Pertama Kali Service Aircond Proton Saga BLM

Pertama Kali Service Aircond Proton Saga BLM | Sebenarnya aircond kereta kami dah lama buat hal. Hampir setahun juga lamanya dan dah beberapa kali topup gas. Kos service aircond proton saga yang mahal menyebabkan penangguhan yang lama sehinggalah pada saat kami nak balik kampung raya yang lalu... haha
Service aircond proton saga BLM
Service aircond proton saga BLM
Service aircond proton saga BLM agak mahal kerana dashboard kereta perlu dibuka semua seperti dalam gambar di bawah.. Kerja service kereta bermula pada pukul 9.40 pagi, 9 Jun 2017.
Perlu buka semua dashboard untuk service aircond
Memang tak dapat buat apa la..tak nak service, berpanas kami anak beranak macam bersauna tiap kali naik kereta.. sabar je la... Disebabkan kita nak berjalan jauh balik kampung 9 jam, maka wajib lah service aircond..
Tengok pon tahu dah bukan mudah
Tempat simpan cooling coil di bawah dashboard
Cooling coil baru (original) sanden
Rupanya cooling coil dah bocor. Sepatutnya aircond di service 5 tahun sekali. Padan lah kereta kita dah dekat 7 tahun. Memang masanya perlu ditukar..
Cooling coil bocor setelah berkhidmat selama 7 tahun
Cooling coil lama VS baru
Filter drier juga perlu ditukar
Macam manusia juga lah. Makin lama makin berusia. Makin jadi cepat penat. Kereta pon sama lah juga. Redha ja la. Kalau tak ada kereta, patah kaki pula.. 
12.51 tengahari, selesai semua kerja service. DaddyG g service kereta ni, dia tengok satu satu kerja dibuat. Sangat puas hati. Kemas dan teliti kerja mereka. Harga pon dah survey lah ni, yang ini paling murah dan tiada cas tersembunyi.

Kereta pon dah sejuk macam kereta baru. Adam terus ajak daddy jalan-jalan..

Zero Celcius Auto PLT

13, Jalan Pengawa U1/74, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150, Shah Alam, Selangor, Malaysia

7 comments:

  1. kena banyak bukak tu jd mahal tuu..upah lagi..

    ReplyDelete
  2. kereta dah sejuk.. bolehlah jenjalan jejauh ye

    ReplyDelete
  3. kereta kitorang pun dah tak ada aircond mommy. Jalan-jalan memang sauna. hahaha... tahun lepas husband ada service aircond tapi nampaknya ada bocor. habis gas semua... mesti murah kan repair aircond kat semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Perhhhh memamg terbaikkk, Pakcu pown tak akan bukak beda-benda macam ni, pening palak, tengok taww

    ReplyDelete