Babyhood Bloggers’ Event, Babyhood produk nurseri berkualiti | Mommy dapat jemputan di saat akhir ke Babyhood Bloggers's Event yang diadakan di Little Kingdom. Babyhood adalah produk nurseri berkualiti diedarkan di Malaysia oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd sejak tahun 2010 lagi. Jenama Babyhood berasal dari Australia dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri produk nurseri. 

Babyhood produk nurseri berkualiti

Produk Babyhood dihasilkan di bawah piawaian Australia, di mana piawaian Australia lebih ketat berbanding piawaian Eropah dan Amerika Syarikat. Ia dikendalikan oleh INPAA (Infant & Nursery Products of Association Australia), pertubuhan milik persendirian dan wakil utama dalam industri nurseri Australia. 

Objektif utama adalah untuk menerajui pembangunan produk nurseri yang lebih selamat dan menggalakkan pengguna menggunakan produk yang selamat. Walaupun produk ini tidak dihasilkan di Australia sendiri, namun kilang-kilangnya di sekitar Asia dikawal untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang dipatenkan oleh Babyhood Australia.

Babyhood Bloggers' Event di Little Kingdom
Babyhood produk nurseri berkualiti, pastinya produk ini nampak cantik, kemas dan gah. Serius korang pasti akan jatuh hati juga seperti mommy. Jom kita kenali satu persatu produk Babyhood.

5-in-1 Sova Cot (Classic and Clear) white and beech

5-in-1 Sova Cot Clear
Babyhood Kaylula Sova Cot adalah revolusi baru dalam reka bentuk dan konsep katil. Revolusinya dengan clear panel yang unik membolehkan si manja melihat terus keluar dan bangun bebas seperti burung setiap pagi.

Ia merupakan reka bentuk yang serba boleh, kerana katil yang boleh dikembangkan; boleh digunakan oleh si manja dari masa kanak-kanak hingga ke alam dewasa. Selamat, kerana ia diuji oleh Piawaian Australia. Berkualiti, menggunakan kayu kayu gred tertinggi. 

Amani 4-in-1 Cot

Amani 4-in-1 Cot

Classic Sleigh 4-in-1 Cot

Classic Sleigh 4-in-1 Cot 

Classic Curve 4-in-1 Cot

Classic Curve 4-in-1 Cot
Babyhood 4-in-1 Cot di atas direka secara ergonomik yang menjimatkan di mana katil boleh dilaraskan dari buaian, katil bayi dan katil kanak-kanak. Lebih selamat untuk bayi dengan landasan free BPA. Rekaannya tampak mewah dan indah sekali. 

Seterusnya, produk Babyhood yang sangat menarik perhatian mommy adalah kerusi Babyhood Glider yang mempunyai 4 jenis iaitu:-

1. Diva Glider

Diva Glider

2. Manhattan Glider

Manhattan Glider

3. Sovereign glider

Sovereign Glider

4. Savannah glider

Savannah Glide
Kerusi Babyhood Glider dan Ottoman(letak kaki) direka untuk keselesaan ibu menyusu. Dengan gerakan meluncur yang licin dan boleh dikunci ketika baring(tak bergerak), kerusi boleh dilaraskan untuk memastikan ibu berada dalam kedudukan yang selesa. Ibu akan mengalami sokongan yang besar dan keselesaan semasa menyusukan si manja khususnya pada leher, bahu dan kawasan belakang yang akan dibantu dengan sokongan glider yang bersesuaian.

Kerusi glider ini sesuai untuk dewasa sehingga 90 Kg berat badan. 

Ciri-ciri: 
1. backrest yang besar dan luas
2. kerusi empuk besar
3. pusing 360 darjah
4. teknologi berlapik di kedua-dua tempat duduk dan pad Ottoman
Mommy enjoy berada di atas Sovereign Glider Chair

Adam Anis dan Amal turut merasai keenakan duduk di Glider Chair

Bukan sahaja ibu mendapat keselesaan, malah bapa pon boleh menjaga si manja dengan selesa.

Gala Cradle
Sekiranya korang berminat nak dapatkan produk Babyhood boleh ke http://www.supremeglobal.com.my/products/b/babyhood

Berita baik buat pembaca blog irrayyan.com, ada diskaun 15% buat anda. 

voucher code : BLG24
*Voucher sah dari 21/4/2017 sehingga 21/5/2017.
*Pembeli akan menikmati 15% diskaun untuk item di atas sahaja.

