Jom Rewang 2018 untuk bakal pengantin

Jom Rewang 2018 | Rewang merupakan acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau gotong-royong yang kebiasaannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Untuk melancarkan lagi majlis, penanggah akan menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu. Biasanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk wang atau hadiah. Sebut pasal rewang mengingatkan majlis walimatul urus mommy pada 2010. Terima kasih kepada jiran tetangga dan keluarga terdekat yang membantu kerja-kerja rewang dengan jayanya. 

Kini, adat rewang semakin pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya ‘buffet’ atau ‘katering’ yang lebih memudahkan semua pihak. Lebih memudahkan bakal pengantin adalah Jom Rewang 2018. Apa tu Jom Rewang 2018?

Tentang Jom Rewang 2018 

Jom Rewang 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Jom Rewang 2018 akan berlangsung pada:-
Tarikh : 26-28 Januari 2018
Tempat : Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Jom Rewang 2018

Tarikan utama Jom Rewang 2018

Sepanjang Jom Rewang 2018, terdapat lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan ini termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. 

300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di Jom Rewang 2018 melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. 

Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
Jom Rewang Plaza Alam Sentral
Bakal pengantin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan tahun berikutnya wajib datang ke event Jom Rewang 2018 ini yang pastinya akan membantu melancarkan majlis perkahwinan anda. 

Kepada para vendor(pengusaha perkahwinan) sangat  dialu-alukan untuk turut menyertai dalam pameran ini. Tawaran menarik buat vendor (bumiputera sahaja):-
- Harga Booth Mampu Milik
- Media Sosial
πŸ†“ blast di FB page 'Si Rashid' followers 500'000
πŸ†“ blast di FB page 'Tinta Media' 500'000 followers
πŸ†“ bersama sama dengan page-page bersekutu mereka
πŸ†“ ig: jomrewang_ / fb page Jom Rewang
πŸ†“ blast di group2 perkahwinan (>20k follower) target market
- Media Elektronik
πŸ†“ slot rancangan di TV 
πŸ†“ slot di radio
- bunting di sekitar tempat pameran dan 30km radius
- edaran flyers

Pastinya event ini sangat meriah dan dikunjungi oleh bakal-bakal pengantin seluruh negara. Sekiranya berminat, anda boleh terus hubungi:-
πŸ“ž Ijan - 011 2851 9851
πŸ“ž Leen - 011 2867 8998
πŸ“ž Alyn - 011 6179 3882

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Email: Email: puspawangieventmanagement@gmail.com

1 comment: