Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA | Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki segala Sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W serta sekalian para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga Baginda sekaliannya. Pernahkah kita terfikir untuk hidup di zaman Rasulullah, melihat wajahnya, melihat keperibadiannya.. Mendengar kisah baginda pun sudah cukup untuk menitiskan air mata.. Betapa baginda kasihkan umatnya. Bukan sahaja umat terdahulu malah umat hari ini yang masih belum wujud di zaman Rasulullah. Bertuah rasa hati mommy apabila berada di Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA sehingga mommy membuat kunjungan kedua bersama keluarga.

Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Untuk masuk ke pameran ini, belian tiket boleh dibuat di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.

Harga Tiket adalah seperti berikut:-
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA dibuka sehingga 23 Ogos 2017 dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Tiket masuk
Sebelum masuk, kami bergambar kenangan dahulu. Pada hari ini, 15 Julai 2017, mommy bersama keluarga dan adik ipar serta kawannya berada di Masjid Negeri Selangor. 
Bergambar sebelum masuk ke dalam dewan pameran

Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Terdapat 28 artifak Rasulullah dan sahabat baginda yang dipinjamkan daripada pemilik asal dari Jordan, Syria, India, Turki, Mekah dan Madinah. Antaranya adalah Jam Matahari Mesir Kuno. Penemuan pada abad ke 13 SM ini sangat penting kerana jam tersebut kira kira 1000 tahun lebih tua dari masa alat pengukur masa serupa mula digunakan.
Jam Matahari Mesir Kuno
Teknologi umat Islam sangat cukup hebat sejak zaman Rasulullah saw. Namun kita sudah banyak tenggelam dah dipengaruhi dengan teknologi barat.

Melewati satu persatu artifak di sini, aku rasa kagum teramat sangat. Betapa hebatnya baginda Rasulullah saw dan para sahabat.
Kain Kiswah
Kelambu Kaabah juga didatangkan ke Malaysia untuk kita semua lihat dengan mata sendiri, kehalusan tenunan kelambu kaabah dari benang emas. 
Bergambar kenangan dengan kelambu kaabah
Kunci Kaabah
Cop mohor Rasulullah saw
Cop mohor Rasulullah saw
Loket Hassan/Hussin
Harta rampasan perang
Batu dinding Kaabah
Batu tertera ayat al-Quran di Masjid Quba
Raja Muda Selangor tidak melepaskan peluang mendekati artifak Rasulullah saw dan para sahabat ra
Nak dijadikan cerita, Adam Rayyan mula merengek kelaparan. Mommy pujuk pon tak jalan. Kita baru separuh jalan melawat pameran. Mommy ajak Adam Rayyan cium bau artifak asli Rasulullah saw. Antaranya serban Rasullullah saw. Selepas dapat mencium bau tersebut, Adam Rayyan dah boleh senyum dan nak cium bau artifak baginda yang lain. Hebat! 
Serban Rasullullah saw
Darah bekam Rasulullah saw
Susur baginda Rasulullah saw
Bekas tapak kaki Rasulullah saw
Al-Quran bertatah emas
Capal Rasulullah saw
Baju perang
Beras tertulis kalam Allah "Surah Al-Ikhlas"
Dari kecil kita diajar mencintai Rasulullah saw.

Satu satu, saya sayang Allah.
Dua-dua, sayang Rasululah.
Tiga-tiga, sayang ibu ayah.
Satu dua tiga, sayang semuanya...

Peluang sebegini harus kita ambil untuk mendekatkan diri kita dengan Rasulullah saw. Jadi lebih sayang dan cintakan Rasulullah saw dan lebih mengenali Rasulullah saw.

Terima kasih kepada pihak penganjur; Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd yang memberi peluang kepada kami yang tinggal berdekatan Masjid Negeri Selangor mendekati artifak asli Baginda Rasullah saw dan Sahabat ra.

Hadiah Pengunjung Bertuah juga berpeluang memenangi hadiah berikut:-
Setiap 1,000 - Sehelai tshirt
Setiap 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di:-

10 comments:

  1. Good info mummy..Bagus bawa anak2...

    ReplyDelete
  2. Menarik dapat berkunjung ke pameran macam ni. Macam-macam info boleh dapat.

    ReplyDelete
  3. Suka sangat pameran macam ni sebab kita bleh tau sejarah islam

    ReplyDelete
  4. tempat yang banyak boleh kita pelajari dan ketahui lagi2 tentang nabi kita kan

    helloaiman

    ReplyDelete
  5. mya pernah pergi sini sekali sahaja, itupun rombongan sekolah beberapa tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  6. Teringat lawatan ke muzium di Mekah waktu Umrah kali pertama awal 2014 dulu. Memang lain sangat perasaannya bila dapat tengok sendiri barang2 peninggalan zaman Rasulullah s.a.w ni kan. Rasa sayu je hati.

    :)

    ...

    ReplyDelete
  7. bestnya kak irra. mcm2 ilmu lh kita pelajari.

    ReplyDelete
  8. hope lepas ni pameran ni akan sampai kat Kota Kinabalu pula,
    mmg rasa nak pergi sangat.

    ReplyDelete
  9. Menarik...balik kg nanti nak pergi la

    ReplyDelete