Doctor M.A.D Wellness SPA bantu kulit cantik semulajadi

Doctor M.A.D Wellness SPA bantu kulit cantik secara semulajadi | Assalamualaikum.. Bilakah kali pertama anda pergi ke SPA? Mommy pertama kali pergi SPA selepas SPM kalau tak silap. Adehh, ingatanku selepas beranak tiga ni dah semakin teruk. Sebab tu lah mommy buat blog, bila nak ingat, boleh je cari di blog sendiri. Bila kita sebut SPA, kita dah bayangkan tempatnya yang tenang dan menyediakan pelbagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Tapi satu perkara yang merisaukan juga adalah SPA yang menjanjikan kecantikan menggunakan bahan kimia. Namun, anda tak perlu risau kerana Doctor MAD Wellness SPA menyediakan rawatan secara estetik atau natural yang menjanjikan tiada kesan sampingan. Kenapa? Apakah rawatan yang disediakan oleh Doctor MAD Wellness SPA? Jom baca!
Doctor MAD Wellness
Sebelum mommy bercerita panjang lebar mengenai rawatan yang ada, mari mommy kenalkan dengan Doctor MAD Wellness SPA. MAD stand for Dr Man, Dr Ainna dan Dr Davina. Mereka bertiga merupakan doktor bertauliah yang berpengalaman dalam bidang estetik. Doktor kot yang buat rawatan, mesti la mommy dengan beraninya nak mencuba. Siapa taknak cantik! 

Rawatan NATURAL di Doctor MAD Wellness SPA

Untuk pengetahuan semua, rawatan di sini adalah NATURAL. Tiada campuran bahan kimia. Mommy rasa sangat bertuah dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Doctor MAD Wellness SPA ini. Sambil memanjakan diri di SPA, anda akan di kendalikan oleh nurse dan doktor berpengalaman yang sangat friendly. Nak buat treatment pon rasa selamat. Memang tak ada rasa kekok langsung. Harga kat sini pon best tau... 

Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP) 

Rawatan Platelet-Rich Plasma PRP ini tak pernah mommy dengar sebelum ini, rupanya sangat famous di kalangan atlit sukan. Rawatan PRP boleh mengurangkan kedutan, parut, sunburn dan eyebag. Kalau atlit cedera, mereka memang guna rawatan PRP untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. 

Rawatan PRP menjadi semakin popular kerana sifat organik dan keberkesanannya. Dah banyak juga SPA yang menggunakan rawatan PRP ni. Bila mommy search di instagram @DrMAD.Wellness seram la jugak. Terus mommy tanyakan pada seseorang yang selalu mommy jadikan rujukan. Beliau kata boleh buat rawatan PRP ni. Cuma dia nasihatkan untuk membuat rawatan PRP dengan doktor yang bertauliah dan berpengalaman. Haa kan dah cakap dah tadi Dr MAD adalah doktor bertauliah dan bertahun dah mempunyai pengalaman menjalankan rawatan esthetic ni.

Bagaimana proses rawatan PRP?

Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP) menggunakan stem sel dari badan kita sendiri dan bukan bahan kimia yang disuntik ke dalam badan. Kesan sampingan juga boleh dikatakan tidak ada sebabnya mana mungkin badan kita menolak darah sendiri.
Stem sel
Ingat lagi dulu mommy belajar mengenai platelet di sekolah. Platelet memainkan peranan dalam menghentikan pendarahan dan membaiki saluran darah rosak dan sel-sel dalam badan. Platelet ni boleh mengaktifkan dan meremajakan sel-sel dalam badan.

PRP menggunakan biologi semula jadi untuk membaikpulih kulit dan kerosakan, mencetuskan penghasilan sel-sel baru dan membentuk kolagen.

Darah yang diambil dari lengan kita akan diproses selama lebih kurang 30-45 minit. Proses ini akan mengasingkan sel darah putih dan merah. Sel darah putih mengandungi PRP, yang terdiri daripada stem sel yang mana menghasilkan proses penyembuhan.

Hasil rawatan PRP bukan dalam waktu yang singkat. Perubahan akan berlaku beransur-ansur dalam tempoh 3 minggu. Sel PRP yang diproses akan terus membaiki sel kulit secara berterusan selagi ia bertapak dalam kulit.

Mommy sendiri dah 2x buat rawatan PRP ni. Kejap lagi lepas mommy kongsikan treatment lain yang ada, kemudian mommy akan kongsikan pula perubahan yang jadi ke atas muka mommy sendiri. Mesti korang tak sabar kan...

40k Slimming Treatment

40k Slimming Treatment adalah satu alternatif yang agak popular bagi proses liposuction. Ia melibatkan gelombang ultrasound. Hanya yang sedang menjalani treatment akan mendengar bunyi bising. Bunyi tu adalah dari gelombang ultrasonik pada 40,000 Hz.

Gelombang tersebut bertindak mengasingkan sel-sel lemak dalam penghancuran sel lemak. 
-Ia menyebabkan kuantiti sel-sel lemak dimusnahkan dan dikurangkan. 
-Ia juga mengakibatkan metabolisme sel lemak badan bertambah baik. 