Info lanjut boleh layari http://www.supremeglobal.com.my/

Supreme Global Marketing Sdn Bhd (862993-T)
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya
47630 Selangor, Malaysia
+603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my


Sedapnya bau bahulu kuih tradisional setiap kali ke Tesco. Malam tadi mommy pergi Tesco lagi. Pampers anak-anak dah nak habis. Masa nak balik tu, anak-anak wajib singgah di kawasan mainan. Berhadapan dengan tempat tu la ada orang jual bahulu. 
Bahulu kuih tradisional
Bahulu ni mommy request nak yang panas-panas. Jadi makcik tu ambil dari dalam ketuhar. Ya ampun... Sedapnya.... Lembut dan tak terlalu manis.. 

Assalamualaikum..hai awak...awak yang membaca coretan mommy ni...thank you tau awak...haaa awak pernah guna tak kapas muka? Mommy gunakan kapas muka untuk sapu Toner.. Teruk benar muka bila tak dijaga..

Mommy selalu beli kapas muka jenama Premier je. Dah cuba yang lain tak best. Kali ni kapas muka siap ada zip locked. Wahh terjaga kebersihan sungguh dengan kapas muka hygienic zip locked ni.
Kapas muka Hygienic Zip-Locked
Kita bukan nampak molekul habuk kecil-kecil yang kotor tu. Entah-entah muka kita bermasalah sebab habuk di sekeliling sahaja.
Cuba tengok air tapis je sudah. Kita nampak air tapis putih. Tapi setelah di tapis, ya Allah. Kotornya... 

Itu yang mommy nak share dengan awak semua. Sebab ini kali pertama mommy jumpa kapas muka yang ada zip locked. 

Moga terjagalah kebersihan muka ni sebaiknya. Sedih mommy muka ada jerawat ni. Ke umur 30an akan mengalami masalah macam ni? Apabila kolagen semakin berkurang dalam badan..hmmmm
Doctor M.A.D Wellness SPA bantu kulit cantik secara semulajadi | Assalamualaikum.. Bilakah kali pertama anda pergi ke SPA? Mommy pertama kali pergi SPA selepas SPM kalau tak silap. Adehh, ingatanku selepas beranak tiga ni dah semakin teruk. Sebab tu lah mommy buat blog, bila nak ingat, boleh je cari di blog sendiri. Bila kita sebut SPA, kita dah bayangkan tempatnya yang tenang dan menyediakan pelbagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Tapi satu perkara yang merisaukan juga adalah SPA yang menjanjikan kecantikan menggunakan bahan kimia. Namun, anda tak perlu risau kerana Doctor MAD Wellness SPA menyediakan rawatan secara estetik atau natural yang menjanjikan tiada kesan sampingan. Kenapa? Apakah rawatan yang disediakan oleh Doctor MAD Wellness SPA? Jom baca!
Doctor MAD Wellness
Sebelum mommy bercerita panjang lebar mengenai rawatan yang ada, mari mommy kenalkan dengan Doctor MAD Wellness SPA. MAD stand for Dr Man, Dr Ainna dan Dr Davina. Mereka bertiga merupakan doktor bertauliah yang berpengalaman dalam bidang estetik. Doktor kot yang buat rawatan, mesti la mommy dengan beraninya nak mencuba. Siapa taknak cantik! 

Rawatan NATURAL di Doctor MAD Wellness SPA

Untuk pengetahuan semua, rawatan di sini adalah NATURAL. Tiada campuran bahan kimia. Mommy rasa sangat bertuah dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Doctor MAD Wellness SPA ini. Sambil memanjakan diri di SPA, anda akan di kendalikan oleh nurse dan doktor berpengalaman yang sangat friendly. Nak buat treatment pon rasa selamat. Memang tak ada rasa kekok langsung. Harga kat sini pon best tau... 

Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP) 

Rawatan Platelet-Rich Plasma PRP ini tak pernah mommy dengar sebelum ini, rupanya sangat famous di kalangan atlit sukan. Rawatan PRP boleh mengurangkan kedutan, parut, sunburn dan eyebag. Kalau atlit cedera, mereka memang guna rawatan PRP untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. 

