Menangi backpack Dugro "Reka dan Menang" Contest | Assalamualaikum.. Hai korang.. Mommy baru je lepas join peraduan Dugro 'Reka dan Menang". Cepat-cepat mommy join sebabnya tarikh tamat contest tersebut adalah 28 Februari 2017. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bila mommy tunjukkan "backpack" Dugro kepada Adam dan Anis, wahhh excited mereka nakkan beg tu..

Cara nak join contest ini pon sangat mudah. Peserta hanya perlu menghantar mesej yang paling kreatif untuk anak dan reka bentuk beg. Hanya 5 pemenang bertuah dengan mesej paling kreatif beserta jumlah "like" dan "share" akan berpeluang memenangi "backpack" Dugro. 

Langkah mudah menyertai Dugro "Reka dan Menang" Contest

1. Klik REKA SEKARANG
2. Masukkan Butiran E-mel dan Nama
3. Isikan nama Si Manja
4. Tulis Mesej Kasih Sayang buat Si Manja
5. Pilih warna "Backpack"
6. Pilih lencana hiasan
8. Siap!

Sangat mudah nak join contest ni dan mudah-mudahan mommy dapat jadi salah seorang pemenang. Ibu-ibu diluar sana pon mari lah join Dugro "Reka dan Menang" Online Contest ini juga.

Satu lagi info yang mommy nak kongsikan dengan korang adalah bermula 1 Mac sehingga 30 April, Dugro akan mengadakan roadshow The Dugro® 'Build a Backpack and So Much More' di seluruh negara, di mana kita boleh reka backpack bersama anak-anak di roadshow tersebut. Wahh menarik sangat kan... Kalau korang nak tahu jadual roadshow yang berdekatan boleh layari  http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/backpack

Semua ibu termasuk mommy sendiri inginkan makanan yang terbaik untuk anak. Makin besar anak makin pandai mereka memilih makanan. Anak dah pandai memilih untuk tidak memakan sayuran, padahal dahulu mereka boleh sahaja makan sayur. Jadi inisiatif mommy adalah berikan mereka susu Dugro yang dirumus khas dengan lebih banyak lagi DHA*, IcFOS, 15 vitamin dan mineral supaya Si Manja jadilah lebih lagi..

Tahu tak, Dugro juga ada menyediakan sokongan pakar Careline 24 jam untuk menjawab apa-apa persoalan yang i u ada tentang nutrisi Si Manja.. Team Dugro Careline ini terdiri daripada bekas jururawat, pakar nutrisi dan pakar diet yang bersedia untuk menjawab apa-apa persoalan yang ibu ada pada Si Manja sendiri, pada bila-bila masa, siang atau malam. Selama ini mommy tak pernah tahu kewujudan Careline ini. Maka, ini peluang sebaiknya bagi kita para ibu untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kita.

Semoga anak-anak mommy jadi anak yang bijak dan berjaya pada masa akan datang. Mommy akan buat yang terbaik untuk anak-anak mommy. Semoga kamu jadilah lebih lagi...

*Berbanding dengan formulasi terdahulu, 9.7mg.
Huwaaa ini wajah mommy sekarang... Bermula bulan November, muka ni mula di banjiri jerawat yang besar, sakit berdenyut-denyut dan bercambah dengan bahagianya. Seminggu nak period, lagi seronok jerawat tu naik.. Hormon bermasalah kah? 
Dahi berjerawat[20.2.2017]
Mujur lah jerawat dia serang bahagian dahi je. Pipi ada la sikit. Bila dah lebih 3 bulan muka dok macam tu je sampai jiran tegur.
link
"Asal muka makin gelap irra?"
Tona tak sekata. Berparut
Hujung tahun lepas 2 kali pergi Melaka. Sunburn lah rasanya. Kemudian aku pulak gatai jadi pemalas. Malas nak jaga muka. Malas nak cuci muka. Hari tu bukan main rajin kan skincare itu ini.

Yang ni mommy memang faham sangat. Dah malas, maka tanggung lah sendiri. Macam mandi. Kau tak mandi sehari pon rimas kan? Cuba la tak mandi beberapa hari.. Sure bau tengik! Hehehee

Ni baru padan muka mommy!

