Virus HFMD aktif selama 2 minggu

Tahukah anda virus HFMD aktif selama 2 minggu. Jadi selama 2 minggu itu anak anda yang sedang mengalami HFMD perlu dikuarantinkan. Walaupon anak nampak macam dah baik. Jangan! Jangan sesekali ibu bapa yang ada anak yang sedang mengalami HFMD bergaul dengan orang lain dalam masa dua minggu tersebut. Kita tak tahu antibodi orang lain kuat atau tidak untuk melawan virus HFMD ini.

Kerana ada ibu bapa yang mengambil ringan hal ini, virus HFMD tersebar di indoor playground dalam shopping Mall. 

Melihatkan indoor playground yang sangat menarik di atas dengan gelak tawa kanak-kanak sangat menarik perhatian Adam, Anis dan Amal. Oh adik Amal pon excited nak masuk. Pada mulanya mommy tak nak bagi sebab mahal RM12. Bukan Amal nak main sakan pon. Tapi daddy kata takpelah. Bagi je lah..

Memang seronok sungguh la Amal main. Pergi sana sini sampai kena langgar dengan orang lain. Menangis... 

Adam dan Anis tak payah cakap la. Mereka sangat seronok. Main sungguh-sungguh.

Esoknya, daddy dulu yang kesan biji di leher Amal. Tanya CikLah, CikLah kata takde apa-apalah. Amal takdemam pun. Tapi bila hari dah petang, biji tu bertambah.

Semakin banyak di leher. Naik di muka. 

Di jari pon ada. Masa ni mommy sendiri tak boleh bayangkan bagaimana rupanya HFMD. 

Nampak sekadar biji biasa. Masa Adam Anis Amal kena cacar air(chicken pox), biji-biji tu besar.

Rupanya HFMD lagi teruk. Mereka SAKIT.
link
Amal merengek sebab setiap biji yang ada tu berdenyut-denyut mungkin.

Kesiannya. Dengan cuaca yang panas. Sakit. Amal tak boleh nak tidur. Dah mengantuk sangat baru terlena.

HFMD ni memberi perubahan yang cepat. Sehari je dah penuh biji di seluruh tubuh Amal. Menyesal mommy bagi Amal main hari tu pon tak guna. Sebab benda dah jadi.

Penjagaan HFMD sama je macam demam campak atau cacar air. Kena jaga kebersihan dan tidak boleh berkongsi. Virus tu boleh berjangkit.

Dugaan Amal sungguh. Tahun 2016, amal kena demam viral selama seminggu, chicken pox selama 2 minggu dan sekaranf HFMD.

Mommy masa ni berharap sangat Anis dan Adam tak kena. 


Tapi Anis kena juga. Mommy dah cuba bagi mereka tak main bersama. Tapi mereka nak jugak main bersama. Dah biasa kan...

Anis kena HFMD lagi cepat dan teruk dari Amal.

Kesian sungguh la anak-anak mommy.

HFMD bukan sahaja boleh dijangkiti kepada kanak-kanak. Malah orang dewasa yang kurang antibodi berpeluang dijangkiti virus HFMD.

Hah??? Orang dewasa pon kena? Yaaa pakcik mereka yang dipanggil AyahMey iaitu adik ipar mommy kena juga. Jangkit dari Amal lah tu.. 

AyahMey sampai MC balik kampung. AyahMey kata sakit berdenyut-denyut. No wonder lah Anis dan Anak merengek sebab sakit sangat..

Semakin besar, semakin banyak biji-biji memenuhi badan. Semakan besar semakin teruk HFMD. Bertabahlah AyahMey tunggu baik dan pulih dari HFMD.

Bila dah kena HFMD ni, mommy dan daddy tak bagi lagi Adam Anis Amal main kat indoor playground macam kat atas tu. Tak bawa ke mana-mana waterpark. Selepas Amal berumur 2 tahun baru lah Amal boleh di bawa bermain tempat public yang dipenuhi kanak-kanak dan virus(haha).

Bagi daddy baca entry ni sebelum publish. Oh daddy memang lah tukang editor blog ni. Daddy bagi lagi gambar dari handphone daddy.

Sakit dan pedih sangat ni.. Esok besar Anis dan Amal boleh la tengok balik gambar mereka kena HFMD.

Semua ni adalah pengalaman dan dugaan membesarkan anak-anak. Benda ni jadi tahun lepas, baru menyempat nak update di blog.. Yeayy dapat juga simpan kenangan pahit anak-anak di blog irrayyan...

5 comments:

  1. Siannya tengok. Klo kat nursery ada budak kena HFMD, nursery kena tutup beberapa hari.

    ReplyDelete
  2. Teruk juga dorang kena ek.. Alhamdulillah da sihat semua...

    ReplyDelete
  3. Virus tidak kelihatan..tu yang luar jangkaan...

    ReplyDelete
  4. Kesiannya. Baru jer plan nak outing hujung minggu ni. Rasa takut pulak nak bawak baby pergi jalan2.

    Latest, http://lynk.my/55oX

    ReplyDelete
  5. Info yg sgt berguna... Mujur juga kami laki bini jnis tak suka berjalan tempat macam tu... Playground terbuka tu ada gak la.. Yg tertutup macam dh takde kat rumah sini... Dulu pernah juga la bawa... Apa2 pun pengalaman tu berharga.. Sakitnya anak penghapusan dosa kecil ibu ayahnya kan... Lumrah hidup ada anak mmg begitu..

    ReplyDelete