Rawatan PRP menjadi semakin popular kerana sifat organik dan keberkesanannya. Dah banyak juga SPA yang menggunakan rawatan PRP ni. Bila mommy search di instagram @DrMAD.Wellness seram la jugak. Terus mommy tanyakan pada seseorang yang selalu mommy jadikan rujukan. Beliau kata boleh buat rawatan PRP ni. Cuma dia nasihatkan untuk membuat rawatan PRP dengan doktor yang bertauliah dan berpengalaman. Haa kan dah cakap dah tadi Dr MAD adalah doktor bertauliah dan bertahun dah mempunyai pengalaman menjalankan rawatan esthetic ni.

Bagaimana proses rawatan PRP?

Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP) menggunakan stem sel dari badan kita sendiri dan bukan bahan kimia yang disuntik ke dalam badan. Kesan sampingan juga boleh dikatakan tidak ada sebabnya mana mungkin badan kita menolak darah sendiri.
Stem sel
Ingat lagi dulu mommy belajar mengenai platelet di sekolah. Platelet memainkan peranan dalam menghentikan pendarahan dan membaiki saluran darah rosak dan sel-sel dalam badan. Platelet ni boleh mengaktifkan dan meremajakan sel-sel dalam badan.

PRP menggunakan biologi semula jadi untuk membaikpulih kulit dan kerosakan, mencetuskan penghasilan sel-sel baru dan membentuk kolagen.

Darah yang diambil dari lengan kita akan diproses selama lebih kurang 30-45 minit. Proses ini akan mengasingkan sel darah putih dan merah. Sel darah putih mengandungi PRP, yang terdiri daripada stem sel yang mana menghasilkan proses penyembuhan.

Hasil rawatan PRP bukan dalam waktu yang singkat. Perubahan akan berlaku beransur-ansur dalam tempoh 3 minggu. Sel PRP yang diproses akan terus membaiki sel kulit secara berterusan selagi ia bertapak dalam kulit.

Mommy sendiri dah 2x buat rawatan PRP ni. Kejap lagi lepas mommy kongsikan treatment lain yang ada, kemudian mommy akan kongsikan pula perubahan yang jadi ke atas muka mommy sendiri. Mesti korang tak sabar kan...

40k Slimming Treatment

40k Slimming Treatment adalah satu alternatif yang agak popular bagi proses liposuction. Ia melibatkan gelombang ultrasound. Hanya yang sedang menjalani treatment akan mendengar bunyi bising. Bunyi tu adalah dari gelombang ultrasonik pada 40,000 Hz.

Gelombang tersebut bertindak mengasingkan sel-sel lemak dalam penghancuran sel lemak. 
-Ia menyebabkan kuantiti sel-sel lemak dimusnahkan dan dikurangkan. 
-Ia juga mengakibatkan metabolisme sel lemak badan bertambah baik. 

Rawatan Slimming 40k menganjalkan, menegangkan dan membentuk tisu kulit dan otot. Walaupun ada kulit mengendur hasil daripada usaha penurunan berat badan, proses peronggaan ultrasound akan membantu menegangkan semula. Namun, keputusan adalah berbeza bergantung kepada individu.

LED Mask

Rawatan LED Mask selalu digunakan oleh selebriti terkemuka. Namun kini, di Doctor MAD Wellness SPA, kita semua boleh menjalani rawatan ini dengan harga yang berbaloi-baloi. Apa yang best rawatan LED Mask ni? Sudah semestinya untuk melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan menghilangkan jerawat. 
Ieda Moin buat treatmen LED mask
Dengan penggunaan sinaran bebas UV dan frekuensi gelombang tertentu untuk menggalakkan pengeluaran kolagen, melancarkan peredaran darah, merawat jerawat sedia ada dan membunuh bakteria, serta mempercepatkan pemulihan kulit.
Warna cahaya LED
Setiap warna cahaya LED mempunyai kegunaan tertentu. Ini menjadikan terapi ini sesuai untuk semua masalah kulit. 

Rawatan ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan rawatan PRP, ia membantu mengeringkan platelet dan membolehkannya menembusi jauh di bawah permukaan kulit.

