Kopi asli dari Gerik

Kopi asli dari Gerik | Mommy sekarang ni dah boleh minum kopi dengan perasaan lega sekali. Sebabnya mommy dapatkan kopi tanpa sebarang campuran. Betul-betul kopi asli dari Gerik, Perak.
Kopi asli dari Gerik
Mommy tau lah macam mana orang buat kopi sebabnya pernah tengok mak buatkan kopi. Bermula dari biji kopi dan melalui bermacam proses untuk menjadi serbuk kopi. Yang mommy ingat mak ada masukkan gula putih. Ada juga di belakang packaging kopi menyenaraikan bahan seperti marjerin. 
Kopi mommy beli sebanyak 2kilo dan dipos dari Gerik, Perak. 2kilo tahan selama 7 bulan. Mommy dah beli kali kedua. Maknanya mommy dah setahun mengamalkan kopi.  

Kalau korang nak juga, boleh contact En Hezreen +60 19‑472 4531

0 comments:

Post a Comment