Favourite Lipstick Mommy

Assalamualaikum... Selamat pagi.. Semoga dipermudahkan perjalanan dan kerja kita hari ini.. Mommy nak bercerita tentang salah satu alat makeup yang wajib mommy guna iaitu lipstick. Mommy tak ada la makeup sangat pon, cuma wajib lah ada lipstick tu selain tepek foundation. Kemudian kalau sempat mommy pakai eyeliner. 

Selama ni beberapa kali dah mommy beli Lipstick Golden Rose no 10. Sekarang ni, kaler tu macam dah tak sesuai. Muka mommy yang gelap jadi semakin gelap. Muka nampak kontra sangat warna muka & lipstick tu. Atau mommy ja yang perasan?

Jadi bila Amal main lipstick mommy yang last tu, mommy buat keputusan nak beli lipstick lain tapi natural. Erm survey dan survey dari kawan-kawan tak ada pula yang best.

Kebetulan dah mommy berada di shopping mall, mommy ajak daddyG singgah BodyShop. Mommy nak beli lipstick. 

Mommy ikut je salesgirl kat situ tepek itu dan ini. Mana yang sesuai dengan mommy. So mommy terbeli lah lipstick sebelah kanan tu. RM48 [berjaya pow daddyG].
Favourite Lipstick Mommy
Bila mommy pakai Body Shop Lipstick sahaja, nampak pucat walaupon lipstik tu glowing. Adoi sebab dah rabun ke apa ni. Segalanya tak best. 

Kemudian mommy sapu bibir bahagian dalam sahaja dengan Golden Rose Velvet Matte No24 [Mommy beli secara online sahaja, RM29.]. Doublekan dengan Body Shop.
Hasilnya baru memuaskan hati sendiri. Golden Rose tu bagi kaler bibir naik. Manakala Body Shop bagi bibir nampak glowing.
Cantik tak?

7 comments:

  1. Wah cantik colournya.. Kak Sue suka barang dari Body Shop tapi lipstik belum pernah beli lagi

    ReplyDelete
  2. Cantiklah mommy, Dah lama CM x soping Lipstick huhu

    ReplyDelete
  3. Golden Rose Fav akak jugak...tinggal sebatang je ni

    ReplyDelete
  4. lawalah colour lipstic golden ros tu

    ReplyDelete
  5. Still nampak gojes akak kiter ne hehe

    ReplyDelete
  6. Kena pandai mix and match laa pasni irra kalau nak lagi cantik hehehe..

    ReplyDelete