OxyHydra Facial

OxyHydra Facial merupakan rawatan kulit tanpa laser. Rawatan ini adalah satu-satunya prosedur hydradermabrasion yang menggabungkan pembersihan, pengelupasan, pengekstrakan, penegangan, penghidratan dan perlindungan antioksidan pada masa yang sama, menyebabkan kulit lebih licin dan cantik tanpa sebarang ketidakselesaan.

Rawatan ini adalah gabungan 95% oksigen, pengelupasan lembut dan semburan serum pilihan ke dalam kulit, menjadikan kulit anda terhidrat, lebih gebu, cerah dan bertenaga. Rawatan ini sangat menyejukkan dan menyegarkan. Formula aktif dan vitamin dipam jauh ke dalam kulit dengan bantuan tekanan oksigen dengan teknik airbrush.

Rawatan OxyHydra Facial ini berfungsi memberi pembersihan lengkap, menegangkan, mengetatkan dan mencerahkan kulit. Ia juga memperbaiki penampilan garis-garis halus, kedutan, liang pori tersumbat dan besar, kulit berminyak atau berjerawat, hyperpigmentation dan kulit tidak sekata. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit nipis atau penuaan dan kulit kering atau kulit berminyak.

RF Treatment for Face and Body

Rawatan frekuensi radio (RF) merupakan rawatan yang selamat dan berkesan untuk meningkatkan kontur muka dan badan.

Ia berfungsi menegangkan kulit kendur, meningkatkan metabolisme sel, saliran limfa dan peredaran darah, membentuk kontur badan, melicinkan tekstur kulit, menggalakkan penghasilan kolagen, mengecilkan bahagian rawatan, mengurangkan selulit dan menutup poket lemak degil.

RF merupakan rangsangan haba yang menghasilkan satu proses microinflammatory bagi menggalakkan pertumbuhan kolagen baru (protein yang bertanggungjawab untuk menjaga kulit muda licin, tegang dan lembut) dan menyebabkan pengecutan lemak, melicinkan, mengetatkan, dan menegangkan permukaan kulit .

Melalui kaedah penyejukan kulit dan penghantaran tenaga RF ke kedalaman yang tepat dalam tisu, rawatan RF berkesan dalam mengurangkan saiz poket lemak degil kerana rangsangan haba RF berlaku tanpa mengira jenis kulit dan sesuai untuk semua warna dan jenis kulit.

Ironman Lymphatic Drainage Slimming Therapy

Lymphatic Drainage ialah sebuah urutan yang membantu merangsang sistem limfa dan menggalakkan aliran cecair limfa. Ia mendorong limfa untuk mengalir keluar dari kawasan yang terjejas/tersekat ke kawasan yang beralir normal.

Dengan penggunaan kawalan microcomputer, Ironman Lymphatic Drainage Slimming Therapy adalah baik untuk penurunan berat badan dan mengurangkan selulit kerana ia meningkatkan peredaran darah dan saliran limfa, yang mana membantu untuk menyingkirkan toksin dan lebihan lemak. Selain itu, rawatan ini akan melicinkan kulit dengan mengurangkan benjolan dan ketulan selulit. Faedah lain termasuk menambah baik sistem saliran limfa dan aliran vena, penyingkiran toksin, melegakan kesakitan, membantu masalah trombosis dan meningkatkan vena varikos.

Carbon Peel Laser

Rawatan Carbon Peel Laser sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, bintik hitam, liang pori yang besar, kulit kusam, dan jerawat pada muka atau badan. Ia juga adalah cara terbaik untuk menggelupas dan menyegarkan kulit anda, memberikan penampilan yang segar dan menjadikan kulit berasa lebih lembut, licin dan tegang.
Carbon Peel Laser
Rawatan ini merupakan prosedur laser dengan penggunaan lapisan karbon sebagai medium bagi menjadikan kulit licin dan berseri.

Dengan menggunakan mesin laser yang menjana keamatan cahaya laser yang pendek, pantas dengan denyutan tinggi, ianya berfungsi merawat kulit sambil memelihara kulit di sekitarnya.

Hasil treatment PRP bersama Dr Ainna

Seterusnya mommy nak tunjuk gambar mommy sebelum buat treatment dan selepas sebulan buat treatment dengan Dr Ainna.. 