Rawatan Slimming 40k menganjalkan, menegangkan dan membentuk tisu kulit dan otot. Walaupun ada kulit mengendur hasil daripada usaha penurunan berat badan, proses peronggaan ultrasound akan membantu menegangkan semula. Namun, keputusan adalah berbeza bergantung kepada individu.

LED Mask

Rawatan LED Mask selalu digunakan oleh selebriti terkemuka. Namun kini, di Doctor MAD Wellness SPA, kita semua boleh menjalani rawatan ini dengan harga yang berbaloi-baloi. Apa yang best rawatan LED Mask ni? Sudah semestinya untuk melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan menghilangkan jerawat. 
Ieda Moin buat treatmen LED mask
Dengan penggunaan sinaran bebas UV dan frekuensi gelombang tertentu untuk menggalakkan pengeluaran kolagen, melancarkan peredaran darah, merawat jerawat sedia ada dan membunuh bakteria, serta mempercepatkan pemulihan kulit.
Warna cahaya LED
Setiap warna cahaya LED mempunyai kegunaan tertentu. Ini menjadikan terapi ini sesuai untuk semua masalah kulit. 

Rawatan ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan rawatan PRP, ia membantu mengeringkan platelet dan membolehkannya menembusi jauh di bawah permukaan kulit.

OxyHydra Facial

OxyHydra Facial merupakan rawatan kulit tanpa laser. Rawatan ini adalah satu-satunya prosedur hydradermabrasion yang menggabungkan pembersihan, pengelupasan, pengekstrakan, penegangan, penghidratan dan perlindungan antioksidan pada masa yang sama, menyebabkan kulit lebih licin dan cantik tanpa sebarang ketidakselesaan.

Rawatan ini adalah gabungan 95% oksigen, pengelupasan lembut dan semburan serum pilihan ke dalam kulit, menjadikan kulit anda terhidrat, lebih gebu, cerah dan bertenaga. Rawatan ini sangat menyejukkan dan menyegarkan. Formula aktif dan vitamin dipam jauh ke dalam kulit dengan bantuan tekanan oksigen dengan teknik airbrush.

Rawatan OxyHydra Facial ini berfungsi memberi pembersihan lengkap, menegangkan, mengetatkan dan mencerahkan kulit. Ia juga memperbaiki penampilan garis-garis halus, kedutan, liang pori tersumbat dan besar, kulit berminyak atau berjerawat, hyperpigmentation dan kulit tidak sekata. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit nipis atau penuaan dan kulit kering atau kulit berminyak.

RF Treatment for Face and Body

Rawatan frekuensi radio (RF) merupakan rawatan yang selamat dan berkesan untuk meningkatkan kontur muka dan badan.

Ia berfungsi menegangkan kulit kendur, meningkatkan metabolisme sel, saliran limfa dan peredaran darah, membentuk kontur badan, melicinkan tekstur kulit, menggalakkan penghasilan kolagen, mengecilkan bahagian rawatan, mengurangkan selulit dan menutup poket lemak degil.

RF merupakan rangsangan haba yang menghasilkan satu proses microinflammatory bagi menggalakkan pertumbuhan kolagen baru (protein yang bertanggungjawab untuk menjaga kulit muda licin, tegang dan lembut) dan menyebabkan pengecutan lemak, melicinkan, mengetatkan, dan menegangkan permukaan kulit .

Melalui kaedah penyejukan kulit dan penghantaran tenaga RF ke kedalaman yang tepat dalam tisu, rawatan RF berkesan dalam mengurangkan saiz poket lemak degil kerana rangsangan haba RF berlaku tanpa mengira jenis kulit dan sesuai untuk semua warna dan jenis kulit.

Ironman Lymphatic Drainage Slimming Therapy

Lymphatic Drainage ialah sebuah urutan yang membantu merangsang sistem limfa dan menggalakkan aliran cecair limfa. Ia mendorong limfa untuk mengalir keluar dari kawasan yang terjejas/tersekat ke kawasan yang beralir normal.

Dengan penggunaan kawalan microcomputer, Ironman Lymphatic Drainage Slimming Therapy adalah baik untuk penurunan berat badan dan mengurangkan selulit kerana ia meningkatkan peredaran darah dan saliran limfa, yang mana membantu untuk menyingkirkan toksin dan lebihan lemak. Selain itu, rawatan ini akan melicinkan kulit dengan mengurangkan benjolan dan ketulan selulit. Faedah lain termasuk menambah baik sistem saliran limfa dan aliran vena, penyingkiran toksin, melegakan kesakitan, membantu masalah trombosis dan meningkatkan vena varikos.

Carbon Peel Laser

Rawatan Carbon Peel Laser sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, bintik hitam, liang pori yang besar, kulit kusam, dan jerawat pada muka atau badan. Ia juga adalah cara terbaik untuk menggelupas dan menyegarkan kulit anda, memberikan penampilan yang segar dan menjadikan kulit berasa lebih lembut, licin dan tegang.
Carbon Peel Laser
Rawatan ini merupakan prosedur laser dengan penggunaan lapisan karbon sebagai medium bagi menjadikan kulit licin dan berseri.

