bajet sedangkan pasangan anda tidak. Terangkan dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

Pastikan anda mematuhi bajet yang telah anda tulis. Jangan cuba skip atau langgar bajet yang telah dibuat. Jika tidak anda akan tetap mengalami masalah kerugian dan lebih perbelanjaan dalam perkahwinan anda.

Sediakan duit kecemasan dalam bajet anda. Ramai yang buat bajet tetapi tak  letakkan wang kecemasan dalam bajet mereka. Bila terdesak dan memerlukan wang segera, mereka tidak mampu memberikannya. Jadi wang kecemasan ini sangatlah penting untuk perancangan perkahwinan anda kerana andai ada pertambahan bajet, anda boleh gunakan wang ini untuk sementara waktu.

Nasihat untuk wang kecemasan ini adalah jangan guna selagi tidak ada keperluan untuk menggunakannya. Jangan buat hutang dengan wang kecemasan. Contohnya anda ingin membeli sesuatu, anda keluarkan wang kecemasan dahulu berbanding wang simpanan anda. Jika ini berlaku anda akan menghadapi masalah kekurangan wang di penghujungnya nanti.

Akhir sekali, bab perancangan bajet perlu dititik beratkan sebelum memikirkan perkara lain. Ini kerana untuk mengelakkan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga terjerumus dalam kancah hutang. Orang kata kalau tak rancang bajet perkahwinan, anda akan masuk dalam jerat hutang yang tiada penghujungnya.

Kita pun tahu kesan berhutang sangatlah buruk bagi setiap manusia, jadi dengan perancangan bajet ini akan membantu kita untuk mengelakkan dari bebanan hutang selepas berkahwin. Semoga bermanfaat.


3 comments:

  1. sha pun oky je kalau kawin dalam keadaan sederhana asalkan takpayah hutang semua, nanti nak kena fikir nak bayo pulak ha

    ReplyDelete
  2. belum merancang lagi hehe sebab calon pun tarak.. insyallah soon akan jadi consideration bila dah nak kawen nanti =D

    ReplyDelete
  3. dalam hal kerja kahwin ni banyak pihak kena faham selain bakal pengantin, ibu bapa kedua belah pihak jugak tentang kos dan etc etc melainkan mereka anak org have-have atau gaji pengantin belasan ribu sebulan dan nak buat wedding grand sampai puas hati..hehe

    ReplyDelete