Ini gambar menggunakan handphone yang sama di tempat yang sama. Depan rumah mommy. Sebelah kiri gambar sebelum buat treatment dan sebelah kanan gambar selepas sebulan treatment.

Muka yang dulunya kusam
Jerawat yang besar gedabak atas dahi dah tak tumbuh lagi. Jerawat tu bukan sahaja besar malah menyakitkan. Ada lagi gambar yang nampak bengkak dahi akibat dari tangan mommy yang gatal memicit jerawat batu tersebut.
Dahi yang dahulunya digemari jerawat batu kini tiada lagi
Masa treatment kedua, Dr Ainna pon perasan ada perubahan pada muka dengan rawatan basic PRP.
Parut makin berkurang
Apa yang lagi seronok apabila nampak hasil positif sangat selepas treatment.. Muka harus di jaga kerana pandangan pertama akan terus jatuh melekat di hati. So mommy nak cantik selalu supaya suami tak nampak dah orang lain..

Eh korang ingat perempuan je kena cantik? Haaa zizan pon pergi Doctor MAD Wellness SPA okeyy.. Lelaki pon tetap kena jaga penampilan wajah..
Zizan di Doctor MAD Wellness SPA
Mommy datang ke Doctor MAD Wellness SPA tidak bersendirian. Mommy datang bersama-sama beauty blogger lain..
Masing-masing bersemangat nak buat treatment
Muka masing-masing selepas treatment

Selepas PRP muka akan kekejangan
Bersama Dr Ainna untuk treatment kedua selepas 2 minggu[sebelum treatment]

Mommy sendiri temui mereka yang dulunya bermasalah jerawat teruk dan sekarang kulit semakin baik. Hasil yang positif memberi mereka keyakinan untuk meneruskan rawatan sehingga kulit muka pulih sepenuhnya.

Ada yang tegur muka mommy macam tak ada masalah je. Haaa mari mommy nak kongsi sedikit. Muka mommy ni jenis yang jerawat susah nak bertenggek. Akan tetapi beberapa bulan lepas, jerawat mula keluar dengan galaknya di dahi. Jerawat batu yang sakit berdenyut pulak tu. Daripada seketul jadi penuh di dahi dan mula naik ke pipi. Kalau dibiarkan, tak mustahil jadi makin teruk dan semakin teruk.

Namun mommy dah tak perlu susah hati sebab jerawat dah tak tumbuh lagi.. Muka pon dah semakin berseri-seri. Alhamdulillah. Tinggal menunggu parut hilang sahaja.

So korang kalau berminat kena booking awal-awal tau. Lambat sikit je, fullhouse.

FACEBOOK : Dr MAD Wellness
INSTAGRAM : @DrMAD.Wellness
ALAMAT: No. 12A-1, Jalan PJS 8/12 Sunway Mentari 46150 Petaling Jaya
TELEFON : 03-5613 5328
HOTLINE  : 018 243 4328

Latest gambar mommy
Haaaa berbaloi-baloi mommy berulang pergi SPA... Muka bebas jerawat... Lepas ni boleh fokus untuk mengempiskan lemak.. Oh satu fakta yang mommy tahu dari Dr Ainna, badan kita mengembang disebabkan oleh lemak kita mengembang. Bukan lemak itu bertambah bilangannya. Jadi kena kempiskan lemak tersebut untuk kempis perut..
Kalau dulu nak bayar parking kereta, kena cari mesin dan bayar guna duit syiling. Rupanya sekarang tak perlu guna mesin lagi dah. Hanya beli kupon letak kereta yang perlu digores sahaja. 

Kupon letak kereta gores ni mommy beli di kedai runcit. Memang akan ada papan tanda bertulis ada jual kupon letak kereta. 

Kupon Gores MBSA
Dah beberapa kali juga la kereta ni kena saman parking. Part yang best tu, kau hanya terlambat seminit sahaja. Serik mommy serik. 
Jadi mommy beringat lah kononnya. Rugi oi kalau kena saman lagi. Mommy pun beli lah kupon gores ni. 

