Cara jimat masa melipat baju versi mommy irra

Pengakuan ikhlas mommy anak tiga, mommy tak suka dan tak rajin nak lipat baju. Tapi mommy tiada pilihan. Kena juga melipat kain baju semua orang.. Mommy google juga la mencari cara jimat masa melipat baju.. Kah! Kah! Itu pon nak kena google kee... Sekarang semua benda dihujung jari kan.. banyak je blog uodate pasal cara jimat masa melipat baju.. 

Cara jimat masa melipat baju versi mommy irra

1. Pastikan baju dibasuh dalam keadaan yang betul
Kain baju yang terbalik akan mengambil masa anda untuk melipat. Kerja nak mengalih semula baju pon boleh spoil mood pelipat baju(mommy la tu...) dan menyebabkan projek lipat baju tergendala.. ha ha ha

2. Ada penyangkut baju yang banyak
Sebaik sahaja mek jepun(mesin basuh) selesai mencuci pakaian, terus sidai pada penyangkut baju. Bila dah kering terus sangkut sahaja baju. Tak perlu lipat lagi.

3. Ada ruang menyangkut yang mencukupi. 
Keperluan ini wajib untuk mengisi baju-baju di penyangkut.. DaddyG ada beli satu almari kat IKEA masa tengah sale. Kemudian dah rosak bila anak buat main. Mereka masuk menyorok lah. Main buka tutup buka tutup sampai hilang pintu sebelah. 

Kemudian bila ada sale lagi, daddyG belikan almari plastik kat bawah ni. Sekarang dah ada almari plastik ni. Muat letak baju mommy dan daddy je..
Baju mommy daddy dalam almari ni
Jadi mommy senyap-senyap beli almari di bawah ni kat Shopee. Untuk letak baju Adam Anis dan Amal..
Satu bahagian untuk Adam,Satu bahagian untuk Amal,
Dua bahagian untuk Anis, baju anis banyak sebab orang bagi
4. Beli bakul besar
Haa takkan seluar dalam, baju dalam, stokin dan seluar anak yang kecil nak sangkut juga? He he yang ni senang je.. masukkan saja dalam bakul.. bila rajin, mommy akan lipat...

5. Mulakan melipat dengan saiz yang besar
Haa bila nak melipat tu, lipat yang besar dahulu. Jadi cepat lah nampak timbunan kain baju surut😂😂.. Baru lah semangat nak habiskan semua..

6. Jangan bertangguh
Bila asyik menangguh kerja, baju akan makin menimbun. Bila makin menimbun, perasaan malas juga akan turut sama menimbum.. hahaha tapi masalah mommy ok dah..hanya timbunan seluar dan baju kecil sahaja.. cuma masalah akan timbul bila anak-anak mencari seluar mereka😅😅

7. Jangan buat banyak kerja semasa melipat kain baju
Masa melipat baju, tinggalkan handphone sementara. Fokus pada melipat baju akan mempercepatkan kerja..
Buat masa ni, masalah lipat baju dah selesai. Jimat masa orang yang tak suka lipat baju macam mommy ni

6 comments:

  1. haha..yg no.7 tu betul sgt2..letak hp kat tepi, insyaallah boleh fokus pada lipat kain baju

    ReplyDelete
  2. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  3. handphone tu musuh no 1 kalau melipat baju..hehe

    ReplyDelete
  4. suka hanger je baju...senang...hihi

    ReplyDelete
  5. Paling best bila sangkut je baju, tak yah lipat. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Betul tu, kalau bertangguh alamatnya menggununglah jwbnya. Btw, good sharing...

    ReplyDelete