Adakah alat penyaman udara yang menyebabkan anda sakit?

Sejak akhir-akhir ini, cuaca kurang menentu di seluruh negara. Ada hari yang panas terik di sebelah pagi dan tengah hari, tetapi hujan di sebelah petang. Hujan yang kadangkala tidak cukup lebat atau lama akhirnya akan menyebabkan suasana di dalam rumah menjadi berbahang dan melekit. Oleh sebab itu, ramai yang bergantung harap pada alat penyaman udara untuk memberikan suasana yang lebih selesa di dalam rumah.

Terdapat keluarga yang memilih untuk menggunakan alat penyaman udara hanya pada waktu tidur malam, semasa anak-anak pulang dari sekolah sahaja dan ada yang membiarkan alat penyaman udara terpasang pada setiap masa. Tidak kira apa jua cara anda, anda harus sentiasa berjaga-jaga dengan kebersihan dan tahap efisien alat tersebut. Ini kerana alat penyaman udara yang tidak diservis secara berkala AKAN menjadi salah satu punca anda jatuh sakit.

Sebelum anda membuat tempahan perkhidmatan servis aircon, mari lihat jika anda mempunyai salah satu masalah yang berpunca daripada penggunaan alat penyaman udara.

1. Masalah pernafasan

Setiap alat penyaman udara mempunyai penapis udara yang boleh dibasuh. Tugas penapis ini adalah untuk memerangkap semua habuk, debu dan kotoran yang ada pada udara yang disedut. Oleh sebab itu, penting bagi anda untuk memastikan yang penapis udara tersebut tidak mempunyai habuk tebal yang melekat padanya. Jika tidak, masalah yang bermula daripada habuk tebal tadi akan melarat. Penapis udara itu tidak akan dapat memerangkap lagi habuk yang disedut bersama dengan udara di dalam rumah anda. Hasilnya, udara yang dihembus semula oleh alat penyaman udara tadi akan tercemar, dan akan menyebabkan anda mengalami masalah pernafasan.

2. Badan terasa lemah

Ada kalanya, badan kita terasa lemah dan ‘lemau’ apabila bangun dari tidur atau apabila seharian berada di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ini juga merupakan salah satu petanda yang alat panyaman udara anda sebenarnya tidak berfungsi secara efisien. Istilah yang berkait rapat dengan masalah ini adalah ‘sick building syndrome’ atau SBS. Masalah SBS ini sering berpunca daripada sistem pengudaraan yang tidak sempurna bagi sesebuah bangunan. Alat penyaman udara yang tidak diservis dan diselenggara secara berkala, dan ruang yang tidak mempunyai tingkap atau tingkap tidak dibuka adalah antara punca biasa bagi masalah SBS ini.
(Baca: Why Is Your Aircon Leaking?)

3. Udara yang tercemar

Tahukah anda yang pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah? Masalah ini sering berlaku di rumah yang mempunyai keluarga yang menghisap rokok di dalam rumah dan haiwan peliharaan domestik. Tugas alat penyaman udara adalah untuk mengedar semula udara yang disedut daripada sesuatu ruang, dan bukan menyedut masuk udara segar dari luar rumah. Jadi, jika udara di dalam ruang tersebut sudah sedia kala tercemar, semestinya udara yang dihembus keluar semula oleh alat penyaman udara tersebut bukan dalam kualiti yang terbaik walaupun sudah ditapis. Jadikan rutin untuk membersihkan kawasan dalam rumah anda untuk mendapatkan kualiti udara yang lebih baik di rumah.
Zam Handyman
Gambar: Zam Handyman. Sumber.

4. Kulit kering

Apabila alat penyaman udara dipasang, ia akan menyedut udara dan lembapan yang ada dalam udara. Lembapan itu kemudiannya akan terkondensasi dan keluar dalam bentuk air melalui saluran khas. Disebabkan fungsi tersebut, lembapan yang ada pada permukaan tubuh badan kita juga akan turut sama disedut semasa alat penyaman udara dipasang. Jadi, tidak hairan jika ramai orang yang bekerja di pejabat atau tidur di bilik yang berpenyaman udara akan mengalami masalah kulit kering. Pakai krim pelembap untuk mengelakkan masalah kulit kering itu melarat.
(Baca: How to Clean Your Air Conditioner Without Voiding Your Warranty)

5. Kerap bersin

Pernahkah anda mengalami masalah gatal-gatal hidung, hidung berair atau kerap bersin apabila bangun dari tidur di dalam bilik berpenyaman udara? Jika ya, itu petanda yang anda mempunyai masalah alahan pada habuk dan hama yang berterbangan sepanjang malam di dalam bilik tidur anda. Masalah habuk dan hama boleh diselesaikan apabila alat penyaman udara dipasang, kerana ia akan ditapis dengan efisien oleh penapis udara yang ada pada alat penyaman udara tadi. Tetapi, untuk penapis udara itu menjalankan tugasnya dengan baik, anda harus pastikan yang ia sentiasa bersih. Pakar penyaman udara menyarankan untuk penapis udara dicuci dengan air bersih setiap dua minggu.

Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada masalah di atas, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai. Selain itu, lakukan langkah proaktif dengan membersihkan penapis udara yang ada pada semua alat penyaman udara di rumah anda.

Namun, jika alat tersebut sudah lama tidak diservis secara menyeluruh, dapatkan perkhidmatan servis aircon di Recommend.my. Tempahan untuk perkhidmatan servis aircon hanya akan mengambil masa beberapa minit sahaja. Selain itu, anda juga akan dapat menikmati kadar caj tetap bermula RM80 untuk khidmat servis biasa bagi setiap unit alat penyaman udara.

9 comments:

  1. Aircond ni bukan keperluan sebenarnya. Banyak alternatif lain untuk sejukkan badan. Tapi sekali sekala ap salahnya, ikut kemampuan.

    ReplyDelete
  2. Betul semua tu. Selain tu, cuci penapis udara juga dapat jimatkan elektrik

    ReplyDelete
  3. Betul semua diatas..boleh pasang ekon kat rumah tp kena alert penggunaan elektrik

    ReplyDelete
  4. Bkn saja econ, kipas pun kita kena selalu bersihkan. Kalau tak memang berkepuklah habuknya. Sampai berterbangan kalau bukak laju2

    ReplyDelete
  5. makin sedap tido adalah hahaha

    ReplyDelete
  6. Penting sangat servis aircond. Kalau dibiarkan makin tak elok untuk kesihatan kita.

    ReplyDelete
  7. penyaman udara ni perlu org yg pakar utk cuci kalau tidak akan bagi masalah dan mungkin menyebabkan kerosakan..

    ReplyDelete
  8. Kan....aircond ni mmg ramai suka tp xtau apa kelemahannya pd kita

    ReplyDelete
  9. betul aircond mmg kena jaga klu x akn menyebabkan badan ada penyakit.

    ReplyDelete