So ini merupakan pengalaman pertama mommy. Rasa agak leceh nak kena cari syiling untuk menggores dan tengok kalendar dan jam. Takpelah! Asalkan tak kena saman lagi..
Anis bawa beg Dugro ke Sekolah. Seronok dia ada beg nama sendiri. Masa mommy dapat tahu pasal kempen Dugro ni, mommy pon sama naik excited nak join. Nak dapatkan beg seorang satu untuk anak-anak mommy.

Nak dapatkan beg Dugro ni mommy kena beli enam pek 900g susu Dugro semasa tempoh kempen. Dugro Backpack, So Much More roadshow sudah bermula sejak 1 Mac sehingga 30 April di seluruh negara.. Layari http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/backpack/roadshow

Dugro backpack ada nama Anis

Saya suka Dugro Backpack

Beg Anis pilih sendiri gambar di atas beg

Anis bawa pergi sekolah

Tapi, sebelum beg ni jadi belacan, mommy dah simpan.. Eheee beberapa hari je Anis bawa ke sekolah... 
Yang best lagi tentang beg ni, mommy ada selitkan kata-kata untuk Anis. Siap jahit macam nama kat luar tu.. Moga suatu hari nanti, Anis dah besar, Anus boleh baca nukilan hati mommy daddy untuk Anis. 

So sekarang ni tak sabar tunggu beg Adam sampai.. Untuk penebusan online mengambil masa selama 4-6minggu.. Bertabah lah abang Adam..
Ini kisah menyayat hati. Mommy temui Anis di rumah jiran, Mama Nor. Pukul 4.29 petang mommy tengok jam "Ya Allah, Anis!", Anis selalu sampai rumah 4.20 petang, menggelupur mommy lari pulang ke rumah. Pada masa itu, mommy, Adam dan Amal berada di rumah Mak Ani. 

Hari ini, balik je dari sekolah Adam mengamuk sakan. Amal pon sama naik mengamuk juga. Jadi mommy bawa la mereka berjalan-jalan ke rumah jiran setelah mereka reda. 
Mengamuk sebab mommy pakaikan gaun
Mengamuk sebab nak beli buku
Yang mommy kata mengamuk sakan sebabnya Adam menangis dari pukul 12.30 sampai pukul 2. Mengamuk teruk lah.. Mommy pon tak sangka Adam nak mengamuk macam tu. Pada awalnya mommy rasa geli hati. Adam mengamuk sebab nak beli buku. Daddy dah janji hari Sabtu. Tunggu je la hari Sabtu. Adam tetap nak beli buku hari ini juga. 
Bila Adam dah ok, mommy pon cakap baik-baik dengan Adam. 
"Kan daddy dah janji hari Sabtu. Daddy kerja mana boleh balik awal."
Adam pon dah rasional masa ni. Dia angguk je.

Di rumah Mak Ani, Adam main dengan Azim. Mommy buat kerja [melalui handphone] sambil sembang-sembang. Nak angkat baby Syafiq [anak mak ani berumur seminggu] tak berani lagi sebab mommy selsema. Tengok ja dari jauh.. Hari-hari mommy pergi tengok baby.. 

Adam seronok sungguh bermain. Amal tertidur atas riba mommy. Mengantuk sangat la tu. 

Berbalik kepada mommy yang terlupa anaknya tu, sampai di rumah yang selang 3 buah rumah sahaja, ANIS TAK ADA!

Mana Anis ni. Nampak kereta CikSal dah meluncur laju ke rumahnya. Kak Wati jiran India sebelah kanan kata, " Dia dah bawa anak you ke sana. Akak call awak tak angkat."

Ini bukan kali pertama berlaku. Ntah la kenapa boleh terlupa, sedangkan dah pesan pada diri sendiri. 

Aku berlalu pergi tanpa kata apa-apa pada kak Wati. Boleh pulak hari ni aku tukar simkad. So handphone yang mereka hubungi aku tu ada dalam rumah. Huwaaaa why mommy why..

Anis ada di rumah Mama Nor. Masa ni mommy rasa diri teruk sangat. Awat jadi lagu ni haaa... Nak melayan abang, adik pulak mommy lupa... 

Pengajarannya, aku dah set alarm repeat setiap hari sekolah. Semoga tak berlaku lagi macam ni. Mommy dah pesan juga pada Anis. Kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah Mama Nor.. 

