Seronok bermain dan belajar dengan WePlay Educational Toys

Mainan dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan. Bangun dari tidur mereka terus mahu bermain walau di mana sahaja mereka berada. Mommy berpeluang mengenali dengan lebih dekat Educational Toys dari WePlay baru-baru ini. Anak-anak lihat sahaja mainan sebaik melangkah masuk ke perkarangan event "Parents Get Together" with WePlay and Motherhood.com.my , terus mereka bertanya "Boleh main ke?".

Nampak sangat mereka tidak sabar nak bermainan. Bila dah dapat keizinan, haaa tengok sendiri dalam gambar-gambar di bawah ni:-
Bukan main bahagia lagi dapat bermain dengan WePlay
We Play, We Learn
Pancing jangan tak pancing
Amal pon tak segan nak bermain
Khusyuk sungguh mereka bermain
Untuk pengetahuan semua, WePlay adalah produk dari Taiwan. Mommy juga berkesempatan mengenali founder WePlay, Mr Elton Chiu, CEO KIDDIE'S  PARADISE INC. Beliau menerangkan satu per satu mengenai teknik belajar sambil bermain yang diterapkan dalam semua mainan WePlay. 
Mr. Elton Chiu, CEO KIDDIE'S PARADISE INC
Gambar di bawah adalah antara educational toys yang terdapat di WePlay. Setiap mainan memainkan peranan dalam pembesaran awal kanak-kanak.
WePlay Awards
Mommy nak berkongsi dengan semua ibu tentang pembangunan kanak-kanak melalui mainan. Kalau ibu-ibu baca satu persatu, kita boleh kaitkan dengan pembangunan anak-anak kita.
5 kawasan pembangunan holistik 
Kanak-kanak mempunyai 5 kawasan pembangunan holistik iaitu:-
- pembangunan kemahiran motor
- interaksi permainan kreatif
- sentuhan
- peningkatan kemahiran motor halus
- koordinasi imbangan

Kesemua kawasan pembangunan holistik ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi tumpuan, emosi, yakin dengan diri sendiri dan mengenal.

Cabaran yang perlu kanak-kanak hadapi dalam pembelajaran?

  1. Penglihatan
  2. Pendengaran
  3. Sentuhan
  4. Pengalaman sendiri
  5. Sistem vestibular
  6. Kreatif

Jom kita memahami satu persatu cabaran yang anak-anak kita perlu hadapi.
1. Penglihatan
Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada apa yang mereka lihat
WePlay Educational toys menjejak penglihatan.
Educational Toys WePlay mengenal pasti ruang - pergerakan tangan.
2. Pendengaran
Kanak-kanak mendengar dan belajar dari apa yang mereka dengar.
Dengan mendengar kanak-kanak boleh belajar mengenalpasti, memadankan dan mengingat.
3. Sentuhan
Rangsangan sentuhan
Dengan sentuhan boleh merangsang kawalan kekuatan motor halus, kestabilan emosi, kesedaran sentuhan dan mengenalpasti sesuatu benda.
Rangsangan sentuhan : mengenalpasti sentuhan
4. Pengalaman sendiri
Belajar dari pengalaman sendiri
Bukan anak sahaja belajar dari pengalaman, malah orang dewasa juga belajar dari pengalaman. Jadi, biarkan anak anda belajar sendiri!
Pengalaman sendiri : mengenalpasti ruang - pergerakan kaki

Pengalaman sendiri : kestabilan
5. Sistem Vestibular 
Sistem vestibular adalah sebuah sistem yang bertanggungjawab terhadap kedudukan badan kita sama ada kita sedang duduk, berdiri, tidur, dan sebagainya.
Daripada keseimbangan kepada koordinasi.
Sistem vestibular : kawalan badan
Saling kaitan deria
6. Kreatif
Kreativiti
Kretif: Konsep 2D
Kretif : Konsep 3D
Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh daripada educational toys kan? Mungkin sebelum ini kita dah tahu tapi kita tidak mengambil berat mengenainya. Atau kita lepaskan 100% kepada cikgu mereka di sekolah.

