Sakit lutut ganggu aktiviti harian

Sakit lutut ganggu aktiviti harian | Amboi, muda sangat mommy kena sakit lutut. Mula-mula sakit lutut akibat naik turun tangga dekat Taj Villa sempena AFB Fun Day. Selama 3 hari 2 malam mommy naik turun tangga, habis sahaja event, lutut mommy mula buat hal.
Pengguna setia Biobax
Mommy adalah pengguna Biobax sejak Mac 2016. Stok Biobax sentiasa ada di rumah. Biasalah kan, masa tengah sibuk tak rasa sakit pun, bila dah kembali ke rumah, mommy terus sapu Biobax pada lutut. Bukan lutut sahaja sakit, satu badan sakit. Mommy sapu saja Biobax untuk kurangkan rasa sakit tu.
Biobax penawar sakit lutut
Semalam mommy sakit lutut lagi. Eh makin kerap sakit lutut kenapa ni?

Ahaa sakit lutut tu akibat mommy berjalan dari pagi kat Hospital Shah Alam ada pemeriksaan telinga Amal. Tahu saja kan kalau nak ke satu-satu tempat dalam hospital, jauh perjalanan. Pendaftaran tempat lain, rawatan tempat lain. Bertenggek layan anak-anak makan di kaki lima jalan. Lenguh!

Dah tahu pagi tu jalan jauh, petang tu kaki dia singgah pula jalan-jalan di Ekonsave. Itu lah bila terlalu mengikut nafsu sendiri, yang jadi mangsa lutut sendiri. Balik rumah, lutut rasa sakit!

Ada yang kata terlalu muda untuk mommy kena sakit lutut. Hurmm.. rasanya mommy dah dapat kesan puncanya. Dengan berat badan yang semakin naik seiring dengan nafsu makan yang memuncak menjadikan berat mommy kembali cecah BMI obes. Nampak sahaja kecil tapi Obes. Sebab lain tu nanti eh reveal. Haha

Kurang senaman tu pon iye juga. Mommy bukan takat kurang senaman, kurang berjalan, berdiri dan duduk. Semua tu akan mendatangkan sakit. Keadaan tu jadi pun berpunca. Jadi nak ke tak nak, hadap je la sakit. Takkan nak terbaring sahaja? 

Tapi tak ada la bergolek atas tilam 24 jam. Kerja rumah siapa lagi nak buat kalau bukan mommy. Kebuluran anak-anak mommy kalau mommy tak masak. Kucar kacir hidup kalau tak ada yang nak uruskan rumah.
Biobax membantu melegakan kesakitan
Selama ni Biobax lah teman setia. Sakit saja, spray Biobax dan sapu tempat sakit. Bau Biobax yang nyaman. Tak melekit. Buat mommy rasa selesa dengan Biobax.

Sakit lutut, sapu Biobax kat lutut. Lama-lama hilang rasa sakit dan sengal-sengal tu.
Nah, Biobax mommy.
Anak-anak dan suami pon dah tahu, kalau mommy mengadu sakit, pakat cari Biobax. Kahkah! Good lah semua! Sayang mommy eh..

Ni mommy nak kongsi lah dengan awak. Mana tahu awak pon nak try juga Biobax. Sekarang ada promosi di HQ Biobax, beli dua botol dapat murah RM20. 

Klik sini๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰https://biobax.my/product/biobax/
Kod promosi - “RM20”

Bagi hadiah kat insan tersayang(mak ayah di kampung) yang sakit lutut tu pon boleh. Mommy pon akan pastikan stok biobax dekat kampung tak putus. Mak guna, abah guna, adik yang tinggal dengan mak pun guna.

Kesian mak sekarang tengah sakit lutut selepas tulang jari kaki retak akibat tersepak penutup longkang. Tak boleh bayang kesakitan yang mak lalui. Kaki bengkak, lutut sakit, sukar nak berjalan. Moga mak cepat sembuh.

Sakit lutut yang berterusan, jangan lupa jumpa doktor ya. Mommy ni sebab badan tak cukup zat berkongsi dengan baby. Tu lah culas nak makan obimin, sakit pun datang lah. Ops! Nanti mommy akan refer dengan doktor. Awak kalau sakit berterusan, jumpa doktor ya!

#yangb

2 comments:

  1. sakit lutut ni tak kenal umur sebenarnya. sha kalau gi jejalan pun bila balik sakit lutut. kena beli satu ni

    ReplyDelete
  2. pernah jugak sakit lutut sebab banyak sangat berjalan huhuhu muda-muda dah sakit lutut kannnn :'(

    ReplyDelete