Tombol rosak, nasib tak ada sesiapa dalam bilik

Tombol rosak lagi. Ini adalah kali ketiga tombol rosak, nasib tak ada sesiapa dalam bilik. Kali pertama di rumah sewa lama, kali kedua dan ketiga di rumah yang sedang kami duduk ni. Bilik mommy setahun lebih tak ada tombol, sekarang giliran bilik Adam..

Mujur lah kali ini tiada sesiapa di dalam bilik. Mommy seperti biasa akan tutup pintu bilik Adam.

Sebenarnya dah ada hint yang pintu bilik tu selalu terkunci. Tapi daddy marah anak-anak sebab suka kunci bilik😅😅. Dah dua kali pengalaman pon tak boleh tahu, tombol itu akan rosak..
Disebabkan dah kali ketiga tombol rosak, jadi daddyG dah tahu macam mana caranya nak buka elok-elok. 
Memang elok je bila dah cabut semua. Macam tombol baru je...hahaha 
Add caption
Kali pertama lebih mengerikan kerana Anis terperangkap dalam bilik. Boleh baca dalam entry ni: http://www.irrayyan.com/2015/05/68-minit-anak-terkurung-seorang-diri.html

Kali kedua : http://www.irrayyan.com/2016/10/dugaan-di-pagi-hari-tombol-rosak.html dan kali ini kali ketiga tiada yang terperangkap. 

Cuma Adam pergi mengaji Iqra kena pinjam baju, songkok dan Iqra Aiman. Malam tu semua tak pergi tuisyen sebab buku tusyen dalam bilik. 

Daddy balik pukul 4 pagi dan pergi kerja 7 pagi. Daddy terlupa kata pintu rosak. Maka seharian pintu bilik itu tertutup.. haha

Lepas ni kena beli tombol pintu gred A. Mudah-mudahan tak mudah rosak. Tahun pertama rosak satu pintu. Tahun kedua rosak satu lagi pintu. Agaknya tahun ketiga rosak pula pintu terakhir, pintu bilik belakang tu..hohoho...

1 comment:

  1. rumah skrg pun rosak tombolnya..terkunci..tp xde sape kat dlm bilik..umah baru jer 2 thn duduk..xde yg ganas2 pun tutup pintu sbb bilik no.2 mmg jrg org duduk..tggu bajet lebih nak tukar semua tombol tu..huhu

    ReplyDelete