Mencegah lebih baik dari mengubati. Bila dah jerawat naik galak ni kan. Jenuh la menunggu nak baik.

Beli scrub sebab jiran promote. Bukan makin elok. Habis hidung mommy jadi hitam hitam kat tepi. Yang ni tak ingat nak ambil gambar. Serius sebelum ni tak pernah wujud hitam hitam tu di muka.

Alaa tu proses detox la mommy...haa detox tak detox dua minggu juga la mommy cuba konsisten pakai... Sama jugak la tang hidung tu... Okey takyah sebut la scrub apa ye...

Bermula 21.2.2017 mommy cuba pakai skincare lain pula.. Maka kena tunggu lah selepas 21 hari apa hasilnya..

Eh eh esok mommy nak buat rawatan muka di Dr M.A.D Wellness SPA.. Muka kena lah berseri-seri. Kang suami balik tak lalu nak tengok muka bini...huwaaa [boleh pula mimpi suamiku kahwin lagi beberapa hari lepas. Lagi tak boleh jadi ni..]

InsyaAllah 14.3.2017 mommy update gambar terkini.. Kbai korang...thanks baca blog mommy...
Tahukah anda virus HFMD aktif selama 2 minggu. Jadi selama 2 minggu itu anak anda yang sedang mengalami HFMD perlu dikuarantinkan. Walaupon anak nampak macam dah baik. Jangan! Jangan sesekali ibu bapa yang ada anak yang sedang mengalami HFMD bergaul dengan orang lain dalam masa dua minggu tersebut. Kita tak tahu antibodi orang lain kuat atau tidak untuk melawan virus HFMD ini.

Kerana ada ibu bapa yang mengambil ringan hal ini, virus HFMD tersebar di indoor playground dalam shopping Mall. 

Melihatkan indoor playground yang sangat menarik di atas dengan gelak tawa kanak-kanak sangat menarik perhatian Adam, Anis dan Amal. Oh adik Amal pon excited nak masuk. Pada mulanya mommy tak nak bagi sebab mahal RM12. Bukan Amal nak main sakan pon. Tapi daddy kata takpelah. Bagi je lah..

Memang seronok sungguh la Amal main. Pergi sana sini sampai kena langgar dengan orang lain. Menangis... 

Adam dan Anis tak payah cakap la. Mereka sangat seronok. Main sungguh-sungguh.

Esoknya, daddy dulu yang kesan biji di leher Amal. Tanya CikLah, CikLah kata takde apa-apalah. Amal takdemam pun. Tapi bila hari dah petang, biji tu bertambah.

Semakin banyak di leher. Naik di muka. 

Di jari pon ada. Masa ni mommy sendiri tak boleh bayangkan bagaimana rupanya HFMD. 

Nampak sekadar biji biasa. Masa Adam Anis Amal kena cacar air(chicken pox), biji-biji tu besar.

Rupanya HFMD lagi teruk. Mereka SAKIT. Amal merengek sebab setiap biji yang ada tu berdenyut-denyut mungkin.

Kesiannya. Dengan cuaca yang panas. Sakit. Amal tak boleh nak tidur. Dah mengantuk sangat baru terlena.

HFMD ni memberi perubahan yang cepat. Sehari je dah penuh biji di seluruh tubuh Amal. Menyesal mommy bagi Amal main hari tu pon tak guna. Sebab benda dah jadi.

Penjagaan HFMD sama je macam demam campak atau cacar air. Kena jaga kebersihan dan tidak boleh berkongsi. Virus tu boleh berjangkit.

Dugaan Amal sungguh. Tahun 2016, amal kena demam viral selama seminggu, chicken pox selama 2 minggu dan sekaranf HFMD.

Mommy masa ni berharap sangat Anis dan Adam tak kena. 


Tapi Anis kena juga. Mommy dah cuba bagi mereka tak main bersama. Tapi mereka nak jugak main bersama. Dah biasa kan...

Anis kena HFMD lagi cepat dan teruk dari Amal.

Kesian sungguh la anak-anak mommy.

HFMD bukan sahaja boleh dijangkiti kepada kanak-kanak. Malah orang dewasa yang kurang antibodi berpeluang dijangkiti virus HFMD.

