Miang Kham senang je nak buat

Miang Kham adalah hidangan pencuci mulut daripada Thailand. Melihat jiran-jiran menempah Miang Kham, mommy turut serta menempah. Harga satu kotak Miang Kham RM10. 

Miang Kham

Miang kham
Miang Kham
Comel elok je disusun dalam kotak kek. Ada 20 helai daun kaduk. Bahan-bahan lain seperti :-

Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
Bawang besar merah - cincang dadu kecil
Cilipadi - hiris
Udang kering - sangai garing
Kelapa parut - sangai hingga perang
Kacang tanah - panggang
Sos
link
Rasanya sedap. Kalau tengok bahan-bahan tu senang je nak sediakan. Cuma kena belajar buat sos. 

Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus makan. Ya Allah. Nikmatnya.

Ini resepi sos mommy jumpa dekat blog karangkraf. Mana tau satu nanti mommy teringin lagi, boleh buat sendiri. #rajinke

BAHAN-BAHAN SOS:
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci belacan - panggang
2 batang serai
1 ketul gula kabung @ nise
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar

CARA-CARA MEMBUAT SOS:

1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.

2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.

3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.

Info chef:  

*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.

*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.

*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.

*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

Rupanya resepi ni pon di ambil dari Chef Sue M Arukin. Pinjam ya Chef tempek kat sini. 


16 comments:

  1. teringin nak makan. kat sini pon ada jual. tp x makan sayur. mcm rugi pulak beli kang nak makan daun kaduk tu tak tertelan kang

    ReplyDelete
  2. teringin juga nak makan tapi miza tak mampu nak telan daun kaduk

    ReplyDelete
  3. tgk sdap tapi xblh nak telan..hihi

    ReplyDelete
  4. macam sireh ke mommy rasa dia...nampak memang menyelerakan...tapi tak tau lah tekak boleh telan ke tak hihi

    ReplyDelete
  5. Wawawawawawa...wiken ni nak buat!! Memang fav ni asyik beli je. Kena save resepi ni untuk nak buat nanti. Tq sharing mommy!!

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah lagi makan.. Tapi kena cuba jgak ni menu yg pelbagai.. Bahan2 pun mudah cari ni.. Kna try buat jgk ni. Tq atas perkongsiannye.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya miang kham. Dah lama tak makan. Resipi senang jer. Tapi nak buat tu tak tahu bila.

    ReplyDelete
  8. Memang senang nak buat tapi susah nak cari daun kaduk tu. Kalau pergi thailand mmg selalu beli

    ReplyDelete
  9. Mummy boleh juga beli mango sauce kat datin isma. IG : masakwithpassion . Boleh makan dengan mango chicken , dengan miangkham ni pun sedap. Nyums

    ReplyDelete
  10. Sos dia yang penting. Susah nak jumpa yang sedap. Fav ana juga ni. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  11. Memang kesukaan Bonde ni, selalu beli sahaja. Sebab daun kaduk tu dah lupus dekat kebun. Dulu memang daun kaduk tu hidup melata tepi rumah. Rindu pulak saat kecil dikampung.

    ReplyDelete
  12. Senang sangat tu sebenarnya cara nak buat ni. Lelaki macam saya pun boleh kasi settle ni

    ReplyDelete
  13. AS suka makan miangkham ni masa kerja di kroh dulu..ada sorang kakak tu dia berdarah siam pattani. Memnag sedap.

    ReplyDelete
  14. mudah jer kan tapi kalau dah ada tanda M kat dahi akk ni..hehe beli jer..heheh

    ReplyDelete
  15. liez dh cuba buat sostapi still mcm nak yg org buat..pernah MIL beli dkt padang besar.. dlm sekilo sosnya.. seronok makan hari2

    ReplyDelete