Apakah yang menjadi perkiraan apabila memilih pelan panggilan dan data anda? unlimited call? unlimited sms? quota data yang banyak? harga dibawah RM50 sebulan?

Kad sim Yoodo dan Tune Talk.
Mommy tercari-cari pelan yang menawarkan data yang besar dengan nilai terbaik untuk poket ini dan secara kebetulan adik ipar mommy; seorang mahasiswa juga sedang usha pakej telekomunikasi yg mampu milik. Ramai orang yang mengejar pelan telekomunikasi dengan tawaran unlimited walhal penggunaan untuk panggilan dan sms tidak lah seberapa. Kenapa bayar lebih untuk perkara yang kita takkan utilise setiap bulan? Hidup zaman sekarang kita perlukan data untuk always connected with family and friends. Betul tak?

Kali ni mommy nak share satu (kombinasi) pelan yang berbaloi dan fleksibel. Dengan hanya RM31 sebulan kita boleh dapat 2000 minit masa panggilan, 50 sms, dan 20GB data. Teruja untuk tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.

Digital Mobile Service

Sebelum mommy sambung cerita, diingatkan di sini pelan atau pakej yang akan disebutkan dibawah memerlukan akaun perbankan atas talian (online banking) dan juga telefon pintar yang menyokong dwi-kad sim. Kebanyakan telefon pintar terkini menyokong dwi-kad sim ini tetapi mommy kurang pasti samada telefon jenama Apple boleh menggunakan 2 kad sim atau tidak :P

Jeng jeng jeng...

Untuk mendapatkan pelan dengan harga RM31 ini kita perlu menggunakan 2 syarikat telekomunikasi (telco) yang berbeza kerana setiap telco mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing. Ada yang menjual  data mahal dan memberi masa panggilan secara percuma. Ada yang mengenakan caj panggilan seperti pelan dulu-dulu dan menjual data sedikit murah. Ada telco yang masih mengamalkan data split quota antara hari biasa dan hari minggu. Caj masa panggilan juga dipecahkan dan berlainan harga antara telco yang sama (on-net) dengan telco berbeza (off-net). Sungguh memeningkan pakej telco-telco ni. Apa kata kita customize sendiri mengikut rasa hati dan poket memasing. Kita mix and match dan ambil mana yang menguntungkan kita sebagai pengguna.

Pelan Telekomunikasi Bulanan Termurah Pada Masa Kini (Yoodo & Tune Talk)

Kad sim pertama (#1) SIL mommy langgan Yoodo. Kad sim Yoodo ini akan dikhaskan untuk panggilan suara dan sms sahaja. Adik ipar mommy sayangkan nombor lama ni sebab dah link kan dengan bank-bank dan akaun media sosial :). Jadi untuk mengekalkan nombor telefon sedia ada supaya keluarga dan sahabat handai tidak perlu mengubah nombor dalam buku telefon mereka, dia telah melakukan proses pemindahan nombor sedia ada ke Yoodo atau nama lainnya Mobile Number Portability (MNP). Kad sim Yoodo (#1) SIL customize untuk 2000 minit (RM12) masa panggilan dan 50 sms (RM3) menjadikan jumlah bayaran bulanan RM15

Yoodo - Kad sim #1

Kad sim kedua (#2) SIL mommy pilih pakej atas talian +Vibe daripada telco Tune Talk. Untuk mendapatkan data bulanan dengan harga terbaik, dia memilih pelan +VIBE 200. Pelan ini akan memberikan quota data bulanan sebanyak 20GB. Mommy nak tekankan di sini bahawa +VIBE 200 adalah pelan tahunan; bermaksud pelan ini perlu dibayar lump sum untuk setahun. Jangan risau harga tidak lah mencekik darah. Selepas GST dihapuskan, bayaran +VIBE 200 hanyalah RM188.68 untuk data sebanyak 240GB bagi tempoh SETAHUN (12 bulan). Setelah dicongak-congak, dia hanya perlu membayar RM16 sebulan untuk 20GB data.

Tune Talk +VIBE 200 - Kad sim #2

Menarik bukan?

Dengan gabungan pelan-pelan di atas, kita boleh menikmati 2000 minit masa panggilan kesemua rangkaian, 50 sms, dan 20GB data dengan jumlah perbelanjaan RM31 sebulan.


Kita tak perlu risau tentang kawasan liputan (coverage) kerana Yoodo dan Tune Talk adalah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) di bawah Celcom. Apa maknanya? Kiranya kedua-dua telco ini menggunakan rangkaian Celcom untuk panggilan dan data. Di mana ada coverage Celcom, di situ lah kita boleh guna Yoodo dan Tune Talk.

Akhir sekali, perasan tak mommy ada tulis subheading Digital Mobile Service kat atas? Kenapa ya? Ini kerana kedua-dua pelan Yoodo dan Tune Talk +VIBE ini hanya boleh dilanggan dalam talian (online) di web telco berkenaan SAHAJA. Korang takkan jumpa dan tak boleh beli pakej ni di kedai-kedai fizikal berdekatan yang menjual kad sim. Hehehe.

Jadilah pengguna telefon pintar yang bijak memilih dan thinking out the box


Selalu kalau daddyG ada kerja hujung minggu, mommy akan bawa anak pergi berjalan-jalan. Kalau tak bawa ke Taman Tasik Shah Alam, mommy akan bawa ke Taman Setia Alam City Mall.

Tunggu anak main kat taman

Anak-anak sudah pasti gembira apabila dapat menghabiskan masa bermain di taman. Lagi gembira apabila mommy yang bawakan mereka. Kerana mommy akan bagi mereka main belon buih. Dengan daddy susah la. Haha



Mommy pun nak juga main belon buih ni. Kecil dahulu mana ada nak main belon buih ni. Main belon sabun dalam bilik mandi sahaja.



Sesekali menjadi kanak-kanak dapat mengurangkan tekanan aktiviti harian kan. 


Mommy stress cara mommy. Anak-anak stress cara anak-anak. Mungkin mereka tak cakap mereka stress, tapi sebagai ibu, mommy sedari semua itu. Walaupun hakikatnya mommy dulu lalui perkara yang sama. 


Rindu nak main belon buih lagi
10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang | Orang bujang sememangnya selalu ada masalah nak makan dekat mana dan nak makan apa hari ini. Sebagai jalan penyelesaiannya, orang bujang boleh cuba untuk masak sendiri makanan yang dimakan.

Selain dapat menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan wang anda. Terdapat  10 tips untuk membantu anda dalam masakan bagi orang bujang. Bagi anda yang nak cuba masak, cubalah 10 idea ini untuk menjadi menu masakan anda.

10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang

1. Nasi Goreng
Menu ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlukan nasi putih dan rencah masakan goreng. Selain itu, anda juga perlukan bawang yang sudah dipotong untuk digunakan sebagai bahan tumisan. 

2. Bihun Goreng
Untuk menyediakan bihun goreng sebagai menu bujang anda. Anda hanya memerlukan bihun dan bahan tumisan yang lain. Pastikan bihun anda telah di lembutkan terlebih dahulu sebelum anda mula masak .
Bihun goreng

3. Telur Dadar.
Menu ini antara menu paling ramai diantara boleh buat. Sangat mudah cara penyediaannya.

4. Nasi Putih dan Kari
Menu ini juga mudah untuk di sediakan tetapi ia memakan sedikit masa. 

5. Magi goreng/ Magi kuah
Menu ini juga sangat ramai yang boleh masak. Pengalaman di asrama menjadikan kita semua pakar dalam memasak megi. Caranya seperti juga memasak bihun goreng. Pastikan meggi dilembutkan dahulu sebelum digaulkan bersama perencah yang disediakan.

6. Kari Ayam

Cara masak kari :- 
  1. Tumiskan bawang besar dalam kuali/periuk.
  2. Tunggu sehingga tumisan menjadi warna kekuningan dan dah naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan juga kayu manis, bunga cengkih dan lain-lain.
  4. Tambahkan air untuk menjadikan dia cair.
  5. Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk
  6. Tunggu sehingga bau naik dan akan sedia untuk dimakan.
  7. Sila masukkan gula dan garam dalam kari anda tau .

7. Roti Bakar dan Telur ½ masak.

Cara buat roti bakar :-
  1. Sediakan roti.
  2. Msukkan dalam toaster dan tekan on.
  3. Tunggu roti anda siap.
  4. Untuk cara manual, anda perlukan kuali leper untuk membakar roti.
  5. Letakkan sedikit majerin di atas kuali tersebut dan letakkan roti diatasnya.
  6. Tunggu sehingga roti itu kelihatan keperangan dan kemudian angkatlah roti tersebut.

Cara buat telur 1/2 masak :-
  1. Basuhkan telur ayam .
  2. Rebuskan didalam periuk berisi air selama beberapa minit sehingga air menidih.
  3. Kemudian boleh angkat telur tersebut dan sedia untuk dimakan.