Hah??? Orang dewasa pon kena? Yaaa pakcik mereka yang dipanggil AyahMey iaitu adik ipar mommy kena juga. Jangkit dari Amal lah tu.. 

AyahMey sampai MC balik kampung. AyahMey kata sakit berdenyut-denyut. No wonder lah Anis dan Anak merengek sebab sakit sangat..

Semakin besar, semakin banyak biji-biji memenuhi badan. Semakan besar semakin teruk HFMD. Bertabahlah AyahMey tunggu baik dan pulih dari HFMD.

Bila dah kena HFMD ni, mommy dan daddy tak bagi lagi Adam Anis Amal main kat indoor playground macam kat atas tu. Tak bawa ke mana-mana waterpark. Selepas Amal berumur 2 tahun baru lah Amal boleh di bawa bermain tempat public yang dipenuhi kanak-kanak dan virus(haha).

Bagi daddy baca entry ni sebelum publish. Oh daddy memang lah tukang editor blog ni. Daddy bagi lagi gambar dari handphone daddy.

Sakit dan pedih sangat ni.. Esok besar Anis dan Amal boleh la tengok balik gambar mereka kena HFMD.

Semua ni adalah pengalaman dan dugaan membesarkan anak-anak. Benda ni jadi tahun lepas, baru menyempat nak update di blog.. Yeayy dapat juga simpan kenangan pahit anak-anak di blog irrayyan...

Pernah tak korang rasa macam dah tak larat nak hadap aktiviti kehidupan yang sama berulang setiap hari? Terasa macam nak lari daripada rutin kehidupan seharian dan pergi bercuti untuk mententeramkan minda dan merehatkan badan. Mesti korang pun pernah ada perasaan macam ni kan? Tipu la kalau tak pernah. So, pada sesiapa yang terasa nak bercuti and have a sweet escape, Port Dickson adalah jawapannya! Sebabnya, Port Dickson sangat terkenal dengan keindahan pantainya serta merupakan tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama dengan keluarga. Pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat bersama dengan keluarga seperti riding a banana boat, picnic, main jetski dan yang terbaru korang boleh naik parasailing lagi tau. Wow! Wow! Wow! Dan kalau bercakap pasal penginapan korang semua tak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan hotel yang awesome di Port Dickson. Korang boleh pilih je yang mana bersesuaian dan menepati citarasa korang dengan menggunakan Traveloka.

Antara hotel yang best untuk menginap di Port Dickson ni adalah Lexis Port Dickson. Resort yang gempak ni terletak di negeri Sembilan dan lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Grand Lexis Port Dickson. Jangan korang tersalah masuk hotel dah la ye. Sebenarnya, Lexis Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson ni di bawah company yang sama, cuma konsep hotel tu yang berlainan sedikit. Grand Lexis lebih mengetengahkan konsep ‘private pool’ di setiap villa, lain pula konsep yang dibawa oleh Lexis ni, mereka berkonsepkan ala-ala bali, serta mempunyai keistimewaan mereka tersendiri seperti chalet terapung diatas laut ataupun bilik yang menghadap laut. 

Wahhh seronok kalau dapat bercuti bersama keluarga macam ni. Dapat menikmati pemandangan laut dari bilik. Dah tak perlu ke Bali sebab ada percutian ala Bali di Malaysia sendiri.

Sweet Escape Vacation di Lexis Port Dickson
Vacation di Lexis Port Dickson, konsep ala Bali

Penginapan di Lexis Port Dickson

Lexis Port Dickson menawarkan empat jenis style penginapan. Antaranya ialah Premium Tower Seaview, pada mereka yang ingin menikmati keindahan laut Selat Melaka dan matahari terbenam, suites ni amatlah sempurna untuk merealisasikan impian korang sebabnya suites ni terletak pada aras 5 sehingga 11 dalam bangunan utama hotel Lexis sendiri.