Dengan menggunakan mesin laser yang menjana keamatan cahaya laser yang pendek, pantas dengan denyutan tinggi, ianya berfungsi merawat kulit sambil memelihara kulit di sekitarnya.

Hasil treatment PRP bersama Dr Ainna

Seterusnya mommy nak tunjuk gambar mommy sebelum buat treatment dan selepas sebulan buat treatment dengan Dr Ainna.. 

Ini gambar menggunakan handphone yang sama di tempat yang sama. Depan rumah mommy. Sebelah kiri gambar sebelum buat treatment dan sebelah kanan gambar selepas sebulan treatment.

Muka yang dulunya kusam
Jerawat yang besar gedabak atas dahi dah tak tumbuh lagi. Jerawat tu bukan sahaja besar malah menyakitkan. Ada lagi gambar yang nampak bengkak dahi akibat dari tangan mommy yang gatal memicit jerawat batu tersebut.
Dahi yang dahulunya digemari jerawat batu kini tiada lagi
Masa treatment kedua, Dr Ainna pon perasan ada perubahan pada muka dengan rawatan basic PRP.
Parut makin berkurang
Apa yang lagi seronok apabila nampak hasil positif sangat selepas treatment.. Muka harus di jaga kerana pandangan pertama akan terus jatuh melekat di hati. So mommy nak cantik selalu supaya suami tak nampak dah orang lain..

Eh korang ingat perempuan je kena cantik? Haaa zizan pon pergi Doctor MAD Wellness SPA okeyy.. Lelaki pon tetap kena jaga penampilan wajah..
Zizan di Doctor MAD Wellness SPA
Mommy datang ke Doctor MAD Wellness SPA tidak bersendirian. Mommy datang bersama-sama beauty blogger lain..
Masing-masing bersemangat nak buat treatment
Muka masing-masing selepas treatment

Selepas PRP muka akan kekejangan
Bersama Dr Ainna untuk treatment kedua selepas 2 minggu[sebelum treatment]

Mommy sendiri temui mereka yang dulunya bermasalah jerawat teruk dan sekarang kulit semakin baik. Hasil yang positif memberi mereka keyakinan untuk meneruskan rawatan sehingga kulit muka pulih sepenuhnya.

Ada yang tegur muka mommy macam tak ada masalah je. Haaa mari mommy nak kongsi sedikit. Muka mommy ni jenis yang jerawat susah nak bertenggek. Akan tetapi beberapa bulan lepas, jerawat mula keluar dengan galaknya di dahi. Jerawat batu yang sakit berdenyut pulak tu. Daripada seketul jadi penuh di dahi dan mula naik ke pipi. Kalau dibiarkan, tak mustahil jadi makin teruk dan semakin teruk.

Namun mommy dah tak perlu susah hati sebab jerawat dah tak tumbuh lagi.. Muka pon dah semakin berseri-seri. Alhamdulillah. Tinggal menunggu parut hilang sahaja.

So korang kalau berminat kena booking awal-awal tau. Lambat sikit je, fullhouse.

FACEBOOK : Dr MAD Wellness
INSTAGRAM : @DrMAD.Wellness
ALAMAT: No. 12A-1, Jalan PJS 8/12 Sunway Mentari 46150 Petaling Jaya
TELEFON : 03-5613 5328
HOTLINE  : 018 243 4328

Latest gambar mommy
Haaaa berbaloi-baloi mommy berulang pergi SPA... Muka bebas jerawat... Lepas ni boleh fokus untuk mengempiskan lemak.. Oh satu fakta yang mommy tahu dari Dr Ainna, badan kita mengembang disebabkan oleh lemak kita mengembang. Bukan lemak itu bertambah bilangannya. Jadi kena kempiskan lemak tersebut untuk kempis perut..

12 comments:

  1. Jeles ngan kulit mommy..akak now di serang jerawat besar2..hormon x stabil kata dic..tunggu reda baru nak repeat

    ReplyDelete
  2. gojezz mommy sekarang..aummm..hhihi

    ReplyDelete
  3. Cikla tak pernah pergi spa. Hihi.. BTW, bagus treatment ni. Selamat dan semulajadi..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dan yang penting tak gunakan bahan kimia

    ReplyDelete
  5. Awww..floles muka mummy..nmpk beza sblm & slps treatment tu..

    ReplyDelete
  6. bestnya mommy..... Gojes la lepas ni.....

    ReplyDelete
  7. Perghh bestnya treatment treatment kat SPA ni. Paling menarik yg 40k tu hehe.

    Nampak muka mommy makin berseri la selepas treatment PRP ;)

    ReplyDelete
  8. LED mask tu nampak scary hahaha. seronok kalau dpt manjakan kulit mcmni

    ReplyDelete
  9. wah mesti best kulit dibelai-belai

    ReplyDelete
  10. wah peloles dah mommy, nak terjah lagi DR M.A.D

    ReplyDelete
  11. Patutlah muka sentiasa berseri-seri.. kena cuba juga ni tapi betul la LED mask tu nampak seram sangat. hahaa

    ReplyDelete