Nasi Goreng Meriah Buat Si Manja Dugro®

Nasi Goreng Meriah Buat Si Manja Dugro® | Ketiga-tiga anak mommy minum susu Dugro®, maka selayaknya mommy gelarkan mereka Si Manja Dugro. Semasa Sesi Mama2 Penyayang Dugro tempoh hari, Dumex Dugro telah memperkenalkan Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro®. Jadinya hari ini mommy nak kongsikan salah satu menu iaitu Nasi Goreng Meriah yang mommy yakin anak-anak mommy sangat sukakannya.

Sebelum itu, mommy nak bercerita mengenai Dumex Dugro. Dulu mommy hanya tahu Dugro® sebagai pengeluar susu. Mommy berikan anak susu untuk kuatkan tulang anak dan zat tambahan melalui susu. Namun segalanya berubah apabila mommy mengikuti perkembangan Dumex Dumex  di laman sosial dan menyertai kempen-kempen yang telah diadakan.

Dugro® menyediakan pasukan Careline Dumex Dugro 24 jam, 7 hari setiap minggu di talian 1-800-38-1038 yang terdiri daripada pakar nutrisi, bekas jururawat, dan pakar diet. Kalau dahulu mommy mencari seminar keibubapaan untuk memotivasikan diri kerana ada masanya mommy perlukan saluran yang betul untuk mengadu tentang masalah dalam membesarkan anak-anak. Kini mommy boleh terus hubungi Careline Dumex Dugro pada bila-bila masa.

Dengan menyertai kempen Dugro® sejak Mac tahun lalu, ia sangat memberi impak dalam kehidupan mommy. Kempen backpack Dugro® berjaya memberi kesedaran tentang pentingkan bonding antara ibu dan anak melalui ucapan, sentuhan dan aktiviti harian.

Dalam kesibukan kita mengejar apa yang kita impikan, kadangkala kita terleka tentang apa keperluan anak-anak. Kita pandang mudah sedangkan semua itu sebenarnya sangat penting dalam proses pembesaran anak-anak.

Sekali lagi Dugro® memberi kesedaran tentang pentingnya nutrisi dalam makanan harian anak-anak dalam kempen Bekal Nutrisi sehingga setiap hari mommy berusaha menyediakan bekal makanan Adam untuk di bawa ke sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama.

Kali ini Sesi Mama-mama Penyayang Dugro®, Dugro® memberi penekanan sekali lagi tentang kepentingan nutrisi dalam makanan harian anak-anak. Terima kasih Dugro® kerana memberi peluang kepada mommy untuk kembali berada di jalan yang betul dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Yana Samsudin bersama Menu 6 Hari Si Manja Dugro®
Mommy sedih sebab selama ni apa yang mommy buat dah memusnahkan nutrisi sayuran
Mama-mama penyayang Dugro®
Jadi, seperti yang mommy janjikan, mommy nak kongsikan Resepi Nasi Goreng Meriah. Ibu-ibu boleh cuba untuk seisi keluarga di rumah. 

Resepi Nasi Goreng Meriah

Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan beras, dibersihkan
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 100g dada ayam, didadu
  • 1/4 cawan lobak merah dadu
  • 1/2 cawan kepingan brokoli
  • 2 sudu besar jagung
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan
1. Tanak beras dengan stok ayam sehingga masak. Biar sejuk.

2. Panaskan mentega, goreng ayam separuh masak
3. Tambah lobak merah, brokoli dan jagung. renjiskan sedikit air kemudian tutup.
4. Apabila empuk, masukkan nasi. Kacau rata dan adan angkat.
5. Pukul telur dan sedikit garam. Masak 2 keping telur dadar.
6. Sudukan nasi goreng ke atas telur. Bungkus kemas dan hidangkan.
Nasi Goreng Meriah inspirasi dari Menu untuk Si Manja Dugro

Selain lobak merah, jagung dan brokoli, boleh juga digantikan dengan sayuran kegemaran anak anda seperti bunga kubis, kacang buncis dan sebagainya.

Perkongsian tips dari Chef Selebriti Lin tempoh hari, untuk memastikan sayuran tahan lama, simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas tertutup dan letak di dalam peti sejuk. Potong sayur apabila hendak menggunakannya untuk mengekalkan nutrisi sayuran tersebut.

Untuk menjimatkan masa, nasi boleh di masa pada hujung minggu. Apabila sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.

Kebetulan selesai mommy memasak, daddyG(suami mommy irra) baru sahaja pulang ke rumah dari kerja. Mommy minta daddyG rasa nasi goreng sikit. Tapi bukan sikit, habis satu pinggan. Tak payah cerita bagaimana rasanya nasi goreng meriah hasil air tangan isterinya ni kan😜😜

Kalau sebelum ini mommy masak menggunakan minyak masak, rupanya dengan mentega akan buatkan masakan berbau lebih harum dan sedap. 

Potongan sayur berbentuk dadu kecil menjadikan anak tak memilih sayuran selain daripada masakan nampak lebih menarik. Anak mommy makan berselera sekali. 

