Update blog menggunakan handphone OnePlus

Mommy mula berblog pada 8 Mei 2014. Masa ni mommy kat Shah Alam. Masih menggunakan PC yang di sambungkan ke televisyen. Tapi, kebanyakkannya mommy akan update entry di handphone. Kemudian edit di PC.

Apabila daddyG hadiahkan One Plus, mommy sepenuhnya berblog menggunakan handphone. Daripada One Plus One tahun 2015(tak ingat tarikh), kemudian bertukar ke One Plus 3T pada 4 Julai 2017. 3 tahun juga la mommy menggunakan handphone One Plus.

OnePlus 3T
OnePlus NEVER SETTLE
RAM 6GB
Fast Charger
OnePlus dah keluarkan OnePlus 6. Makin canggih namun OP3T mommy dah cukup bagus untuk mommy ambil gambar dan update media sosial. 
Tapi kan, rezeki tak pernah salah alamat. Cukup setahun mommy guna OP3T, mommy dapat hadiah ViVo V9. Maka ini adalah entry pertama mommy gunakan Vivo V9. 
OnePlus 3T vs Vivo V9
Vivo V9 Fullview Display
Ramai kata susah update dengan handphone. Tak lah! Sangat mudah dan memudahkan. Boleh update blog sambil baring atau meniarap. Tak ada lah masalah sakit belakang sebab menghadap PC lagi. 

Walaupun dah ada Vivo V9, mommy masih setia dengan OP3T. OP3T hadiah dari suami tercinta. Vivo V9 hadiah contest Celcom. Terima kasih!

7 comments:

  1. Bertuah tul mommy sbb dpt hadiah 2 hp mahal. Apa kata mai join abam kie kejap guna hp canggih tu? 😊

    ReplyDelete
  2. terbaek.. semoga semakin mudah berblog lps ni :)

    ReplyDelete
  3. wahh.. macam best lak hp nie.. hp saya berat.. nak update blog pakai hp terasa azab skali huhuhu

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama..sekarang ladtop problem..guna hp je update blog..

    Pengedar Shaklee Di Kuching Sarawak

    ReplyDelete
  5. Kinah pun update blog pakai phone. Cuma masa-masa tertentu je guna laptop. Lagi senang update pakai phone. Tak payah nak ngadap pc lama-lama.

    ReplyDelete
  6. rabia update blog guna computer ataupun laptop.hehe kekok nak menulis blog guna phone.

    ReplyDelete
  7. kalau jenis mcm echa susah sangat nak update blog guna phone. rasa mcm tak puas hati je. xD

    ReplyDelete