7 sebab mainan Pebble Malaysia jadi pilihan

Mainan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Kanak-kanak akan rasa sangat gembira apabila mendapat mainan baru. Mainan seperti soft toys bukan sahaja sebagai peneman mereka, malah ia membantu mengembangkan imaginasi anak-anak itu.

Apa yang mommy lihat pada anak mommy semdiri, mereka boleh bersembang dengan soft toys seolah-olah toys tu pon boleh bercakap. Dia juga lah yang buat ayat untuk toys tersebut.

Sebelum ini mommy tak berminat nak membeli soft toys kepada anak-anak mommy. Yang ada di rumah semua adalah pemberian orang lain. Sehingga lah apabila Amal mula berminat dengan soft toys dan turut menjebakkan kakaknya, Anis untuk minat soft toys juga.

Semenjak itu mommy terpaksa belikan soft toys pada mereka. Mana taknya, Amal tu meminta-minta sampai kita pon terpaksa membeli.. 

Berbeza pula untuk kali ini, mommy sendiri berkenan dengan soft toys dari Pebble Malaysia.. Anak-anak tak perlu cakap lah... Tengok gambar je mereka dah bersorak gembira.. Bila dah ada di tangan mereka, kerja kilek(usung/bawa) ke mana-mana sahaja... 
Pebble toys yang sangat comel

7 sebab mainan Pebble Malaysia jadi pilihan

1. Sangat comel
Bila tengok satu persatu mainan Pebble di https://www.motherhood.com.my/brands/pebble , mommy rasa nak semua..
Pebble toys yang comel. Nak tengok gambar besar klik gambar atau link di atas

2. Gembirakan hati anak-anak
Anak-anak sukakan mainan baru..
Adam suka Pebble Giraffe
Adam namakan Pebble Giraffe sebagai Giraf. Atau Si Gemok Giraf. Hehee
Eh nak bawa Pebble Blue Bunny Rattles ke sekolah ke?
Pebble Blue Bunny Rattles milik Anis dinamakan Baby Blue..

Amal bawa Pebble Organic Pink Bunny Rattles jalan-jalan
Semestinya yang paling comel untuk anak paling comel... Adik amal dapat Pebble Organic Pink Bunny yang diberi nama Bunny...

3. Peneman anak
Giraf, Baby Blue dan Bunny menjadi teman bermain dan bantal peluk.. Tidur lena anak-anak mommy di samping soft toys kesayangan mereka.
Adam tidur bertemankan Si Gemuk Giraf
Anis tidur bertemankan Baby Blue
Amal tidur bertemankan Bunny
4. Seni buatan tangan yang indah
Mainan buatan tangan Pebble adalah hasil kerja tangan wanita di Bangladesh. Kagum betul dengan hasil kerja tangan mereka yang sangat halus dan berseni.
Pebble Blue Bunny Rattles
5. 100% kapas
Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas. Mommy tak risau dah bila lihat amal kunyah si Bunny. 

6. Boleh dibasuh dengan mesin basuh
Walaupun dah ada Giraf, Baby Blue dan Bunny, mommy tak habis lagi scrolling setiap hari melihat soft toys yang lain. Jeng jeng jeng mommy terbeli pula Pebble Zebra Rattle.
Musim sejuk, depa pon kena berselimut juga
Berebut lah Anis dan Amal nakkan Pebble Zebra Rattle yang dipanggil Zebra.. Kemenangan berpihak pada Amal.. Amal peluk tidur dalam kereta sehingga terkencing dan terkena pada Zebra. Belum cukup 24 jam lagi dah terpaksa masukkan dalam mesin basuh😭😭😭

Dengan cuaca sejuk, nasib baik lah boleh masuk mesin basuh. Walhal sayang gila baru dapat kot...

7. Menyokong kaum wanita Bangladesh yang bersusah payah menyara keluarga
Eh apa kena mengena pula dengan wanita Bangladesh tu ye? Yang ni korang kena tahu sejarah Pebble. Lepas tu korang boleh dapat jawapannya.

Di sebalik kisah PEBBLE

Hathay Bunano, yang bermaksud "BUATAN TANGAN" di Bangla ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom dengan suami British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk meletakkan apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu wanita-wanita Bangladesh dalam apa jua cara. 

