Mommy tak pernah paksa Amal bertudung. Cuma belikan Amal tudung untuk di pakai semasa mengaji Iqra dan tudung raya. Alaaa biasa lah budak pakai tudung... Tak biasa bagi mommy apabila Amal bertudung semasa di rumah neneknya. Amal nak keluar dari bilik sahaja dia mencari tudung. Cuaca panas pon Amal masih bertudung walaupon hanya diluar bilik. Ha ha haa...
Dalam rumah tokma tokbah
Perangai baik Amal itu berterusan sehingga sekarang.. Amal akan mencari tudung sebaik sahaja nak keluar rumah.. 
Duduk bermain di dalam rumah pon Amal nak bertudung.. kadang-kadang nak tidur bertudung.. alahai baiknya anak siapa ni...












Semoga Amal jadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat. Aaminn...

Haaaaa sakit apa pula mommy ni? Sakit ini mommy kena sejak tahun 2016. Ia dipanggil cold sore. Nak tengok mommy jadi macam mana boleh baca entry ini ;- Dikuarantinkan kerana sakit mulut

Sakit mulut ni datang menjengah agak kerap sehingga sekarang. Cuma tak seteruk pertama kali jadi. Kenapa? Apabila mommy dah ada pengalaman, mommy lebih berhati-hati apabila mengalaminya untuk kesekian kalinya. 

Pertama kali terkena cold sore ni, mommy menggaru bibir yang sakit itu sehingga melepuh. Gatal yang amat sangat membuatkan mommy menggaru tak hingat. Akibatnya mommy menanggung derita sepanjang mulut nak pulih yang mengambil masa 7 hingga 10 hari.
Apabila mommy terkena lagi sakit mulut, mommy menahan diri dari menggaru. Cold sore ini sakit dan amat gatal. Kalau tak tahan sangat mommy akan tuam dengan ais. Kalau gatal tangan tonyoh dengan kain pon akan mendatangkan penyesalan. Sakit akibat tonyoh/garu lebih sengsara nanti. 

Sekarang mommy mengalaminya lagi. Berdenyut-denyut. Gatal. Acap kali sangat dah terjadi. Boleh dikatakan hari-hari. Bila dah kering je akan jadi lagi. 

Nampak biasa tapi sakit hanya Tuhan yang tahu

Nampak biasa tapi sakit hanya Tuhan yang tahu
Apa punca pon mommy tak tahu. Adoi nak kena pantang makan-makan ni yang jadi susah. Dah makan apa saja maka, menanggung lah sendiri. 

Assalamualaikum... Adam dan Amal tengah tidur.. haaa baik pula mereka hari ni.. selalu mereka main tak ingat dunia.. hahaha... So sempat la mommy buka blog... Okey mommy nak cerita mommy ada berikan Adam hadiah.. sebab Adam puasa penuh tempoh hari.. Daddy memang takkan lah nak belikan basikal baru sebab dah ada basikal lama..

Basikal lama adam tu break semua dah rosak. Roda tambahan pon sebelah dah tak ada. Belum sempat Adam nak pandai, basikal dah kena lenjan dengan kawan. Basikal baru ni jangan bagi orang lain naik. Bukan ajar anak jadi kedekut. Kalau kawan yang naik, sampai ke sudah awak takkan pandai. 
Basikal baru vs basikal lama
Ada kisah juga dengan basikal ni. Masa di kedai, bukan main gembira lagi Adam. Bila dah sampai rumah, Adam taknak basikal. Roda basikal baru besar sangat. Dah beri penjelasan pon dia masih nak menangis dan mengamuk sampai tertidur.
Bila bangun tidur, baru lah Adam kembali ok. Tapi susah betul nak ajar Adam naik basikal ni. Jenuh mommy nak ligan. Roda yang besar menjadikan setiap kayuhan pergi lebih jauh. Letih berpeluh ketiak tapi Adam tak pandai juga.
Penyelesaiannya...
Akhirnya, mommy belikan pula roda tambahan. Selesai masalah. Adam dah boleh naik basikal baru.
Adam dan basikal baru
Bila mommy usik Adam tak malu dah besar kena ada roda macam budak kecik. Adam jawab "Adam tak pandai lagi.."... 

B612, boring ke gedik? | Amboi amboi amboi mommy... Mengata diri sendiri ya.. Hahaha.. Mommy masa ambil gambar ni tak boring atau menggedik.. Cuma ada sedikit masa untuk membahagiakan diri sendiri.
Perasan comel letteww
Siapa tak suka tengok diri sendiri yang cantik dan comel..ngee sapa tak suka habaq mai..
Senget kepala ciked
 link
Muah muah
Lagipon tak ada la penuh selfie dalam handphone mommy. Too busy ahh...
Aummm
Bila berkesempatan, maka mommy snap la gambar sendiri buat tatapan masa hadapan... 
Otototttoo
Ini zaman awal 30an aku..heheeee.. Cuba lah install B612 sekali... Muahahaa best wehhh

Assalamualaikum.. Hai korang... Dalam entry sebelum ni mommy ada letak dah gambar mommy memakai tiara. Tiara murah bernilai rm12.90.. Anis yang berjaya memujuk daddynya belikan tiara yang persis tiara original. Nampak kerlass gitu memakai tiara... 
Lawa kan tiara tu
Tapi tiara ni tinggal kenangan je la.. Anis nak pakai masa turun KB Mall... Kemudian daddy yang jaga mereka... Mommy sibuk ada kerja masa tu..
Bila nak balik dari KB Mall, baru perasan tiara tu dah tiada lagi. Sob sob.. Tinggal kenangan je la... Mujur lah sempat selfie sekali.. Jadi lah daripada tak ada..huhuu

Nanti mommy nak g beli lagi kat DIY. Tak kira!