8. Roti Sardin

Cara menyediakan sardin untuk roti:-
  1. Lenyetkan sardin dari dalam tin didalam kuali atau mangkuk.
  2. Letakkan sedikit garam.
  3. Sapu diatas roti anda.

9. Roti Sosej

Cara penyediaannya adalah :- 
  1. Kacau telur seperti kita nak buat telur dadar.
  2. Masukkan sosej dan gulungkan bersama roti.
  3. Saluti roti dan sosej tersebut didalam telur dan kemudian gorengkan ia.
  4. Tunggu sehingga roti dan sosej tersebut berwana kekuningan.
  5. Angkat dan sedia untuk di makan.

10. Cucur jagung

Anda perlukan tepung gandum untuk menggoreng cucur udang ini.

Selain itu anda juga memerlukan bahan seperti jagung, ikan bilis dan telur.

Cara penyediaan:-
  1. Gaulkan semua bahan tadi dalam mangkuk sehingga sebati.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam kuali panas untuk digorengkan.
  3. Tunggu sehingga warnanya berubah kekuningan dan angkatlah ia dan sedia untuk dimakan.

Inilah antara 10 tips masakan untuk orang bujang. Anda boleh cubanya dirumah atau dimana sahaja yang anda mahukan. Tips ini memang sesuai untuk orang bujang yang ingin untuk memasak sendiri. Semoga berjaya !
Jangan katakan ibu mengandung sakit pinggang, mommy yang tak mengandung pun akan alami sakit-sakit pinggang apabila melakukan kerja seperti menyapu, mencuci lantai, menunduk-nunduk semasa mengemas.
Biobax melegakan sakit belakang, sakit pinggang
Biobax melegakan sakit belakang, sakit pinggang
Bila sakit, mommy sapu lah Biobax. Stok Biobax memang sentiasa ada. Mommy setia dengan produk natural ni. Tak rasa takut takut nak guna. 
Biobax membantu melegakan rasa sakit. Tak ada la mommy nak mengamuk sebab sakit melakukan kerja seharian. Haha mengamuk la bila dah penat kan. 

Bila lah mommy nak ada pembantu nak tolong kerja rumah sikit. 

Dapatkan Biobax dengan Cik Fatin : 019-3191446
Imaginasi , Bermain dan Belajar di Kiddomo, The Starling Mall | Kanak-kanak suka bermain tak kira masa. Tengah makan pon main. Tengah mandi pon main. Tengah belajar pon main. Sebelum tidur pon nak main. Mana lah mommy daddy tak menyinga sesekali kerana geram dengan mereka. Jadi hari minggu baru-baru ini mommy bawa anak-anak ke satu tempat permainan baru iaitu Kiddomo yang berada dalam The Starling Mall, Damansara Uptown, Petaling Jaya. Boleh la mereka bermain sehingga penat. 

Kiddomo, The Starling Mall

Website : www.kiddomo.com
Facebook page : www.facebook.com/mykiddomo
Lokasi : T328, 3rd Floor, The Starling Mall.
Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari 10 pagi hingga 10 malam.

Kiddomo telah dianugerahkan The Best Children's Educational Playland 2017/2018.

Konsep Kiddomo sangat menarik perhatian mommy sebagai ibu beranak tiga kerana:-
  1. Anak-anak boleh BERMAIN permainan baru
  2. Anak-anak dapat BELAJAR dan mendapat pengalaman yang berilmu
  3. MEMUPUK hubungan erat antara keluarga
  4. MENEMUI perkara baru melalui teknologi terkini.

Di Kiddomo, ibu bapa boleh terlibat sama bermain dengan anak-anak. Imaginasi, bermain dan belajar. 

Menarik kan? So mommy dah tak sabar nak sertai anak-anak untuk jelajah dunia baru di Kiddomo! 

Perjalanan dari rumah mengambil masa 30 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Pukul 10 pagi mommy dah berada di The Starling Mall. Ini merupakan kali pertama mommy menjejakkan kaki ke sini.

Mommy dah tahu Kiddomo berada di tingkat 3, maka kami terus parking kereta di tingkat 3. Senang!

Untuk kebersihan dan keselamatan, setiap orang perlu memakai stokin dalam Kiddomo. Mommy dah alert perkara ini. Cuma daddy seorang sahaja tak pakai stokin. Tapi tak perlu risau sebab stokin ada dijual di kaunter dengan harga RM5. Best pula tu stokin. Anti licin. 
Stokin boleh dibeli di Kiddomo RM5 sahaja
Selepas pendaftaran, simpan kasut di ruangan kasut dan terus mulakan aktiviti.

