Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 | Salam 1 Syawal buat semua dari Kelantan. Tahun ini mommy beraya di Kelantan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Tema warna tahun ini adalah hitam. Setelah penat mencari baju berwarna purple, akhirnya kami decide warna hitam sebagai wana tema. Haa senang kalau awal-awal pilih warna hitam. 

"Berkabung kah?", antara soalan yang muncul. Haha hitam itu menawan lah.. Cuba tengok kami sekeluarga bila bergambar bersama.

Adik mommy kata " Wow, eksklusif!", apabila mommy hantarkan gambar kami sekeluarga...
Dato Mommy irra
Hari tu Anis pujuk daddyG belikan crown berharga RM12.90.. Mommy yang ngetest dulu pakai crown masa mereka pergi sembahyang raya.. Hehee boleh jadi Dato Mommy Irra...hahahahaa

Mommy bukan lah berkulit putih, tapi sedaya upaya mommy usaha agar kelihatan cerah dalam gambar. Gigih mommy bergambar menghadap tingkap.. Menagih cahaya dari celahan tingkap..
Amal, Adam, Anis
Lepas je daddy, Adam dan Anis balik dari sembahyang raya, kami terus bergambar di luar..
Mommy & Amal
link
Selfie dengan emak dan ayah mentua serta adik bongsu
Selfie bersama keluarga
Mommy+adik ipar
CheSu dengan anak-anak



Ini cerita tahun lepas--> Balik Kampung Raya 2016. Macam mana pula cerita balik kampung raya 2017?

Malam tadi daddyG kata nak balik pukul 4 pagi. Tapi dah bangun pagi tadi, selesai je sahur daddyG nak sambung tidur. Mengantuk sangat.

Bila dah jaga dari tidur, kemas itu ini pula. Bonet kereta dari kosong sampai penuh barang.. Rasa nak angkut je semua bawa balik.. Senang 
11.18 baru bergerak keluar dari Taman. Sekarang kira dalam perjalanan lah..
Tertidur
Mommy pon sama naik juga lah tidur. Mengantuk oi.. Lama lagi perjalanan... 
Balik raya tahun lepas pon pakai shawl ni. Muahahaa
Semoga selamat lah sampai ke kampung halaman daddyG..

Tukar Shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt | Masalah kulit kepala mengalami gegatal sangat merunsingkan mommy. Tangan pon gatal menapak di kepala.. Selalu menggaru kepala akan menyebabkan kuku kotor. Sudahnya, persekitaran akan turut menjadi kotor dengan habuk dan rambut yang bertebaran di lantai. Nak pergi buat rawatan rambut di salun memerlukan kos yang agak tinggi dan juga kekangan masa.. Sibuk sangat bulan puasa ni.. Hurmm what should i do? Hati terusik apabila melihat Watson Treatment Shampoo Yogurt setelah mommy google "treatment shampoo". 

Terdapat 5 jenis Watsons treatment shampoo iaitu:-
Treatment Shampoo Yogurt
Treatment Shampoo Avocado
Treatment Shampoo Honey
Treatment Shampoo Milk Portein
Re-energising Treatment Shampoo Pomegranate 
Mommy ingin mencuba Watsons Treatment Shampoo Yogurt kerana rambut mommy yang agak kusut. Kena cuba ni!

Manfaat Yogurt Untuk Rambut

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa yogurt asli adalah makanan yang baik. Rupanya suku India Kuno menggunakan yogurt untuk rambut dan kulit.

Yogurt boleh membantu merapikan rambut dan membuat ia lebih mudah diuruskan kerana yogurt mempunyai pelembap. Ia membantu membaiki rambut yang kering dan rosak.

Yogurt mengurangkan rambut gugur. Antara sebab keguguran rambut berlaku adalah folikel rambut tidak menerima khasiat yang betul. Kehadiran vitamin B5 dan D dalam yogurt membantu menyuburkan folikel rambut. Ini akan membantu mengelakkan keguguran rambut.

