Hari Bayi Tollyjoy 2018 Memberi Tumpuan Kesihatan Mental Ibu & Anak

Hari Bayi Tollyjoy 2018 Memberi Tumpuan Kesihatan Mental Ibu & Anak | Alhamdullilah, tahun ini masih berpeluang menyertai sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2018 dengan kerjasama OrphanCARE yang ke 4 di Strangers At 47 Cafe, Petaling Jaya. Di mana untuk kali ini isu yang dikupas oleh panel jemputan adalah Kesihatan Mental Anak dan Kemurungan Selepas Bersalin.
Tollyjoy Baby Day 2018, Hari Bayi Tollyjoy 2018
Hari Bayi Tollyjoy 2018
Untuk pengetahuan anda, Hari Bayi Tollyjoy telah dilancarkan pada Jun 2015 sebagai penghargaan buat si manja dan pengiktirafan buat usaha ibubapa dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Hari Bayi Tollyjoy 2018 , Tollyjoy Baby Day 2018
Orang kuat Tollyjoy Baby Day 2018
Tollyjoy adalah satu jenama produk bayi yang telah menapak sejak tahun 1971 dan membantu menangani keperluan ibubapa dan bayi.
Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation
Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik.", kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation. 
Acara pada hari itu turut dimeriahkan dengan beberapa permainan dan aktiviti yang mengujakan seperti ‘Grow a Plant’, ‘Make Your Baby Smile’, "Draw Baby Picture on Your Head" dan cabutan bertuah.
Grow a Plant.
Tumbuhan dalam pasu comel ni perlu dijaga dan update di media sosial masing-masing mengenai pertumbuhannya dan tagged Tollyjoy Malaysia.
Make your baby smile
Mommy tak bawa baby sebab anak mommy semua dah besar. Tak dapat lah nak join permainan ini.
Draw Baby on Your Head
Permainan ini serius pelik. Macam mana nak lukis tanpa melihat. Tengok lah hasil mommy lukis di bawah. Mata ke mana. Hidung ke mana. Maka kalah la kesudahannya.  
Rupa baby macam apakah ini? Haha
Seterusnya Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS membincangkan tentang kepentingan kesihatan mental anak dan cara menangani kemurungan selepas bersalin? 
Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS
Bayi yang sihat akan mempengaruhi kesihatan ibubapanya, begitu juga sebaliknya, kesihatan ibu bapa akan mempengaruhi pertumbuhan dan kesihatan anak.

Sudah semestinya satu kegembiraan apabila kita dapat menatap, memegang, memeluk dan mencium anak yang telah 9 bulan kita kandung. Namun ada juga mereka yang dibayangi rasa sedih atau kebimbangan berterusan selepas kelahiran bayi. Ini dinamakan kemurungan selepas bersalin. 

Jom kita kenali dahulu apa itu kesihatan mental anak. Sebagai seorang ibu, kesihatan anak pasti kita utamakan. Namun bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu, masih belum berpengalaman, ilmu dari Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal mengenai kesihatan mental bayi ini sangat berguna buat anda.

Kesihatan mental anak adalah perkembangan emosi dan sosial yang sihat. Ia merangkumi aktiviti harian bayi di mana mereka akan  belajar  mengawal dan meluahkan perasaan.

Mereka menangis apabila lapar atau lampin basah. Mereka marah apabila terlalu lapar(lapar susu lah). Mereka ketawa apabila diagah. 

Selain itu bayi perlu ada hubungan yang rapat dan selamat. Bayi akan berhenti menangis apabila didukung kerana dia rasa selamat. 

Bayi akan meneroka alam sekitar dan belajar. Persekitaran yang positif akan memberi perkembangan positif kepada bayi.

Kenapa kesihatan mental anak begitu penting?
Kerana: -
🌷 Ia membantu mengawal tekanan
🌷 Ia membantu mengawal emosi
🌷 Ia memberi kesan kepada perkembangan tumbesaran
🌷 Ia memberi kesan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain
🌷 Ia mempengaruhi pembangunan nilai-nilai diri dan keyakinan diri

Siapa sebenarnya yang berisiko apabila kesihatan mental bayi yang lemah?