Ada lagi 5 menu lain yang mommy akan cuba selepas ini. Pasti anak-anak mommy akan turut menggemarinya. Nanti mommy akan kongsikan dengan anda lagi terutamanya ibu bekerjaya untuk menyediakan hidangan yang mudah dan ringkas dalam masa yang singkat tapi penuh nutrisi.

Satu lagi perkara penting yang mommy nak kongsikan dengan ibu-ibu adalah mengenai pengambilan susu. Pakar pemakanan juga mengesyorkan kanak-kanak minum susu 2 hingga 3 gelas sehari. Dengan pengambilan susu dan makan makanan penuh nutrisi, Si Manja akan membesar dengan lebih lagi nutrisi dan menjadi lebih lagi.

Akhir kata, Mommy nak ajak ibu-ibu di luar sana untuk sama-sama menyertai kempen yang Dugro® adakan selepas ini. Serius mommy tak rasa rugi dan ia sangat membantu membesarkan anak dalam kehidupan yang penuh mencabar ini.

26 comments:

  1. Ni bkn budak2 je.. mak budak pon terliur.. sedap nampam mummy masak.. hihi

    ReplyDelete
  2. resepi mudah dan nampak meriah dengan sayur2 nya tu.... tq sharing resipi.. boleh laaa buat bekal oyin nanti..

    ReplyDelete
  3. Wow! recipe yang bagus untuk anak anak manja kan? I pun nak prepare untuk anak i

    ReplyDelete
  4. oh konsep dia macam nasi goreng pattaya la. lamanya tak goreng nasi. macam nak buat nasi goreng la petang karang. tp tambah bahan2 lain lagi kasi lagi best untuk orang dewasa.

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap jer.anak Jessie memang suka nasi goreng pattaya. Nanti boleh Cuba recipe akk letak broccoli.

    ReplyDelete
  6. Kalo dah ayah dia makan,memang sedap nampaknya.. boleh la try kat anak2 ina ni nanti. Tq share resipi ni tau

    ReplyDelete
  7. Wah meriah juga nasi goreng macam ni. Bukan bebudak je suka.

    Orang dewasa pun pasti suka dengan hidangan meriah macam ni.

    ReplyDelete
  8. Memang meriah. Mesti 3A suka. Akak pun suka buat nasi goreng macam ni. Memang laku keras.

    ReplyDelete
  9. Mak budak yang tengok ni pun rasa teruja..bleh la tiru resepi ni untuk bawak bekal pi kerja cuma tak letak la susu dugro..pelik plak rasanya kang..

    ReplyDelete
  10. Anak2 ami pon suka nasi goreng meriah ni..tapi bab broccoli tu payah lagi nak ajar kasi suka..haha
    .yg penting resipi ni sedap and mudah kan?

    ReplyDelete
  11. Menu simple tapi nampak meriah. Ni kalau hidang kat org dewasa pun boleh licin ni hehe.. nnt boleh masakkan untuk anak-anak ke skolah nih.

    ReplyDelete
  12. Hoh! Memang meriah betul nasi goreng tu. Banyak ingredients berkhasiat Dalam tu.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya airah pula yang terliur tengok menu ni hahaha sesuai la buat untuk bebudak warna meriah menarik

    ReplyDelete
  14. Kak memang suka masak nasi goreng, nanti blhlah tray resepi ni

    ReplyDelete
  15. Bukan anak2 je suka, mak ayah atok nenek pun suka nasi gireng sedap macam ni. Boleh la liez cuba utk anak2 liez nnt

    ReplyDelete
  16. serius betul muka masing2 yang beljar masak utk anak2. maklumlah, budak2 ni memilih sikit bab makan

    ReplyDelete
  17. sedapnya, warna warni nasi goreng ni membangkitkan selera anak2 kan ira

    ReplyDelete
  18. nampak pun sedap. heheh. ayu tak try lagi resepi yang ini..cuma try yang bubur tu. tapi serius bubur tu pun sedap juga

    ReplyDelete
  19. Ena yang tengok, ena pula rasa nak makan.. Menarik betul nasi goreng nya.. Patut anak2 kecil suka.. sebab jiwa ena sama je macam dorang, awet muda. muehehehehehheheheheh

    ReplyDelete
  20. Akupun suka banget ma nasi goreng merah. Paling sedap jika minhm sama teh manis panas. Btw ada resepnya nih ntar mau nyoba dah

    ReplyDelete
  21. Sis kalau malas nak masak lauk..ini le resepi sis bagi anak makan..senang main campak2 je..hehehe. Nasib baik anak suka makan sayur sayuran so tak ada prob lah nak bagi makan kat dia makanan macam ni

    ReplyDelete
  22. Wahh... Memang meriah!
    Mak mak nengok pun terliur gak ni..

    ReplyDelete
  23. Wow! ok malam nanti I try your recipe nasi goreng meriah. Hopefully lepas makan lagi lah meriah sekeluarga.

    ReplyDelete
  24. Style nasi goreng mcm ni Sha pun suka :)

    ReplyDelete
  25. Ada kaler2 cam tu, mmg selera la bdk2 tgk..ni mak pak pun joint..

    ReplyDelete
  26. Ada kaler2 cam tu, mmg selera la bdk2 tgk..ni mak pak pun joint..

    ReplyDelete