Kiddomo | Artistic Play

Setiap orang perlu memakai hand band masing-masing. Untuk setiap permainan, kita perlu scan hand band. Mommy daddy boleh turut bermain tau. Have fun together! 
Guna imaginasi anda untuk melukis di Kiddomo
Guna imaginasi anda untuk melukis di Kiddomo
Masa ni anak mommy masih segan silu. Baru pertama kali masuk. Belum dapat biasakan diri lagi. Staff Kiddomo ada berdekatan sedia membantu.

Boleh tengok video di atas untuk aktiviti pertama kami di Kiddomo.  

Kiddomo | Play and learn together

Nak kena buat apa ni? Nampak tak Amal dah tak keruan melihat kakak menunggang mainan. 
Untuk mainan ni, mommy daddy kena main bersama-sama. Ya la anak sebesar anak-anak mommy masih tak faham apa yang perlu dilakukan.
Amal dah tak fokus nak buat aktiviti. Sementara daddy layan Adam dan Anis, mommy bawa Amal dekat dengan unicorn. 
Bergambar dengan unicorn je la. Besar sangat nak naik.
Adam dan Anis khusyuk buat aktiviti ini. Mereka perlu ambil gambar muka dan pilih watak apa yang mereka nak jadi. 
Bagi mereka berimaginasi sendiri
Tengok lah Adam Anis dan Amal jadi watak apa dalam video di bawah.

Kiddomo | Tunggang Harimau Singa Keldai dan Unicorn

Seterusnya, jom naik tunggangan masing-masing! Ada harimau, singa dan keldai. 
Happy kids!
Tak ketinggalan seekor unicorn besar. Mommy boleh naik. 
Happy mommy at Kiddomo!
Budak kecik tu pon nak tumpang mommy sekali. Amal tak reti nak gerakkan binatang tu. 
Memang khas untuk orang dewasa naik.
Ibu bapa atau orang dewasa boleh bermain bersama-sama anak. Jangan segan silu pula. Rugi tak naik tau. Haha

Lagi best tengok macam mana kami menunggang. Seronok habis walaupon mommy ada rasa segan sikit. 

Kiddomo | Baby Gym

Setiap ruang dalam Kiddomo kami jelajah. Rugi lah kan, dah sampai, kenapa tak main puas-puas. Dalam masa yang sama skill motor anak dapat diasah. 
Anak berlari, melompat, merangkak, berpusing, dan mengesot.
Seronok. Sudah pasti mommy ketua binaan rumah ini.
Rumah kecil pun nak masuk
Kawan pun tengok macam best je

Kiddomo | See art come to life

Kertas bergambar dan warna krayon disediakan. Anak-anak mommy suka aktiviti mewarna.
Amal khusyuk mewarna
Anis khusyuk mewarna
Adam khusyuk mewarna
Hai cari idea nak kaler ke? 
Setelah siap mewarna, scan gambar dan gambar berwarna akan muncul di skrin.
Daddy suruh tulis nama. Senang nampak.
Mommy punya fish
Untuk menghabiskan satu-satu aktiviti di dalam Kiddomo ini tiada had masa. Jadi mommy daddy boleh luangkan masa sehingga anak-anak puas dan penat.

Bila dah penat, perut pon lapar. Nak makan di mana?

Homuri Cafe

Di sini ada kemudahan kafe. Harganya pun berpatutan. Kalau nak makan di luar pon boleh. Macam mommy yang tak rajin nak keluar, makan kat sini je.
Homuri Cafe
Tak menyesal makan kat sini. Nampak sedap dan rasanya memang sedap.
Spageti Bolognese
Mommy rasa 5 minit sahaja habis spageti bolognese ni. Kemudian mommy order satu lagi.
Sedap sangat nih
Amal nak aiskrim. Brownies ni sahaja ada aiskrim. 
Brownies ice-cream vanilla
Air pula mommy order air coklat. Perghh sedap sangat.

