Imaginasi, Bermain dan Belajar di Kiddomo, The Starling Mall

Imaginasi , Bermain dan Belajar di Kiddomo, The Starling Mall | Kanak-kanak suka bermain tak kira masa. Tengah makan pon main. Tengah mandi pon main. Tengah belajar pon main. Sebelum tidur pon nak main. Mana lah mommy daddy tak menyinga sesekali kerana geram dengan mereka. Jadi hari minggu baru-baru ini mommy bawa anak-anak ke satu tempat permainan baru iaitu Kiddomo yang berada dalam The Starling Mall, Damansara Uptown, Petaling Jaya. Boleh la mereka bermain sehingga penat. 

Kiddomo, The Starling Mall

Website : www.kiddomo.com
Facebook page : www.facebook.com/mykiddomo
Lokasi : T328, 3rd Floor, The Starling Mall.
Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari 10 pagi hingga 10 malam.

Kiddomo telah dianugerahkan The Best Children's Educational Playland 2017/2018.

Konsep Kiddomo sangat menarik perhatian mommy sebagai ibu beranak tiga kerana:-
  1. Anak-anak boleh BERMAIN permainan baru
  2. Anak-anak dapat BELAJAR dan mendapat pengalaman yang berilmu
  3. MEMUPUK hubungan erat antara keluarga
  4. MENEMUI perkara baru melalui teknologi terkini.

Di Kiddomo, ibu bapa boleh terlibat sama bermain dengan anak-anak. Imaginasi, bermain dan belajar. 

Menarik kan? So mommy dah tak sabar nak sertai anak-anak untuk jelajah dunia baru di Kiddomo! 

Perjalanan dari rumah mengambil masa 30 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Pukul 10 pagi mommy dah berada di The Starling Mall. Ini merupakan kali pertama mommy menjejakkan kaki ke sini.

Mommy dah tahu Kiddomo berada di tingkat 3, maka kami terus parking kereta di tingkat 3. Senang!

Untuk kebersihan dan keselamatan, setiap orang perlu memakai stokin dalam Kiddomo. Mommy dah alert perkara ini. Cuma daddy seorang sahaja tak pakai stokin. Tapi tak perlu risau sebab stokin ada dijual di kaunter dengan harga RM5. Best pula tu stokin. Anti licin. 
Stokin boleh dibeli di Kiddomo RM5 sahaja
Selepas pendaftaran, simpan kasut di ruangan kasut dan terus mulakan aktiviti.

Kiddomo | Artistic Play

Setiap orang perlu memakai hand band masing-masing. Untuk setiap permainan, kita perlu scan hand band. Mommy daddy boleh turut bermain tau. Have fun together! 
Guna imaginasi anda untuk melukis di Kiddomo
Guna imaginasi anda untuk melukis di Kiddomo
Masa ni anak mommy masih segan silu. Baru pertama kali masuk. Belum dapat biasakan diri lagi. Staff Kiddomo ada berdekatan sedia membantu.

Boleh tengok video di atas untuk aktiviti pertama kami di Kiddomo.  

Kiddomo | Play and learn together

Nak kena buat apa ni? Nampak tak Amal dah tak keruan melihat kakak menunggang mainan. 
Untuk mainan ni, mommy daddy kena main bersama-sama. Ya la anak sebesar anak-anak mommy masih tak faham apa yang perlu dilakukan.
Amal dah tak fokus nak buat aktiviti. Sementara daddy layan Adam dan Anis, mommy bawa Amal dekat dengan unicorn. 
Bergambar dengan unicorn je la. Besar sangat nak naik.
Adam dan Anis khusyuk buat aktiviti ini. Mereka perlu ambil gambar muka dan pilih watak apa yang mereka nak jadi. 
Bagi mereka berimaginasi sendiri
Tengok lah Adam Anis dan Amal jadi watak apa dalam video di bawah.

Kiddomo | Tunggang Harimau Singa Keldai dan Unicorn

Seterusnya, jom naik tunggangan masing-masing! Ada harimau, singa dan keldai. 
Happy kids!
Tak ketinggalan seekor unicorn besar. Mommy boleh naik. 
Happy mommy at Kiddomo!
Budak kecik tu pon nak tumpang mommy sekali. Amal tak reti nak gerakkan binatang tu. 
Memang khas untuk orang dewasa naik.
Ibu bapa atau orang dewasa boleh bermain bersama-sama anak. Jangan segan silu pula. Rugi tak naik tau. Haha

Lagi best tengok macam mana kami menunggang. Seronok habis walaupon mommy ada rasa segan sikit. 

