Syampu Shurah Ariana Pilihan Wanita Berhijab

Syampu Shurah Ariana Pilihan Wanita Berhijab | Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kekal sihat. Menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Selain itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri. Shurah kini mengeluarkan seleksi Shampu Shurah Ariana untuk pilihan wanita berhijab.
Shampu wanita bertudung, shurah
Shampu Shurah Ariana
Syampu Shurah Ariana diperkenalkan untuk membantu penjagaan rambut wanita terutamanya bagi mereka yang berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Shampu Shurah Ariana berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Pilihan Wanita Berhijab

Rangkaian syampu Shurah Ariana lhadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.
Shampu Shurah Ariana Pink
Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
Shampu Shurah Ariana Hijau
Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.
Shampu Shurah Ariana Oren
Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. 
  • Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. 
  • Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. 
  • Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Shampu Shurah Ariana Biru
Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia


Untuk pembelian di dalam talian pula boleh layari laman sensawang http://www.jetaine.com/shop/

8 comments:

  1. Wah bestnye shurah dh keluarkan syampu...mesti bau wangi nih

    ReplyDelete
  2. fuhh baru dia mesti mengancam nih mummy! kang nak beli ahhh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Harga dia reasonable..tu yg penting...

    ReplyDelete
  4. Macam best ja produk baru shurah nii...

    ReplyDelete
  5. macam2 pilihan syampoo shurah ni kan. mmg memenuhi keprluan wanita bertudung..

    ReplyDelete
  6. Nanti nak try yg utk rambut gugur tu la. Rambut cikla pun byk gugur jugak skng ni..

    ReplyDelete