5 Kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar

5 Kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry Prostar | Baru-baru ini mommy berpeluang ke pelancaran Ergonomic Study Desk / Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar di Sunperry Kids (Puchong Showroom).

Pertama kali mommy melihat Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar semasa Export Furniture Fair (EFE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Meja ini direka untuk kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa.

Reka bentuknya juga sangat menarik. Mommy yakin semua ibu yang melihatnya pasti teruja untuk menghadiahkan sebuah Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar kepada si manja.

Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar

Terdapat dua jenis Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar iaitu:-

1- Prostar 1
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1 Study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 1
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
Ketinggian meja boleh laras
Kedudukan kerusi boleh laras ke hadapan
Ketinggian kerusi boleh laras
Tempat sandar boleh laras
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
Meja boleh dicondong mengikut kesesuaian
- Datang dengan pemegang iPad, rak besar dan laci.
Rak besar
Pemegang iPad
Laci
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

2- Prostar 2
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2 study desk
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
- Sesuai dari umur 5 hingga dewasa.
- Meja dan ketinggian kerusi boleh laras.
- Kecondongan fleksibel untuk disesuaikan dengan kedudukan membaca, menulis dan melukis.
- Datang dengan rak buku mini.
- Waranti 3 tahun untuk bahagian mekanisme.

5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 

Selain reka bentuk Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar yang nampak sangat menarik, terdapat 5 kelebihan Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar ini iaitu:-
📚Mengurangkan ketegangan mata dan mengurangkan masalah penglihatan
Jarak bacaan yang tidak betul akan menyebabkan masalah mata. 

📚Menyokong perkembangan sihat tulang belakang kanak-kanak, meminimumkan risiko bongkok dan scoliosis
Membongkok yang kerap akan menyebabkan masalah bongkok dan scoliosis

📚Dengan kedua-dua kaki yang kuat di atas lantai, akan meningkatkan peredaran darah kanak-kanak dan meningkatkan tumpuan
Pinggang yang tidak terletak di tempat duduk dan kaki tidak mencecah lantai akan menyebabkan kanak-kanak menjadi letih dan hilang fokus dengan mudah

📚Reka bentuk meja pelbagai fungsi sesuai untuk menulis, membaca dan melukis
Meja tidak sesuai digunakan untuk menulis, membaca dan melukis. Prostar sesuai untuk semua jenis aktiviti si manja. 

📚Ketinggian boleh laras untuk menjimatkan masa dan wang, meja belajar untuk anak dari kanak-kanak sehingga remaja dan dewasa
Tidak dapat menyesuaikan ketinggian meja untuk kanak-kanak dari umur dan ketinggian yang berbeza, mengakibatkan sikap duduk yang tidak sihat

Dari pengalaman mommy sendiri. Anak mommy tidak akan belajar lama dalam satu-satu masa. Pelbagai alasan akan diberikan seperti penat, sakit badan dan sebagainya. Jadi meja belajar ergonomik Sunperry ProStar ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk si manja mommy lebih bersemangat belajar. 
Meja Belajar Ergonomik Sunperry ProStar 2
Melihat anak mommy khusyuk mewarna tanpa mempedulikan orang disekeliling. Mesti Anis rasa sangat selesa. Mommy sendiri rasa kagum apabila Anis mewarna sehingga habis. 

Nampaknya Sunperry ProStar Ergonomic Study Desk ini  pasti menjadi idaman semua ibu-ibu untuk menggalakkan si manja lebih minat belajar.

Sunperry Kids - Puchong Showroom
11A-G & 11A-1, Jalan Puteri 4/7A, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.


Maklumat lanjut produk:-  http://www.sunperrykids.com.my/shop



5 comments:

  1. meja ni mmg cantik selain ianya ergonomik...
    kalaulah dapat seketul kan ....

    ReplyDelete
  2. canggih zaman skrang ni.. hehe kite dulu bukak quran nye rehal tu letak buku hehee..

    ReplyDelete
  3. Nampak selesa jew adam dan anis mewarna dengan meja belaar ne. Boleh tunjuk dekat EE untuk dua ketui kat umah tu

    ReplyDelete
  4. perghh mantop meja ni! anak anak buah kc mesti suka ni.

    ReplyDelete