Kemudahan sambutan hari lahir

Kiddomo Universe ada kemudahan sambutan hari lahir. Siap ada pakej, nak tahu lanjut boleh terus hubungi pihak Kiddomo ya.
Happy birthday Jayden.
Comelnya tema Dinasour

Kiddomo | Dino Discovery

Sampai kat sini saja, mommy daddy dah penat. 3 jam lebih rupanya kami berada di dalam Kiddomo. 
Penjaga boleh menunggu dan berehat
Penjaga nak main sekali pon boleh.
Mommy Adam Anis Amal ada dalam bola tu nampak tak?
Mommy masuk ambil gambar sahaja.
Dekat sini sebenarnya ada telur Dinasour. Jadi mereka kena cari telur Dinasour tu dan letakkan di tempat khas. Ada satu sudut pembelajaran sains bagaimana telur itu akan menetas. Tak ada pula gambar.

Ada macam-macam lagi aktiviti seperti pecahkan belon, interactive slide, print and cut to a craft, puzzle, pink panther, Color and see Dino come to life dan kara-o-kid. 

Beriya Amal minta mommy ambilkan gambar dengan Dino yang dia warnakan
Craft hasil kita print, gunting dan gamkan
Bergambar kenangan di entrance Kiddomo Universe
Anak-anak gembira kerana dapat merasai pengalaman baru yang mengujakan. Mommy daddy pon turut gembira. Keluar ja Adam dah ajak mommy datang ke sini lagi.

Jom bawa anak-anak ke Kiddomo Universe untuk alami dan rasai keseronokan berimaginasi, bermain dan belajar di sini.  

Website : www.kiddomo.com

Facebook page : www.facebook.com/mykiddomo

Lokasi : T328, 3rd Floor, The Starling Mall.

Nombor untuk dihubungi : 012-7027969

Email : enquiry@kiddomo.com

Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Harga tiket masuk:-
Kiddomo [2 tahun ke atas]
Hari minggu RM55
Hujung minggu/cuti sekolah RM65

Penjaga [18 tahun ke atas] RM15

Mommy cakap terang-terang saja lah. Mommy rasa ramai sebenarnya macam mommy. Apabila kita berada di tempat orang, sama ada sekejap atau banyak hari, sistem penghadaman kita pasti terganggu. Susah nak berak. Eh, bukan tahap susah, memang tak ada berak.

Sistem penghadaman terus terganggu.

Dari sudut positif, molek lah perut tidak meragam semasa kita di luar rumah. Tenang nak melakukan kerja.

Dari sudut negatif pula, bagi perjalanan yang lama, tanpa berak tapi makan banyak, ia sesuatu yang tidak menyenangkan. Ya badan akan rasa tidak selesa.

Bagi mommy sendiri, perkara sebegini selalu terjadi setiap kali mommy ada kerja di luar rumah dan bercuti.

Mana seronok pulang ke kampung, perut tak selesa. Masa tu lah nak makan macam-macam dan sedap-sedap.

Musim open house ni, Sabtu dan Ahad makan macam-macam sehingga tak sedap perut. 

Sistastardust bantu sistem penghadaman

Mommy akan ambil satu sachet fib're rose sebelum tidur. Selepas seketika, mommy dah mula buang angin. Maaf lah mereka yang berdekatan. Makan macam-macam, mesti bau pon semacam.
Selepas 7-8 jam, iaitu keesokkan paginya mommy boleh membuang. Pergh lega.

Fib're Rose keluaran Sistastardust sangat membantu sistem penghadaman mommy.

Kalau sebelum ni, mommy boleh berhari-hari tak berak dan percutian mommy jadi hambar. Nak bercuti seronok-seronok jadi tak seronok.

Sekarang, alhamdullilah mommy tiada masalah gangguan sistem penghadaman apabila berjalan jauh.

Pulang beraya ke kampung hari tu mommy lupa nak bawa Fib're Rose. 8 hari di kampung, mommy naik 3 kilo. Menyesal tak bawa balik. Bertabahlah nak kurangkan KG semula. 
Macam mana nak turun berat ni😭😭

Dulu mommy belajar di Shah Alam. Kemudian menetap di Shah Alam selama 4 tahun selepas berkahwin. Tempat kami selalu beli barang basah adalah Tesco.

Tapi, sejarah mommy suka makan di food court Tesco adalah apabila seorang kakak ni belanja mommy makan yee mee di Tesco Shah Alam.

Terus jadi makanan kegemaran setiap kali pergi ke Tesco Shah Alam.

Sedap. Makan panas-panas dengan cili padi, pergghhh terbaik!
A post shared by Irra Irrayyan (@irrayyandotcom) on

Anak-anak layan makanan anak-anak seperti nasi ayam. Tak rasa pedas jika tak letak sambal. Bila emaknya nak makan baru taruk sambal.
Ini pon salah satu kegemaran anak-anak yang sukar ditinggalkan.
Ubat sakit anak-anak juga ABC ni. Tak kira batuk atau selsema, balun juga. 
ABC lover
Wajib order ABC
Sekarang ni kami jarang dah ke Tesco Shah Alam. Kami ke Tesco Setia Alam sebab dekat dengan rumah.