Kiddomo | Baby Gym

Setiap ruang dalam Kiddomo kami jelajah. Rugi lah kan, dah sampai, kenapa tak main puas-puas. Dalam masa yang sama skill motor anak dapat diasah. 
Anak berlari, melompat, merangkak, berpusing, dan mengesot.
Seronok. Sudah pasti mommy ketua binaan rumah ini.
Rumah kecil pun nak masuk
Kawan pun tengok macam best je

Kiddomo | See art come to life

Kertas bergambar dan warna krayon disediakan. Anak-anak mommy suka aktiviti mewarna.
Amal khusyuk mewarna
Anis khusyuk mewarna
Adam khusyuk mewarna
Hai cari idea nak kaler ke? 
Setelah siap mewarna, scan gambar dan gambar berwarna akan muncul di skrin.
Daddy suruh tulis nama. Senang nampak.
Mommy punya fish
Untuk menghabiskan satu-satu aktiviti di dalam Kiddomo ini tiada had masa. Jadi mommy daddy boleh luangkan masa sehingga anak-anak puas dan penat.

Bila dah penat, perut pon lapar. Nak makan di mana?

Homuri Cafe

Di sini ada kemudahan kafe. Harganya pun berpatutan. Kalau nak makan di luar pon boleh. Macam mommy yang tak rajin nak keluar, makan kat sini je.
Homuri Cafe
Tak menyesal makan kat sini. Nampak sedap dan rasanya memang sedap.
Spageti Bolognese
Mommy rasa 5 minit sahaja habis spageti bolognese ni. Kemudian mommy order satu lagi.
Sedap sangat nih
Amal nak aiskrim. Brownies ni sahaja ada aiskrim. 
Brownies ice-cream vanilla
Air pula mommy order air coklat. Perghh sedap sangat.

Kemudahan sambutan hari lahir

Kiddomo Universe ada kemudahan sambutan hari lahir. Siap ada pakej, nak tahu lanjut boleh terus hubungi pihak Kiddomo ya.
Happy birthday Jayden.
Comelnya tema Dinasour

Kiddomo | Dino Discovery

Sampai kat sini saja, mommy daddy dah penat. 3 jam lebih rupanya kami berada di dalam Kiddomo. 
Penjaga boleh menunggu dan berehat
Penjaga nak main sekali pon boleh.
Mommy Adam Anis Amal ada dalam bola tu nampak tak?
Mommy masuk ambil gambar sahaja.
Dekat sini sebenarnya ada telur Dinasour. Jadi mereka kena cari telur Dinasour tu dan letakkan di tempat khas. Ada satu sudut pembelajaran sains bagaimana telur itu akan menetas. Tak ada pula gambar.

Ada macam-macam lagi aktiviti seperti pecahkan belon, interactive slide, print and cut to a craft, puzzle, pink panther, Color and see Dino come to life dan kara-o-kid. 

Beriya Amal minta mommy ambilkan gambar dengan Dino yang dia warnakan
Craft hasil kita print, gunting dan gamkan
Bergambar kenangan di entrance Kiddomo Universe
Anak-anak gembira kerana dapat merasai pengalaman baru yang mengujakan. Mommy daddy pon turut gembira. Keluar ja Adam dah ajak mommy datang ke sini lagi.

Jom bawa anak-anak ke Kiddomo Universe untuk alami dan rasai keseronokan berimaginasi, bermain dan belajar di sini.  

Website : www.kiddomo.com

Facebook page : www.facebook.com/mykiddomo

Lokasi : T328, 3rd Floor, The Starling Mall.

Nombor untuk dihubungi : 012-7027969

Email : enquiry@kiddomo.com

Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Harga tiket masuk:-
Kiddomo [2 tahun ke atas]
Hari minggu RM55
Hujung minggu/cuti sekolah RM65

Penjaga [18 tahun ke atas] RM15

2 comments:

  1. wah best sangat aktiviti diorang.. bukan setakat main.. boleh belajar skli.. mmg bgus.. blh try pergi ni...

    ReplyDelete
  2. seronok.. tp kalau ejulz x mampu kot.. hehe

    ReplyDelete