Yogurt boleh merawat kelemumur. Kelemumur adalah masalah biasa. Salah satu punca utama kelemumur adalah kulat. Jangkitan kulat boleh membuat kulit kepala menghasilkan kulit tidak stabil. Yogurt, yang merupakan anti-kulat semulajadi, membantu membuang semua tanda-tanda kelemumur.

Jadi pilihan yang terbaik buat mommy adalah treatment shampoo yogurt. Selama ni mommy guna Shampoo jenama XX. Beberapa kali bertukar jenama lain. Nampak gayanya XX pon dah kurang memberi hasil apabila mommy mulai kerap gatal kepala. 
Watsons Treatment Shampoo Yogurt
Tukar shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt

Tukar Shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt 

Watsons Treatment Yogurt mengandungi bahan-bahan yang melembutkan, menyuburkan dan menjadikan rambut licin secara mendalam. Kehadiran Yogurt untuk lebih menyamankan. Manakala Pro-Vitamin B5 supaya rambut lebih lembut dan licin.

Salon di rumah dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt 

Dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt, mommy boleh buat treatment rambut di rumah sahaja. Caranya:-
1. Basahkan rambut. Gunakan Watsons Treatment Shampoo Yogurt. Urut kulit kepala selama 5 minit.
2. Bilas rambut hingga benar-benar bersih dari buih-buih sabun selama 5 minit
3. Untuk hasil yang optimum, mommy gunakan Watsons Treatment Wax Yogurt. Selepas mencuci rambut, keringkan dengan tuala untuk membuang air yang berlebihan.
Watson Treatment Shampoo & Wax Yogurt
4. Ratakan Watsons Treatment Wax Yogurt ke rambut basah dan urut. Biarkan selama 5-10 minit kemudian bilas dengan teliti. 
5. Siap!

Harga Watsons Treatment Shampoo dan Wax Yogurt sangat berpatutan dan berbaloi dimiliki.

Selalu mommy gunakan shampoo untuk mencuci rambut dan kulit kepala, sekarang mommy boleh buat treatment rambut sendiri di rumah.

Dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt bukan sahaja menghilangkan gegatal di kulit kepala, malah menjadikan rambut mommy lebih segar dan lembut.

Mommy juga boleh buat treatment rambut untuk suami tercinta. Merawat rambut dan kulit kepala suami di samping dapat bermanja-manja(ahhh jeles la tuuu hahahaa)
Shopping spree dengan fasha sandha

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons

Watsons juga memberi peluang kepada semua untuk memenangi peluang eksklusif shopping spree dengan Fasha Sandha. Mommy punya exicted siap terus mendaftar sebagai ahli Watsons. Kali ini mommy tukar shampoo kepada Watsons Treatments Shampoo Yogurt sahaja dulu. Mommy dah rancang nak buat belian barang lain seperti mandian dan macam-macam lagi keperluan harian di Watsons. Harganya pon lebih murah.

Kalau korang tak sempat nak menjejaki Watsons, boleh lah beli secara online http://www.watsons.com.my
KHR Avi Penerbangan Pesawat Peribadi | KHR Avi menyediakan perkhidmatan penerbangan pesawat peribadi atau "Avitour" di mana mereka berpeluang menikmati keindahan Kuala Lumpur dari pandangan "aerial" dengan menaiki pesawat ringan.
KHR Avi merupakan pelopor gaya hidup "jetsetter" yang diasaskan oleh trio Marina Kenis, Lyssa Hamzah dan Fizza Rahim. 
Selain "" Avitour" yang menggunakan pesawat ringan. KHR Avi juga menawarkan khidmat "private jet charter".
Khidmat sewa jet peribadi ini menjadi "trend" di kalangan usahawan dan selebriti tempatan mahupon pelancong asing yang mahu "travel in style, speed and comfort"
"Must do bucket list" - ia adalah pengalaman yang mesti dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Gaya "urbun" ini menjadi suatu kemestian bagi mereka yang mahu pengalaman "rare" yang boleh di kongsi di media sosial kini.

Selain itu, ia boleh dijadikan kejutan atau hadiah buat pasangan atau insan tersayang sempena hari jadi atau anniversary.  Atau mungkin "propose" pasangan anda di udara. Wow!

Instagram : @khr_avi
+60177778145
Facebook: fb.me/khr_avi
Emaik: khr.aviation@gmail.com


Petua cerek elektrik tahan lama | Hari tu mommy pergi beli cerek elektrik di Tesco. Bagusnya kali ini, jurujual tu siap bagi petua cerek elektrik tahan lama. Wow, apakah petua itu?
Cerek Elektrik ELBA
Ok, mommy kongsikan dulu gambar cerek elektrik baru. Yang lama semua aluminium.. Yang baru ni plastik.
Yeay, cerek baru!
DaddyG beli cerek elektrik yang ada sale je. Kahkahkah! Jimat itu satu keperluan.
Cerek lama kotor di bahagian anak panah
Mommy beli cerek baru sebab yang lama bahagian tapak dah warna berkarat teruk. Jurujual kata sebab air kotor jadi macam tu. Aah la dulu kan kami tak ada penapis air. Kesian buah pinggang kami proses karat-karat tu. Sob sob.. Ok, apa petuanya mommy?
Cerek elektrik ELBA
Petua cerek elektrik tahan lama

Petua cerek elektrik tahan lama?

Petua nya mudah sangat. Jangan terus gunakan cerek selepas masak air. Biarkan cerek sejuk lebih kurang setengah jam baru gunakan semula. 

Oooo senang ja la petuanya.. Kita tengok berapa jangkat hayat cerek baru ni.. 
Tiada lagi jerawat dengan KITSUI Pimple Away Drink Hydrolyzed Vitamin C+ | Hari tu mommy cerita mommy amalkan KITSUI Whitenin B.B Drink. Kali ini mommy juga amalkan Pimple Away Drink Hydrolyzed Vitamin C+. Semestinya sebab jerawat banyak di dahi mommy yang taknak hilang walaupon dah buat macam-macam treatment, dia(jerawat batu) muncul juga. Hmmm kena rawat dari dalam lah ni...

KITSUI Pimple Away Drink Hydrolyzed Vitamin C+

5 Sebab Pilih Produk KITSUI Pimple Away Drink

Harga berpatutan 
Harganya sangat mampu dimiliki iaitu rm38.80 dan mempunyai 15 sachet dalam satu kotak.

100% botani dan selamat
KITSUI adalah produk kesihatan 100% botani dan selamat yang sudah berada di pasaran Malaysia sejak 2004 lagi. Bahan-bahan dalam KITSUI sangat berkualiti, selamat dan terbaik.. 

Lulus KKM, 100% halal
Produk KITSUI mendapat kelulusan KKM dan 100% menggunakan bahan-bahan yang halal. Produk ini telah di hantar ke makmal untuk ujia heavy metal.

Produk terlaris di Watsons dan Guardian
Produk KITSUI hanya eksklusif yang boleh didapati oleh seluruh Malaysia di farmasi Watsons atau Guardian. Bukan mudah sesuatu produk dapat masuk ke Watson dan Guardian. Dan produk ini mendapat kepercayaan ramai.

Asia Pasific Super Health Brand 
Yang lagi meyakinkan mommy adalah produk KITSUI tersenarai dalam Super Health Brand. Wow!
Sekotak RM38.80 mempunyai 15 sachet

Cara minum KITSUI Pimple Away Drink

Serbuk KITSUI Pimple Away Drink boleh dibancuh bersama 150ml air biasa, air sejuk atau air suam.
Mommy bancuh bersama air suam
Sebelum ni, dahi mommy penuh jerawat di dahi. Jerawat batu yang besar dan menyakitkan itu amat menjengkelkan.
Jerawat selalu bertenggek di dahi
Ini gambar mommy selepas dua minggu mengamalkan KITSUI Pimple Away Drink.
Tiada lagi jerawat
Tiada lagi jerawat dengan KITSUI Pimple Away Drink 
Ya, jerawat di dahi mommy tiada lagi. Seronok sangat bila dahi dah licin. Kesan parut jerawat pon semakin pudar.
Muka dah lain๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Bagaimana nak beli produk KITSUI?