Korang try la yee mee tu. Dari zaman bujang sampai sekarang, rasa masih sama. 
Tahukah anda, salah satu punca kulit kusam adalah kurang makan sayur. Mommy dah cuba skincare itu ini, masih tak berjaya nak hilangkan wajah kusam. Cover muka dengan foundation boleh la. Tapi kat rumah mana nak pakai foundation.
A post shared by Irra Irrayyan (@irrayyandotcom) on
Terdapat satu produk minuman klorofil di pasaran yang boleh membantu. Bukan mommy sahaja minum, malah mommy berikan anak mommy minum Chlorophyll. Produk ini dari Surya Malaysia.

Apa yang bestnya produk ini adalah NATURAL dan ada dua perasa iaitu buah peach dan laici. Kali pertama ni mommy cuba dulu peach.
link
Agak-agak jalan tak anak mommy minum air Chlorophyll ni? Disebabkan warna air ni hijau gelap. Kemudian dia pelat nak sebut, Amal panggil air kopi. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Air kopi pon air kopi lah. Janji anak mommy dapat khasiat Chlorophyll dalam menggalakkan pertumbuhan semula sel dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Bangun tidur je Amal minta air kopi (Chlorophyll). Alhamdullilah. Susah nak paksa makan sayur, tapi mudah dia nak minum air Chlorophyll.
Minuman Chlorophyll pengganti sayur
Kalau anda tak boleh pujuk anak makan sayur, cuba lah air Chlorophyll keluaran Surya Malaysia ni.

Yang pasti air Chlorophyll ni tiada perasa tambahan dan selamat untuk semua orang dari semua peringkat umur!

Mommy pula, selamat tinggal wajah kusam!

Nak beli kat mana? Senang je boleh dapatkan di farmasi tertentu seluruh negara atau secara online di Lazada atau Shopee.


Aku ada ijazah. Aku duduk di rumah. Dalam erti kata lain aku tidak menggunakan sijil yang aku miliki untuk bekerja tetap. 

Aku pernah bekerja sebagai pengaturcara di syarikat yang aku mula buat kursus intern selama 3 bulan secara kontrak. 

Dalam masa yang sama aku ada mengajar tuisyen di rumah pelajar dan juga di pusat tuisyen. Jadi, apabila kontrak dah habis, aku fokus pada cikgu tuisyen. 

Lepas kahwin, aku masih meneruskan kerja mengajar di pusat tuisyen. Dah ada anak, suami akan jaga anak, aku pergi mengajar. Rutin ini berlaku sehingga aku bercuti panjang lagi untuk melahirkan Anis. 

Ditakdirkan Anis pula menghidap ekzema. Setahun kami berjuang untuk merawat dan menyembuhkan Anis. Rawatan itu dan ini. Aku tak mengajar lagi. 

Anis umur setahun dua bulan, aku mengandung lagi. Rezeki.

Anak dah tiga, cuba kira berapa RM belanja untuk hantarkan mereka ke rumah pengasuh. Amal RM350+ Anis RM250 + Adam RM200. 

Tak senang nak jadi senang.

Dulu, bukan orang jauh pun bising aku tak kerja. Keluarga acapkali bertanya. Dah minta kerja kah? Dah dapat kerja kah?

Sehingga saat ini, orang yang paling dekat(suami lah), tak pernah sekali pun tanya atau meminta untuk bekerja. Namun suami sentiasa sokong 200% apa sahaja yang isteri dia nak buat.

Sebenarnya sama juga la kes apa pun. Masa aku berkeputusan untuk merawat ekzema Anis secara semulajadi, keluarga juga yang bising. Tak bawa jumpa doktor kah? Padahal dah bawa jumpa pakar. Pakar kata ekzema tak ada ubat.

Kami suami isteri usaha juga sehingga sembuh. Alhamdullilah. Cuma tinggal "takut" untuk mengulangi atau merasai benda yang sama.

Apa pun keputusan yang kita buat, pasti kita dan pasangan dah fikir jauh untuk kebaikan bersama. Kita boleh dengar apa orang cakap, tapi kekal dengan pendirian sendiri.

Weh, bab ni lelaki hebat. Kalau aku ni, apa orang cakap akan terus mengadu kat suami. Suami akan balas dengan jawapan mudah. "Abaikan, mereka bukan tahu."

Mesti lah hebat kan. Bukan senang nak jadi ketua keluarga. Kerja hari-hari, dapat gaji bayar itu ini, kemudian tunggu gaji bulan seterusnya. Beli barang sendiri 2-3 tahun sekali setelah baju dah pudar teruk, kasut dah koyak, semua dah rongak sana sini baru berganti.
Apabila Anis dah sembuh, aku mula buat blog. Memasuki dunia blogger adalah passion aku. Ya lah, dari saat itu sehingga sekarang aku masih seorang blogger. Walaupun aku dah mula jarang update blog. 

Tapi aku lebih cenderung kepada media influencer. Aku buat duit melalui media sosial aku seperti facebook, instagram, twitter dan sudah semestinya blog. 

Bulan-bulan aku ada income sendiri walaupon tak masuk pada waktu yang ditetapkan setiap bulan seperti mereka yang bekerja tetap. 

Ini hasil aku menjadi media influencer yang nampak pada mata kasar

Aku boleh beli katil king yang aku gunakan setiap hari. 

Aku beli katil double decker untuk anak-anak.

Aku beli basikal yang sangat banyak jasanya menghabiskan duit aku. Habis duit la dia bawakan aku ke kedai. Hehe

Aku belikan basikal baru untuk Adam dan Anis. 

Aku beli almari Kallax Ikea. 

Aku beli meja makan

Aku beli almari baju. 

Terbaru aku beli pressure cooker

Pilihan aku menjadi blogger seterusnya media social influencer berjaya membantu memudahkan kehidupan aku dan kami sekeluarga. 

Aku pon tak kedekut nak belanja anak-anak dan beli apa yang aku nak makan tanpa perlu meminta pada suami. 

Tak ada benda mudah akan jadi mudah. Dari 8 Mei 2015 sehingga sekarang, suami aku lah yang menyokong 200% apa yang aku lakukan. Suami tahu lah susah payah yang aku lalui. 

Aku tak boleh dikatakan jadi blogger/media sosial influencer berjaya. Namun aku dah berjaya ubah kehidupan aku. 

Mak abah pun tak tanya dah pasal kerja. Yang penting bagi mereka aku bayar hutang PTPTN. 

Kita boleh berjaya. Asalkan kita berusaha tanpa jemu. Walaupun gaji aku tak lah sebanyak gaji programmer. Hati aku rasa senang boleh buat kerja sambil bergolek atas katil dan uruskan rumah dan anak-anak. Terima kasih suami bagi aku peluang ini. 

Tolong like gambar ni. Hehe mommy ada join contest. Klik pada gambar ya. Terima kasih.

Misi mommy nak kurus dah berjaya. Mommy dah turun 7 kilogram. Walaupun berat naik semula 3 kilogram selepas raya, namun dah turun sekilo jadi 51 kg. Boleh dimaafkan lah ya. Siapa boleh tahan tak makan masakan mak. Sedap sangat kot! Mommy balik raya 8 hari. Nah bukti Raya pertama mommy.
Masa ni mommy 49kg, mommy pakai foundation dan lipmatte sahaja. Simple tapi cantik kan? Muahahahaa. Angkat bakul sendiri. Siapa lagi nak puji kita ni kan.
Selain daripada misi kurus, mommy wajib lah nak cantik. Walaupun cantik tu adalah subjektif, mommy tetap nak cantik luar dan dalam.

Macam mana nak cantik luar dan dalam tu? Maksudnya di sini, mommy jaga kesihatan dalaman untuk tampil cantik.

Selama beberapa bulan ini mommy amalkan Berries Rose dari Sistastardust.
Berries Rose, Sistastardust
Berries Rose berbentuk serbuk dalam sachet
Setiap kotak mengandungi 60 sachet
Berries Rose berwarna merah
Berries Rose ini mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam dan pelbagai lagi masalah kulit.

Di usia mommy 32 tahun, muka dah mula nampak bintik-bintik hitam. Tak lama lagi jadi jeragat lah kalau mommy tak jaga.

Alhamdulillah, apabila mommy amalkan Berries Rose, bintik-bintik dah semakin hilang. 

Takutnya kalau nampak tua dari usia sebenar. Buat masa ni, ramai yang teka umur mommy 20an. Yeay!

Kemudian, sesiapa yang nak amalkan Berries Rose ni tak perlu risau akan apa-apa alahan kerana ia sesuai untuk sesiapa yang ada alahan makanan laut.