Lihat video disebalik kisah "THE PEBBLE STORY"


Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, organisasi jual beli yang adil di Bangladesh. Misinya adalah untuk mewujudkan pekerjaan yang baik, berkualiti, fleksibel dan pekerjaan tempatan untuk wanita luar bandar, yang prospek pekerjaannya adalah minima.

Suami Samantha menubuhkan pusat pengeluaran luar bandar dan mengatur kursus latihan dalam mengembangkan Hathay Bunano. Ia kini mempunyai lebih daripada 12000 orang - kebanyakannya wanita - dalam 202 unit pengeluaran luar bandar. 

Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia, menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyara keluarga mereka.

Dengan membeli mainan Pebble mommy dapat membantu memperbaiki keadaan di Bangladesh, dengan: 
✔️Memperkasakan wanita 
✔️Mengurangkan perpindahan keluarga 
✔️Menghentikan buruh kanak-kanak 
✔️Mengurangkan perkahwinan awal 
✔️Kemudahan prasekolah & penjagaan 
✔️Mengurangkan keganasan terhadap wanita 
✔️Meningkatkan kadar pendidikan wanita 

Rattles, selimut bayi dan mainan dicipta dengan cinta dan menyediakan pekerjaan yang sangat diperlukan untuk wanita yang membuat mereka. 

Bagi mommy Pebble adalah pilihan terbaik mommy untuk anak-anak. Comel dan berkualiti. Anak mommy gembira dan dapat membantu mereka yang memerlukan walaupun tak banyak.

21 comments:

  1. Wah.....bestnya mommy....confirm anak-anak gembira dapat mainan pebble ni Kan.....

    ReplyDelete
  2. comel nya...Cemana diaorang buat eh?mesti susah ni..

    ReplyDelete
  3. memang best..nad ada satu..kain dia jenis tak koyak wlaupun dikait sendiri

    ReplyDelete
  4. cute la pebble ni. patut la femes

    ReplyDelete
  5. Banyak design pebble toys ni yer. Semuanya comel-comel.

    ReplyDelete
  6. Jangan kata budak, makcik budak macam emi ni pun suka mainan pebble camni. Beli pastu duk lambak atas katil banyak-banyak, buat peneman tidur. Tapi ayah tak berapa suka anak dia bwak balik patung ke rumah.

    ReplyDelete
  7. Oh baru tahu maianan ini diasas dari negara bangla, Sesuai juga nih untuk anak saya.
    Anak saya pun dah start nak gigit - gigit orang terutamanya lengan saya yang gebu nih, munkin kena belikan juga lah untuk si manja :)

    ReplyDelete
  8. banyaknya pilihan. comel-comel pulak tu . nak dapatkan satu jugaklah hehe

    ReplyDelete
  9. eh comelnya pebble ni, bukan anak anak je suka, mak orang pun suka, boleh buat hiasan kat atas sofa tau

    ReplyDelete
  10. never heard of pebble but surely the soft toy looks cute!

    ReplyDelete
  11. pernah dengar pasal soft toys ni. tak sangka pulak banyak design menarik!

    ReplyDelete
  12. Comelnya Pebble ni....ada la peneman si kecik.

    ReplyDelete
  13. Wow byk pilihan rupanya..mesti bdk2 suka ni

    ReplyDelete
  14. they are so cute. My girls would love them too

    ReplyDelete
  15. Memang comellah toy dari Peeble ni. Nampak macam hasil kait. Naru tahu sejarah Pebble ni dari mana. So inspirational

    ReplyDelete
  16. Pebble ni nampak cute dan comel... Gabungan warna benang tu juga nampak sangat menarik. Ooo ada ceria disebalik Pebble ni, terima kasih atas info ini.

    ReplyDelete
  17. Comelnya patung ni.. bukan jer anak pun geram mak pun sama minat

    ReplyDelete
  18. uiks macam-macam design softtoys ni..anak kami dua dua lelaki, so takde minta softtoys bagai ni hehe

    ReplyDelete
  19. Cutenya toys dari Pebble Malaysia. Yang bukan budak2 pun rasa nak beli sekarang ni. nak buat koleksi geram sebab comel sangat.

    ReplyDelete
  20. Comel.. bila la nak beli 1 ni untuk anak2 sedar.. fuh

    ReplyDelete
  21. KG kenal nama patung ni patung amigurumi saja mommy..hehehe...

    ReplyDelete