Basikal boleh naik 3 orang

Basikal boleh naik 3 orang | Tempoh hari mommy beli basikal Adam, mommy pon berkenan juga basikal. Tapi memikirkan anak mommy yang tak reti berbasikal lagi, jadi mommy kena angkut semua.. Ada basikal yang berkenan di hati.. mommy and son bicycle namanya..

Kuat dah rasa hati nak memiliki, basikal ini harganya rm330. Kalau di internet, ada yang jual rm500, paling murah rm400. 
Confirm ambil mother and son bicycle
Mommy tambah seat di belakang, rm30 (secondhand). Basikal ni boleh di lipat. Jadi mudah la nak bawa masuk kereta. 

Tambah seat di belakang. Basikal boleh lipat.
Mommy boleh jalan-jalan dengan ketiga-tiga anak mommy.. takde lah masalah nak meninggalkan anak lagi..
Disebabkan basikal ini boleh dilipat, bila kami nak balik kampung, basikal boleh lipat dan simpan dalam rumah.
Boleh beriadah sekali anak-anak
Keputusan memiliki basikal ini adalah perkara terindah dalam hidup mommy. Haha di usia 31 tahun baru mommy ada basikal sendiri..  untung lah adam dan anis, kecil-kecil lagi tokma hadiahkan basikal..
The best ever thing with son & daughters
Disebalik keseronokan berbasikal baru, ada masalah juga. Dugaan pasti ada di mana-mana sahaja. Bila dah naik bertiga, berat kami telah menyebabkan tayar kerap pancit. Penat pula nak isi angin seminggu sekali..hahaha tabah la...


13 comments:

  1. bestnyaaaa!buat riadah dengan anak-anak..

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik plak basikal ni tapi kan..akak x reti naik basikal..hahahahah

    ReplyDelete
  3. Syoknya mummy.. teringin pulak nak sebijik bawak anak dara ni jalan-jalan petang

    ReplyDelete
  4. wah bestnye mommy.. Mahal x basikal tu?

    ReplyDelete
  5. haha..tabah la..3 org naik...tak pe, ira reti jugak bawak basikal..akak, failed..haha

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. boleh naik sampai 3 orang.. Saya dah lama tak naik basikal..

    Rindu rasanya

    ReplyDelete
  7. Baru je bersembang dengam anak-anak pasal basikal lipat. Macam menarik untuk kumpul duit beli.

    Jemput singgah ye : https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/langkah-cemas-bila-anak-makan-overdose.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Haha, that looks really fun! I bet the kids love it

    ReplyDelete
  9. Liez pasang angan2 nak beli ni tapi bila mengenangkan duduk kat condo ni mana nak mengayuhnya...terus lupa hasrat nak beli

    ReplyDelete
  10. bagusnya ada basikal macam ni..sekali gus boleh naik.Tapi tayar tu macam tak sesuai dipakai untuk basikal duduk 3 ni kan

    ReplyDelete
  11. waa.. bestnya basikal ni.. hee~ nanti boleh beli.. menabung kasi banyak dulu..

    ReplyDelete