Ibu bapa yang:-
🐝 mengalami penderaan semasa kanak-kanak
🐝 mempunyai masalah kesihatan mental
🐝 mempunyai masalah dadah / alkohol
🐝 mempunyai masalah hubungan
🐝 ganas
🐝 kurang sokongan sosial

Bayi 
🐳 mempunyai masalah tidur / makan
🐳 terlebih atau kurang memberi respon terhadap sesuatu
🐳 mempunyai penyakit fizikal

Apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menggalakkan kesihatan mental bayi yang baik?
🐦 selalu berkomunikasi dengan bayi seperti senyum, bersentuhan, bercakap, menyanyi, mengurut
🐦 meluangkan masa untuk memahami tingkah laku dan isyarat bayi anda
🐦 memahami keperluan bayi anda
🐦 menghibur dan menenangkan apabila mereka takut, marah, atau cedera
🐦 menyediakan persekitaran yang menenangkan
🐦 membina rutin harian 
🐦 menjaga kesihatan anda sendiri
🐦 model hubungan yang baik dan cara yang sihat untuk menguruskan masalah

Apabila bayi tak sihat, secara tak langsung akan memberi kesan kepada ibu bapanya. Yang paling terkesan adalah ibu sehingga berlaku baby blue atau kemurungan selepas bersalin. 

Jangan ingat ada monday blues sahaja. Baby blues pon ada. 

Baby blues seperti 
🐟 menangis tanpa sebab
🐟 terlampau sedih
🐟 keletihan
🐟 kurang tidur
🐟 mudah marah
🐟 tekanan
🐟 mengasingkan diri

Kemurungan selepas bersalin
πŸ¦€ susah untuk berhubung dengan bayi baru
πŸ¦€ cemas dan bimbang
πŸ¦€ serangan panik
πŸ¦€ rasa tidak mampu
πŸ¦€ merasa bersalah
πŸ¦€ merasa ganas atau agresif
πŸ¦€ ada rasa untuk membunuh diri

Siapa yang berisiko mendapat kemurungan selepas bersalin?

- anda mempunyai sejarah keluarga kemurungan postpartum atau masalah kesihatan mental yang lain
- anda mempunyai kehamilan yang tidak dirancang dan anda tidak berpuas hati dengan kehamilan
- anda mempunyai pasangan yang tidak berpengalaman
- anda mempunyai komplikasi obstetrik
- anda mengalami trauma zaman kanak-kanak, telah disalahgunakan, atau berasal dari keluarga yang bermasalah
- baru-baru ini anda mengalami perubahan kehidupan yang serius misalnya kehilangan pekerjaan, kematian, perpisahan, perceraian

Apa yang perlu dilakukan jika saya mengalami kemurungan selepas bersalin?
- pastikan keperluan asas anda dipenuhi
- dapatkan bantuan di sekitar rumah
- berbincang dengan ibu-ibu baru yang lain
- dapatkan bantuan profesional

Bolehkah bapa mengalami kemurungan selepas bersalin?
Rupanya ada bapa yang mengalami kemurungan. Di sini tugas isteri untuk berbuat sesuatu seperti menjauhkan anak dari suami. Atau dapatkan bantuan orang lain untuk menenangkan suami.

Anda bukan ibu yang tidak baik. Anda tidak gila. Anda tidak bersendirian. Kemurungan selepas bersalin adalah nyata.

Acara yang paling menarik seharusnya adalah cabutan bertuah. Sebab mommy salah seorang yang bertuah.
Mommy dapat set tilam bayi Tollyjoy
Sempat bergambar dengan blogger sabby yang hanya jumpa di Event Tollyjoy. Haha. Jumpa lagi next year!
Terima kasih Tollyjoy atas penganjuran Hari Bayi 2018 sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental anak dan ibu. Masalah kesihatan mental perlu dicegah dari peringkat muda. Ibu bapa perlu berinteraksi dengan bayi dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria dan membesar dengan sihat. Selain itu, ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberi sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik.

1 comment: