Ciri-ciri handbeg pilihan mommy | Handbeg adalah satu kewajipan bagi seorang wanita lebih-lagi seorang ibu. Handbeg mommy dah jadi beg DORAEMON. Nak apa cuba cakap, boleh dikatakan ada lah.. Tapi mommy bukan seorang yang gilakan handbeg. Handbeg ditukar baru kerana handbeg yang lama sudah rosak atau buruk. 

Tengok lah handbeg lama mommy di bawah. Handbeg yang dibeli hasil Anis Insyirah menang contest dahulu. Handbeg dari Australia tau... Hahaha.. Tapi dari mana datangnya ia, tetap rosak juga ia..
Pilihannya harus banyak compartment
Sebenarnya boleh dikira berapa buah beg mommy sejak mommy berkahwin pada 12 Disember 2010. 

Handbeg pertama:- 2010, handbeg hantaran
Handbeg kedua:- 2011, warna hitam
Handbeg ketiga:- 2013, Daddy beli masa pilihanraya lepas
Handbeg keempat:- 2015, handbeg MySton
Handbeg kelima:- terkini, 2017

Jangka hayat handbeg mommy adalah 2 tahun.. Pakai beg sampai lunyai lah..tahun 2011 tu mommy beli beg baru sebabnya beg hantaran terlalu kecil..muat letak wallet satu je..
Handbeg baru pon sebiji compartment sama macam handbeg lama

Ciri-ciri handbeg pilihan mommy

Pertama mommy akan tengok berapa compartment yang ada. Mommy perlukan compartment yang banyak. 
Warna daddyG pilih
Kedua adalah design. Bab ni mula-mula mommy akan pilih mana beg yang agak-agak berkenan di hati. 
Ketiga adalah tali. Tali beg tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Ngam-ngam boleh sangkut di bahu dah cantik. 
Yeah dapat beg doraemon baru
Keempat adalah warna. Warna tak terlalu menampakkan usia sebenar atau lebih tua dari usia sebenar. Warna beg yang boleh match dengan semua jenis warna baju. 

Beg dah cantik compartmentnya. Design pon dah lawa. Tali pon cun. Warna dah pilih. Kelima pula adalah berkenan di mata daddyG. Ha ha haaa... Yang kelima ni memang wajib dalam segala hal... Bab tudung ke, baju ke dan sebagainya daddyG wajib ambil peduli.. Sebab dia sayang la dia peduli kan.. 

Beraninya pegang ular | Sebenarnya mommy geli juga pada ular. Sebelum beranakkan Amal Insyirah, tahap kegelian mommy teruk sangat. Ular dalam televisyen pon tak boleh tengok. Tapi, lepas Amal lahir, geli tu pon berkurang.

Masa mommy ke Pet Fiesta 2017 di Setia Alam Convention Centre, mommy minta dengan seorang lelaki china yang sedang memegang ular. "Nak pegang boleh?"
"Boleh. Boleh".

Ular ni pulak macam nak masuk dalam baju. Seram juga..ha ha

Kata tuannya, ular ni mengantuk. Ular sedang mencari tempat untuk beradu.

Kejap ular, kita selfie dulu tau..

Nak bagi Adam dan Anis pegang, mereka takut. Takpe, bergambar pon jadi lah.

Tak puas hati lagi bergambar, mommy sendiri pegang handphone. Cayalah! Mommy... Beraninya pegang ular ..

Power mata makin naik agaknya. Ditambah dengan silau mengaburi pandangan mommy. Akhirnya mommy berkeputusan untuk mempercepatkan proses membuat cermin mata. Dah minta dengan daddyG lama dah. Cuma belum dibuat sahaja.
Mommy irra si kaca mata
Mommy nak guna cermin mata ni untuk kegunaan yang penting sahaja. Seperti nak memandu. Nak tengok televisyen. Nak tengok muka orang masa event. Ha ha ha sebabnya memang tak nampak jelas la siapa tanpa kaca mata.
Bila dah pakai cermin mata ni, nak pakai belah dalam ke luar? Sebenarnya bergantung kepada tudung/shawl yang dipakai. Ada yang sesuai pakai cermin di dalam tudung.. Tapi nak nampak macam biasa boleh selit cermin mata di antara shawl sahaja.
Mommy irra dan cermin mata baru
Haaa mommy pilih cermin mata bulat sebab daddyG yang pilih bulat.

"Luas pemandangan bila pakai spek bulat", kata seseorang yang juga memakai cermin mata bulat.

Aah, iye juga tu.. Orang kata yang penting mata nampak jalan.. Bagi monmy, mommy nak nampak jalan dan nampak macam cantik jer... Macam comel jer....
Ini kali pertama mommy sertai Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati. Mommy mula menjadi Blogger pada tahun 2014. Pada masa itu belum tahu langsung mengenai SBB. Newbie sangat kan. Pada tahun 2015, mommy sibuk dengan baby baru(anak ketiga, Amal Insyirah). Biasa lah emak emak mengandung pasti memahami. Pada tahun 2016, mommy teringin nak sertai SBB. Tapi mommy tak sanggup nak tinggalkan Amal yang masih menyusu. DaddyG(suami mommy) pun tak sanggup nak menjaga. 

Alkisah tahun ini 2017, mommy cuba memujuk daddyG. Mommy teringin sangat nak join SBB2017, daddy jaga Adam Anis dan Amal di hotel berdekatan boleh? Memandangkan kak Eny(www.enyabdullah.com) pun turun KL, so mommy pilih hotel yang sama. Jadi dapat ke SBB2017 yang diadakan di MATIC bersama kak Eny.

Surprisingly, daddyG bersetuju. Yeayyy! Mommy boleh pergi SBB2017. 
SBB2017

Tujuan ke SBB2017

Tujuan utama mommy adalah untuk menambah kenalan blogger dan mengembangkan "network". Mommy nak selfie dan sematkan di blog mommy. Di SBB2017 mommy tak sempat bertukar kad dengan semua blogger. Ramai sangat. Yang dah bergambar pon ada yang mommy tak ingat siapa. Jangan marah ya sebab ingatan emak anak tiga ni dahsyat sangat. [banyak makan semut ke]

Jom layan gambar selfie mommy bersama blogger di SBB2017
Tuan Amir Denaihati
kak SA, Suria Amanda
Kekny
Mak Lin
Mialiana
NadratulSyazwana
AzwarSyuhada
Halim Hai Blogger
Uzu Emas Putih
Kak Shuhaidakabdy
RafzanTomomi
BroFramstone
znooraini
Mak
Khir Khalid
Cik Lily Putih
DeqNoor
Zarra
Aten
adikfira

liez , fuzy

Dhia
Kak Anajingga
PakCu
Ana Suhana
Juju
nurul huda
Aiin Baharom
zafirah
lisa
Qiya
Jamar
Yudi Blogger Borneo
link
Zai Zamree
Eizil
El Darwena
Shakiddo
Emas Putih & lia
Mawardi
Fauzi Aryan
Mek Onie
Naomi
nuraljalee
Arzmoha
Iena
Dillaleez
Kak Anil
Ramai sangat kan.. Sebenarnya ramai lagi.. Tapi masa mencemburui saya... Masa event tu pon mommy sampai pukul 3... Kalau datang awal lagi mesti dapat bergambar dengan ramai blogger kan.. Ini bukan sekadar selfie.. Ia permulaan bagi sebuah perkenalan sesama blogger (,") (",)