Dapatkan di mana-mana Watson, Guardian berdekatan atau terus membeli secara online di www.kitsui.com.my
Fb: Kitsui My
Ig: Kitsui Malaysia
Beli 6 Percuma 1

Beli 6 percuma 1

Berita baik untuk korang sehingga hujung tahun ini(31/12/2017), belian 6 produk dari mana-mana produk KITSUI boleh dapat percuma 1 produk. Maklumat lanjut boleh baca di sini--> http://www.kitsui.com.my/pages/buy-6-free-1-redemption-form
Tarikh Akhir Pengeposan Untuk Serahan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017 | Zaman sekarang ni, semua nak dihujung jari. Tekan-tekan, bayar online, barang sampai depan runah. Jimat masa dan tenaga. Tapi jangan tersalah tarikh membeli, nanti tak mendapat apa yang diingini. So bilakah tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017?
Poslaju Malaysia, Pos Laju
Tarikh Akhir Pengeposan Untuk Serahan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Tarikh Akhir Pengeposan Untuk Serahan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017

Semua Pusat Pos Laju akan ditutup mulai:-
  • 23 Jun 2017 sehingga 26 Jun 2017 bagi negeru Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • 24 Jun 2017 sehingga 27 Jun 2017 bagi negeri-negeri lain
Haaa korang nak shopping online lagi? Cepat! Ada 5 hari ja lagi... 
Skim Thohir di Wilayah Persekutuan | Pernah tak anda dengar mengenai Skim Thohir Potongan Gaji Zakat? Hari ini mommy nak bercerita serba sedikit mengenai zakat. Apa itu zakat? Siapa yang layak memungut zakat? Dan apakah Skim Thohir?

Pengertian Zakat 

Zakat Selangor, Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.

Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. 
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Jenis-jenis zakat:

  • Zakat Fitrah
  • Zakat Harta
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
Isu zakat menjadi hangat apabila menjelmanya bulan Ramadan. Ini kerana waktu membayar zakat fitrah adalah pada bulan puasa. Bagaimana pula zakat harta? Siapa yang memainkan peranan untuk mengutip zakat tersebut?

Peranan PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. TIADA INSTITUSI LAIN YANG DI LANTIK UNTUK MENGUTIP ZAKAT HARTA SELAIN PPZ-MAIWP DI WILAYAH PERSEKUTUAN. Agihan pula dibuat oleh pihak Baitulmal-MAIWP.

PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Apa itu Skim Thohir(Skim Potongan Gaji Zakat)

Walaupun PPZ-MAIWP melakukan kutipan zakat harta di Wilayah Persekutuan pada lokasi yang disediakan. PPZ-MAIWP bertindak memudahkan lagi pembayaran zakat melalui Skim Thohir.

Perkataan “Thohir” adalah bermaksud “SUCI/BERSIH”. Sesuai dengan konsep zakat itu sendiri dimana zakat membersihkan harta dan jiwa. Skim Thohir dalam erti kata lain adalah Skim Potongan Gaji Zakat. Maka, kita boleh membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.

Kelebihan Skim Thohir

Kehidupan di Wilayah Persekutuan yang mencabar fizikal dan mental dengan kesesakan lalulintas, kesibukan kerja dan seumpamanya. Keadaan ini menjadi punca kita tiada masa dan kadang-kadang terlupa akan tanggungjawab kita untuk mengeluarkan zakat. Kelebihan apabila membuat Skim Potongan Gaji ini atau Skim Thohir ini adalah :
  1. menjimatkan masa
  2. menjimatkan tenaga
  3. tidak perlu bersesak
  4. mengurangkan kos seperti perjalanan, minyak, tol dan seumpamanya
Kempen Skim Thohir 2017
Kempen Skim Thohir 2017

Kempen Skim Thohir 2017

Kempen ini adalah satu kolaborasi bersama pihak CIMB Islamik dimana mereka menaja hadiah-hadiah yang menarik seperti pakej Umrah, Percutian dan wang tunai.