Anak dah sekolah, atau belum sekolah, pembelajaran utama tetap bermula dari rumah.

Okey dah jom sambung apa aktiviti mommy lagi sepanjang program.

Awal tadi anak-anak dah enjoy main, sekarang ibu bapa juga terlibat untuk rasa bermain bersama. Antaranya adalah kami perlu membuat banana boat.
Adam menyusun mengikut gambar
Dalam gambar di atas, Adam excited menyusun mainan mengikut gambar. Namun, berjaya tak mommy daddy bersama Adam buat banana boat? Hahaha banana boat kami berkecai beberapa kali. Kami gagal dalam ujian kestabilan...

Kemudian ujian pendengaran pula. Kami perlu meneka adakah biji kacang atau manik berada dalam bekas tersebut. Yippie! Daddy teka betul... Mommy dah tak boleh agak mana satu manik mana satu biji kacang..adehhh

Seronok parenting event yang melibatkan satu keluarga ni, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sambil bermain, sambil ketawa dan sesekali menjerit apabila jatuh berderai mainan.. belajar dari sebuah pengalaman kan, lama-lama boleh la pandai...
Anis dan manik
Antara aktiviti yang paling seronok adalah ujian kreatif. Hahaha ini ujian kreatif bagi ibu-ibu. Sebabnya ibu-ibu yang excited lebih. Hehehe
Kumpulan kami kena bina KLCC. See.... Cantik kan? Kumpulan pertama yang siap tau! 
Dah habis semua aktiviti kami bergambar kenangan WePlay dan semua blogger yang hadir.
Sesi bergambar
Masa depan anak-anak kita belum diketahui dan perlu diterokai. Ibu bapa yang perlu bina asas masa depan anak-anak.

Institusi pendidikan kanak-kanak seperti tadika, taska dan prasekolah perlu ada educational toys yang bukan saja sahaja membantu perkembangan kanak-kanak, malah permainan itu selamat untuk mereka.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mommy pon terus buka website WePlay sebab berkenan dengan lego gergasi tu. Korang berkenan juga? Jom follow facebook WePlay..


Untuk belian WePlay secara online boleh terus ke website www.motherhood.com.my




16 comments:

  1. Good info mummy. Boleh merangsang daya kreativiti anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya weplay... Bagus utk pembesaran anak2 spy lebih kreatif n innovative...

    ReplyDelete
  3. bagusnya ni untuk perkembangan minda kanan-kanak.

    ReplyDelete
  4. Tempat yang bagus untuk bawa anak anak bila berkelapangan 😊

    ReplyDelete
  5. Ank2 pasti sronok dpt peluang main and melakukn byk activity di sini

    ReplyDelete
  6. Lego gergasi tu nampak sangat menarik..

    ReplyDelete
  7. Sangat bagus untuk kanak-kanak explore diri masing-masing

    ReplyDelete
  8. Seronoknya..kalau dekat, nak je AS bawak anak-anak gi store motherhood ni.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat menjana minda anak-anak. Respect dengan founder WePlay :)

    ReplyDelete
  10. Banyak ilmu yang dikongsikan. miza pun berkenan tengok lego besar tu tak sakit bila terpijak sebab dari jauh dah nampak hehhe

    ReplyDelete
  11. seronok bagi anak main macam ni kan daripda mengadap gadjet...

    ReplyDelete
  12. Seronoknya weplay..byk pilihan mainan..

    ReplyDelete
  13. bestnya mommy.. anak-anak seronok kita pun seronok

    ReplyDelete
  14. seronoknya !!! kalau atie, atie pun pilih bawak anak main2 kat tmepat camni dari bagi menghadap gadget.. hee~

    ReplyDelete