9 Kebaikan Berries Rose

- Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
- Menghalang pembentukan black head dan white head
- Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah liang pori terbuka
- Menjadikan kulit lebih lembab
- Membaiki tona kulit tidak sekata
- Sesuai untuk masalah kulit sensitif
- Menyihatkan penglihatan mata

Bagi mommy yang berkulit sawo matang, tak mungkin lah mommy akan jadi putih gebu. Mommy dapat wajah bebas whitehead/blackhead dan jerawat sangat menggembirakan. Secara tak langsung ia memudahkan sapuan foundation.

Cara-cara nak amalkan Berries Rose

  • Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.
  • Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.
  • Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur.
  • Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
Harganya RM150 dan ada 60 sachet didalamnya. Sehari hanya satu sachet sebelum tidur, jadi sekotak ni boleh tahan 2 bulan. Sehari kita hanya belanjakan pada kadar serendah RM2.50 untuk sihat dan cantik.

Dengan Berries Rose yang bersifat detox, ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan kulit mommy kekal licin dan mulus. Eh jangan risau detox nya tak ada cirit birit tau. 


Mommy guna biobax sejak Mac 2016. Sekarang mommy masih gunakan biobax sebagai ubat tahan sakit. Biobax boleh digunakan untuk melegakan sakit belakang, sakit lutut, sakit kepala dan macam-macam lagi.
Biobax Cool Theraphy
Macam mommy yang ada genetik penyakit kulit, mommy risau mommy akan mendapat ekzema kerana penggunaan bahan kimia. Mommy sebolehnya akan elak sebab mommy dah ada pengalaman anak ekzema. Cuba bayang kalau mommy sendiri kena ekzema, jenuh!
Orang sakit badan boleh guna, ibu mengandung pon boleh guna sebab bahan yang terkandung dalam Biobax adalah bahan-bahan semulajadi. 

Kalau mommy dah guna selama 2 tahun 4 bulan, ternyata produk ni adalah terbaik. Bukan mommy seorang menggunakannya. DaddyG, emak, abah dan adik di kampung turut menggunakan Biobax. 

Kalau berminat nak dapatkan Biobax boleh terus whatsapp aten 019-3191446
Bosan dapur kotor dengan periuk dan kuali yang banyak?

Bosan membersihkan kesan minyak dan berdiri di dalam panas ketika memasak?

Bosan menunggu makanan untuk memasak dan untuk mendapatkan makanan anda tepat pada masanya?

Jangan risau lagi!! La gourmet mempunyai penyelesaian untuk anda!!

La Gourmet Electric Pressure Cooker yang memasak 2 - 6 kali lebih cepat daripada memasak biasa! Ia adalah sukar dipercayai tetapi BENAR-BENAR, La gourmet menggunakan teknologi moden telah mencipta "9 peralatan elektrik" dalam satu periuk tekanan elektrik! Anda boleh memasak masak, stim, tumis, mendidih dua kali dan lain-lain walaupun 'mengukus' kek.

Ayat di atas mommy jumpa di facebook dan mommy dah translate ke Bahasa Melayu selepas La Gourmet Pressure Cooker berada di rumah mommy.

La Gourmet Pressure Cooker

La Gourmet Pressure Cooker, Turbo Roaster
La Gourmet Pressure Cooker
Mommy teringin lama dah nak ada pressure cooker. Sebabnya untuk mengempukkan daging. Geram masak daging tak pernah lembut. Liat. Lekat celah gigi. Akhirnya dapat sakit gigi akibat makan daging. 
Kebetulan mommy terbuka rancangan Astro Go Shop ada siaran langsung produk La Gourmet Pressure Cooker. Beli La Gourmet Pressure Cooker 6L dapat Turbo Roaster 12L. 
La Gourmet Pressure Cooker, Turbo Roaster
Beli La Gourmet Pressure Cooker 6L dapat Turbo Roaster 12L
Kebetulan juga payment Komaci baru masuk. Hurm kalau biar duit ni, takkan beranak pinak punya. Malah akan cepat habis. Maka mommy membuat keputusan untuk beli La Gourmet Pressure Cooker. 

Mommy cuba beli secara online, tekan tekan tak jadi. Mommy terus hubungi hotline Go Shop. Dapat! 

Call hari Isnin, barang sampai hari Khamis. 

Alhamdullilah. Dapat juga memiliki pressure cooker. 

Ada yang tanya mommy beli kat mana. Boleh tengok dekat link ni ya Lagourmet Pressure Cooker