Bilik Premium Tower Seaview
Premium Tower Seaview

Selain itu, terdapat tiga jenis chalet untuk korang pilih, ketiga-tiga jenis chalet ni semua berada atas laut ‘above sea level’ gitu kata mat saleh, cuma yang membezakan chalet ni ialah keluasannya. Tiga jenis chalet itu adalah Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet, dan Premium Water Chalet. Nak tau keluasan dia macam mana? Dia macam ni,  kalau korang ambil Deluxe Water Chalet, ade satu king size bed je, bathroom and sebagainya. Tapi kalau korang ambil Executive water chalet, mereka ada sediakan satu king bed dan satu single bed. Kalau korang pilih Premium Water Chalet mereka sediakan dua king size bed. 

Duluxe Water Chalet
Executive Water Chalet
Premium Water Chalet

Jadi, kalau korang dalam kuantiti yang ramai, dinasihatkan la ambil Premium Water Chalet agar lebih selesa, takde lah sampai perlu bersempit macam ikan sardin dalam tin. Tak seronok lah nak bercuti macam tu..

Tapi kalau dah ada anak-anak ni takkan nak bercuti tak bawa anak kan? Kalau mommy memang wajib lah usung semua sekali.. Kita bercuti dan berehat bersama-sama ye..

Agak-agak kalau dah lapar tu, korang boleh pergi Aqua Coffee House, kat situ mereka menawarkan masakan makanan tempatan dan luar negara. Weekdays cafe beroperasi daripada pukul 7 pagi hingga ke 11 malam je, manakala weekend cafe dibuka daripada pukul 7 pagi hingga 1 pagi.

Aqua Coffee House

Itu sahaja yang dapat mommy kongsikan dengan korang, kalau nak diikutkan terdapat pelbagai lagi tempat yang menarik di Port Dickson ni, tapi jika nak tempat yang dapat memberi ketenangan and have a sweet escape in your vacation, Lexis Port Dickson ini lah tempatnya. Apa-apa pun mommy harap korang enjoy menginap di Lexis Port Dickson ni!
Assalamualaikum... Hai korang.. Boleh tak mommy katakan kebanyakan orang zaman sekarang suka online shopping je? Tak perlu bersiap nak keluar rumah dan tak perlu harung jammed. Haaa korang pernah tahu tak apa itu Shopback? Shopback akan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih dari 500 stor online. Wahhhh menarik sangat..
Shopback; shop online earn cashback
Shopback; shop online earn cashback

Haaa kalau dulu korang tak tahu menahu pasal shopback, maka sekarang korang dah tahu. Mari mommy cerita lebih lanjut lagi mengenai Shopback ni.

Ibu pejabat Shopback adalah di Singapura dan mereka beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia, dan Taiwan. ShopBack sebenarnya dah wujud sejak September 2014. 

Apabila kita sebagai pembeli membuat belian dia mana-mana stor online melalui Shopback, kita akan mendapat cashback daripada Shopback. 

Nampak tak? Kita dah keluar duit untuk membeli, kemudian kita dapat semula pulangan tunai daripada ShopBack. 

Shopback telah memperoleh banyak Anugerah:
September 2016 - Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
Oktober 2015 - Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF


Langkah-langkah menggunakan Shopback

LANGKAH 1: Pilih lebih dari 500 peniaga online di ShopBack.


Selepas sign up Shopback, kita boleh shopping dari stor online kegemaran melalui Shopback. Kalau tak melalui Shopback, tak dapat lah cashback tu.

Mommy jakun jugak lah bila kalo pertama masuk Shopback ni. Surfing and surfing and window shopping pelbagai kategori - Fesyen, Perjalanan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan macam-macam. Rugi lah kalau korang tak sign up dan belek stor online yang boleh kita dapat "cashback".

LANGKAH 2: Bila kita dah pilih stor yang kita nak shopping, kita hanya perlu tekan "Shop Now" 
Apabila kita dah klik "Shop Now", kita boleh buat belian macam biasa.

LANGKAH 3: Dapatkan cashback.
Setelah membuat pembayaran, rebat tunai secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack.

Cashback yang mommy perolehi setelah shopping online di Lazada melalui ShoBack

Hari ni mommy buat belian di Lazada melalui Shopback. Selepas beberapa ketika(bergantung kepada stor online), mommy dapat email yang memberitahu cashback dah masuk dalam akaun.

Cashback boleh ditunaikan ke dalam akaun bank. Haaaa yang ni kena tunggu cashback banyak-banyak baru lah best kan nak transfer ke dalam akaun kita.