Tahun 2017 merupakan tahun kedua kempen ini dilaksanakan bersama CIMB Islamik. Pada tahun ini kempen dibuat dengan skala yang lebih besar untuk membuka ruang kepada lebih ramai menyertai kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan tersebut.

Terdapat dua fasa kempen dimana fasa 1 kini sedang berlangsung hingga Julai manakala fasa 2 akan berlangsung bermula Ogos hingga November 2017.

Bagaimana caranya untuk menyertai kempen Skim Thohir 2017

Caranya amat mudah. Bagi mereka yang belum membuat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, anda perlu melakukannya terlebih dahulu. Sekiranya anda telah membuat bayaran zakat menerusi potongan gaji sekarang, anda perlu membuat penambahan kepada zakat anda dalam tempoh kempen berlangsung.

Borang boleh didapati di 11 kaunter tetap PPZ-MAIWP yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan :
  1. Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Taman Shamelin Perkasa
  2. Plaza RAH, Kg. Baru
  3. Masjid Negara
  4. Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  5. Presint 9, Putrajaya
  6. Presint Diplomatik, Putrajaya
  7. Masjid At Taqwa, TTDI
  8. Masjid Abd Rahman Bin AUF, Jalan Puchong
  9. Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
  10. UTC Pudu Sentral
  11. Labuan Times Square, Labuan
Selain itu, borang juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak kami. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap :
  1. Perbadanan Putrajaya
  2. KWSP Wangsa Maju
  3. CIMB Bank Setiawangsa
  4. Jalan Dungun
  5. Masjid Asy Syakirin KLCC
  6. JLN Tunku Abd Rahman
  7. Menara Binjai
  8. Surau Bank Islam
  9. Surau Tabung Haji
  10. Tmn Melati
Kaunter Zakat Bergerak akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi. Untuk tahu di mana lokasi setiap hari, boleh like FB di www.facebook.com/myzakat

Moga dengan kemudahan yang telah disediakan ini memberi lebih banyak ruang kepada warga Wilayah Persekutuan untuk membuat pilihan bagi melunaskan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

PPZ selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyeru kepada warga Wilayah Persekutuan untuk menunaikan  zakat.

Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin kita tidak dikenakan zakat malah mungkin kita seorang penerima zakat. Sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita.

Selain itu, dengan zakat yang dikutip inilah yang memberi kelangsungan hidup kepada asnaf-asnaf yang kini sedang bergantung harap kepada baitulmal untuk menampung kehidupan seharian. Tunailah zakat di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf. InshaAllah..

MAKLUMAT LANJUT PERTANYAAN MENGENAI ZAKAT 
Boleh layari / hubungi
Portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my
Talian zakat 1 300 88 5757

2058

Tiada internet webe di Meru | Sejak pagi tadi internet webe tidak boleh digunakan di kawasan rumah ini, Meru.
Tiada internet webe di Meru
Signal bar menunjukkan tanda 3G/H+ dan tiada tanda pangkah. Tetapi tiada data untuk surfing internet. 
Dah beberapa kali mommy restart handphone. Signal masih menunjukkan 3G/H+... Namun masih tiada sambungan ke internet..

Mommy cuba masukkan simkad XPAX Celcom, ternyata handphone mommy mendapat LTE

Apa kes ni webe?

DaddyG menggunakan handphone yang sama dengan mommy, the legendary OnePlus One. DaddyG pergi Shah Alam, bahagianya dapat LTE webe. DaddyG masuk Meru je, batang hidung LTE terus hilang. 

Bila nak upgrade LTE webe di kawasan Meru? Baca dalam paper, webe janji manis nak bagi kelajuan sehingga 300Mbps menjelang penghujung 2017 [1].

Sekarang ni kat Meru pon takde coverage LTE. Sampai bila mengharapkan belas ehsan 3G Celcom di kawasan Meru ni?

Nota minta kaki: 
[1] http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2016/12/08/webe-users-to-enjoy-speeds-of-up-to-300mbps-by-end-of-2017/
Tiada lagi wajah kusam dengan KITSUI Whitenin BB Drink Super Hydrolyzed Vit C | Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun sebagai wanita terutamanya para isteri sentiasa berusaha menjadi sempurna di mata suaminya. Tak terkecuali mommy yang pasti akan mencuba sekiranya mengetahui produk tersebut bagus. Kali ini mommy diperkenalkan dengan satu produk daripada Jepun yang bernama KITSUI Whitenin BB Drink Super Hydrolyzed Vit C. 
KitSui Whitenin B.B. Drink Super Hydrolyzed Vit C
KITSUI Whitenin BB Drink Super Hydrolyzed Vit C
Mommy bukanlah jenis sambarono mencuba sesuatu produk. Ini kerana mommy terlalu risaukan kesan sampingan produk tersebut. Mungkin tak nampak kesannya sekarang tapi mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Mommy lebih berhati-hati apabila anak kedua ada penyakit ekzema. Mommy tak mahu merasainya lagi. Cukuplah hanya sekali sahaja. Mommy serik.  
Mempunyai 15 sachet dalam satu kotak

Kenapa mommy memilih KITSUI Whitenin BB Drink?

100% botani dan selamat
Keterujaan untuk mencuba KITSUI Whitenin BB Drink semakin membuak-buak apabila mengetahui produk minuman kesihatan ini dibuat 100% dari bahan botani dan selamat untuk diamalkan. 
Perlu dibancuh bersama 150ml air
Rasa sedap seperti minuman Oren
KITSUI Whitenin BB Drink mempunyai rasa seperti minuman Oren. Rasa yang sedap buat mommy tak pernah lupa untuk membancuh satu sachet setiap malam sebelum tidur.

Ada sesi Q&A di www.kitsui.com.my
Sesi Q&A di page KITSUI Whitening BB Drink sangat membantu memberi pencerahan mengenai produk ini. Kat sini mommy jadi seronok dan senang untuk mengenali produk dengan lebih dekat

Mencerahkan dan memutihkan seluruh wajah
Mommy tak mengimpikan wajah yang putih sebab dah dari azali kulit mommy tak berapa cerah. Mommy cuma nak hilangkan wajah yang kusam dan kulit yang cerah itu adalah suatu bonus buat mommy.

Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
Sejak seminggu mengamalkan minum KITSUI Whitenin BB Drink, whitehead semakin kurang. Kalau tidak tangan mommy gatal nak picit je hidung, sekarang ni tak perlu nak picit selalu dah.

Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan.
Hari tu mommy bising jerawat batu penuh di dahi. Alhamdulillah jerawat batu di dahi dah tak ada lagi. Cuma tinggal jerawat-jerawat gatal seketul dua sahaja.

Menaikkan seri wajah
Yes! Yang ini mommy akui. Wajah nampak semakin berseri. Tak perlu bermekap tebal-tebal. 
Wajah semakin berseri dengan minuman kesihatan KITSUI
Menghalang penghasilan melanin kulit
Melanin adalah zat protein yang berperanan menentukan warna kulit. Warna kulit yang gelap mempunyai melanin yang lebih banyak berbanding kulit yang berwarna cerah. Melanin yang terkena sinar UV akan menimbulkan noda gelap yang kita panggil sunburn. Dengan KitSui Whitenin B.B. Drink akan mengekalkan wajah yang cerah sebab melanin tidak dapat dihasilkan.

Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
Mommy rasa muka mommy semakin cerah, bila mommy pakai foundation nipis sahaja dah boleh putihkan muka mommy. Ni yang buat mommy suka sangat. Muka jadi putih dan gebu. Kulit muka juga jadi lembap membuatkan sapuan foundation menjadi rata dan tak bercapuk.
Mommy suka KITSUI Whitenin BB Drink
Kecerahan kulit akan lebih ketara dalam masa 1-2 minggu dengan pengambilan secara konsisten. Sekotak KITSUI Whitening BB Drink berharga RM38.80 dan mempunyai 15 sachet. Harga mampu milik oleh sesiapa sahaja dan mudah dibeli di Watson, Guardian atau terus membeli secara online di www.kitsui.com.my
Fb: Kitsui My
Ig: Kitsui Malaysia
Beli 6 Percuma 1

Beli 6 percuma 1

Berita baik untuk korang sehingga hujung tahun ini(31/12/2017), belian 6 produk dari mana-mana produk KITSUI boleh dapat percuma 1 produk. Maklumat lanjut boleh baca di sini--> http://www.kitsui.com.my/pages/buy-6-free-1-redemption-form
Minyak Yu Yee Pilihan Kami Sekeluarga| Sebut saja nama Minyak Yu Yee, majoriti orang tahu dan kenal. Daripada keluarga terdekat dan jauh, malah jiran tetangga menggunakan minyak Yu Yee Cap Limau untuk bayi yang baru dilahirkan. 

Minyak Yu Yee Family Friendly

Bagi mommy pula, mommy gunakan minyak Yu Yee untuk satu keluarga. Dari Adam yang berumur 6 tahun, Anis berumur 4 tahun, Amal berumur 2 tahun, mommy dan daddy juga menggunakan minyak ini. Minyak Yu Yee pilihan kami sekeluarga.

Melegakan kembung perut

Selepas mandi, mommy amalkan untuk menyapu Minyak Yu Yee pada perut, dada, belakang, punggung, paha, betis dan kaki anak untuk mengekalkan suhu badan anak. Ini kerana anak yang kesejukan akan cepat kena kembung perut. Orang tua kata badan masuk angin sebab sejuk.

Memberi tidur yang lena

Anak mommy yang tak pernah kenal erti penat akan bermainan bersungguh-sungguh hingga ke malam. Jadi sebelum tidur mommy akan sapu Minyak Yu Yee supaya mereka tidur lena dan tidak berjaga di tengah malam.

Menghilangkan rasa sakit

Biasalah budak-budak masa main tak kenal erti sakit, bila dah sakit hanya tahu menangis. Mommy tahu dah ini mesti sakit akibat bermain. Mommy akan pujuk dengan Minyak Yu Yee. Mereka pon dah faham akan cari Minyak Yu Yee untuk mommy urutkan kaki yang sakit itu  

Melegakan sakit kepala

Mommy pula akan kerap sakit kepala apabila stress. Mana tak stress nak melayan anak, malayan itu dan ini, akhirnya terpaksa melayan sakit kepala. Mommy akan calit ke jari dan sapu ke kepala. Kemudian mommy akan uruy perlahan sehingga rasa lega. 

Melegakan lenguh-lenguh badan

DaddyG pula seringkali mengadu sakit badan. Disebabkan daddyG sukakan bau Minyak Yu Yee jadi mommy pon urut daddyG dengan menggunakan Minyak Yu Yee lah..

Sebab tu lah kami sukakan Minyak Yu Yee yang mudah di bawa ke mana-mana. 
Ikut daddy jadi macam Michael Scofield | Adam Rayyan nak potong rambut pendek macam daddy. Dah lama dia nak rambut pendek macam daddy. Tapi mommy ja tak nak kasi.  Tapi kali ni Adam beriya nak rambut pendek. Maka mommy bagi je la..bila dah siap je mommy terus ingat hero Prison Break, Michael Scofield. 
Sebelum dan selepas
Masa daddy dia mula potong sikit, nampak rambut jatuh ke lantai banyak, adam kata "Adam taknak rambut pendek"

"Eh dah potong, kena habiskan je la. Tadi kata nak rambut macam daddy", kata daddy. 
Dari pandangan sisi
Nampak la muka Adam macam tak rela pula. Hahahaha lama-lama Adam pon ok. 
Prison Break
Ikut daddy jadi macam Michael Scofield 
Mommy + 3A
Mommy tengok Adam je, terbayang si Michael Scofield. Gara-gara daddyG malam-malam habiskan siri terbaru Prison Break..