Korang nak alami sendiri ShopBack kenalah sign up di
https://www.shopback.my

Selain tu boleh tengok juga:-
YouTube


Haa mesti korang dah faham kan? So lepas ni nak shopping boleh terus buka cashback. Segala macam stor online ada dalam tu... 
Milagro Coffee Kopi Patawali adalah satu produk minuman kesihatan tidak berkafien yang diekstrak dari pokok patawali dan diadun dengan bahan lain. Mommy sebagai penggemar kopi teringin sangat nak cuba Milagro Coffee Kopi Patawali yang dikatakan boleh membantu mengawal dan mencegah penyakit.

Milagro Coffee Kopi Patawali
Mommy dah ada stok Milagro Coffee Kopi Patawali

Milagro Coffee Kopi Patawali sangat baik untuk:-

+ Menstabilkan tahap gula dalam darah
+ Meningkatkan sensitiviti insulin
+ Membekalkan antioksidan yang tinggi
+ Mengurangkan keletihan kronik
+ Meningkatkan penghadaman
+ Melegakan sakit perut
+ Melegakan pedih ulu hati
+ Menurunkan berat badan
+ Menyembuhkan osteoporosis
+ Melegakan demam selsema
+ Meningkatkan tahap tenaga
+ Menguatkan sistem imun
+ Merangsang aktiviti fizikal

Apa itu pokok patawali dan khasiatnya?

Pokok Patawali dikenali juga sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali dan Andawali. Ia mempunyai rasa yang pahit. Patawali sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, malaria, gonorea, kusta, gout, kepialu dan demam kuning selain menjadi penawar racun.

Bila mommy dah tau pasal Patawali, mommy pon excited lebih nak rasa Milagro Coffee Kopi Patawali ni.

Milagro Coffee Kopi Patawali
Sachet Milagro Coffee Kopi Patawali
Lagi banyak mommy mencari pasal Milagro Coffee Kopi Patawali, lagi banyak info mommy jumpa. 

Milagro Coffee Kopi Patawali juga dapat membantu menyelesaikan:

  • Masalah rabun dekat dan jauh
  • Hampir buta akibat saraf
  • Masalah rabun yang disebabkan kencing manis
  • Menguatkan saraf mata yang lemah disebabkan oleh pembedahan & laser
  • Mencairkan selaput lendir (Katarak) pada mata
  • Masalah eye bag & silau mata yang serius

Bab mata, mommy punya mata pon silau kuat sangat. Alhamdulillah sangat kalau Milagro Coffee Kopi Patawali boleh bantu mengurangkan masalah mata mommy.

Cara minum Milagro Coffee Kopi Patawali 

Mudah sangat nak minum air kopi Milagro ini. Hanya bancuh dengan secawan air panas. 

WAJIB nak minum setiap pagi

See.. Warna air kopi ni dah sangat menggoda.. Aroma air kopi ni sangat mengasyikkan. 
Tekstur Milagro Coffee Kopi Patawali dah menggoda
Memang sedap sangat. Anak-anak pon akan tumpang sekaki. 
Korang pon WAJIB cuba
Sekali cuba, sah anda takkan lupa nak minum kopi setiap pagi. Dengan mengamalkan air Milagro Coffee Kopi Patawali setiap pagi, mommy kekal bertenaga sepanjang hari.
Buat penggemar kopi, jom minum Milagro Coffee Kopi Patawali
Kebiasaanya orang yang ada gastrik tak boleh minum minuman berkafien. Haaa Milagro Coffee Kopi Patawali kan takde kafien. Selamat untuk diminum oleh sesesiapa sahaja. Cuma yang ada penyakit kronik kena minta nasihat doktor dulu.
Testimoni Milagro Coffee Kopi Patawali
Bukan mommy seorang sahaja yang rasa bertenaga apabila mengamalkan Milagro Coffee Kopi Patawali. Banyak lagi testimoni lain yang korang boleh tengok dalam instagram dan facebook rasmi Milagro Coffee.
Testimoni Milagro Coffee Kopi Patawali
So kalau korang berminat nak cuba juga boleh whatsapp +6019-3191446. Atau boleh follow :-