"Anis nangis la mommy tak ada"
"Alaa sorry... Anis kan dah besar, kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah mama.."

Bukan minta benda jadi lagi. Aku harap tak berlaku lagi. Tapi sekiranya terjadi lagi, Anis dah boleh fikir apa dia patut buat. Pergi rumah mama ke, rumah mak Ani ke..

Sorry sayang
Lazada Kids Children Shopping Cart & Food Play Set | 18 Mac baru-baru birthday Amal Insyirah yang kedua. Mommy daddy tak ada belikan apa-apa hadiah. Dalam masa yang sama Amal, Anis & Adam demam. Bila Lazada kerap kali emailkan iklan Lazada Birthday, tergoda juga mommy nak tengok apa barang yang sale tu. Dalam banyak-banyak tertarik nak dapatkan Kids Children Shopping Cart & Food Play Set untuk Amal Insyirah.

Mommy tak harapkan pon bila barang nak sampai. Sebab mommy tak suka menunggu. So kalau ada, ada lah. Tiba-tiba hari ni ada orang bagi salam. Masa tu Adam & Amal ada di luar rumah. 

"Mommy ada orang datang!", jerit Adam.

Bila keluar tengok ada Lori GDEX. 
Dah tau barang dari Lazada, terus mommy buka kat laman rumah juga. So tak ada la gambar unbox. Kekeke mommy ka Amal yang excited ni?

Gagah juga nak memasang di laman yang panas bersama anak-anak. 
Lazada Kids Children Shopping Cart & Food Play Set
Lazada Kids Children Shopping Cart & Food Play Set 
Amal seronok sangat nampaknya.. Tak tahu la respon kak Anis macam mana bila tengok adik dapat mainan.. I love you Amal!
Assalamualaikum... Selamat pagi.. Semoga dipermudahkan perjalanan dan kerja kita hari ini.. Mommy nak bercerita tentang salah satu alat makeup yang wajib mommy guna iaitu lipstick. Mommy tak ada la makeup sangat pon, cuma wajib lah ada lipstick tu selain tepek foundation. Kemudian kalau sempat mommy pakai eyeliner. 

Selama ni beberapa kali dah mommy beli Lipstick Golden Rose no 10. Sekarang ni, kaler tu macam dah tak sesuai. Muka mommy yang gelap jadi semakin gelap. Muka nampak kontra sangat warna muka & lipstick tu. Atau mommy ja yang perasan?

Jadi bila Amal main lipstick mommy yang last tu, mommy buat keputusan nak beli lipstick lain tapi natural. Erm survey dan survey dari kawan-kawan tak ada pula yang best.

Kebetulan dah mommy berada di shopping mall, mommy ajak daddyG singgah BodyShop. Mommy nak beli lipstick. 

Mommy ikut je salesgirl kat situ tepek itu dan ini. Mana yang sesuai dengan mommy. So mommy terbeli lah lipstick sebelah kanan tu. RM48 [berjaya pow daddyG].
Favourite Lipstick Mommy
Bila mommy pakai Body Shop Lipstick sahaja, nampak pucat walaupon lipstik tu glowing. Adoi sebab dah rabun ke apa ni. Segalanya tak best. 

Kemudian mommy sapu bibir bahagian dalam sahaja dengan Golden Rose Velvet Matte No24 [Mommy beli secara online sahaja, RM29.]. Doublekan dengan Body Shop.
Hasilnya baru memuaskan hati sendiri. Golden Rose tu bagi kaler bibir naik. Manakala Body Shop bagi bibir nampak glowing.
Cantik tak?
PUMP IT Milk Booster bantu jayakan penyusuan eksklusif bayi | Kebanyakan ibu yang menyusu anak pasti menghadapi masalah tak ada susu sebaik sahaja anak dilahirkan. Sebenarnya bukan masalah tak ada susu, susu awal yang keluar adalah kolostrum yang pekat. Anak yang baru lahir pula tidak pernah menyusu dan ibu yang pertama kali beranak tidak mempunyai pengalaman menyebabkan terjadinya bengkak susu. Ibu yang dah beranak ramai pon akan mengalami bengkak susu termasuk mommy juga. Sakit tak terkata sehingga demam akibat bengkak susu. Sebab itu lah ibu selepas beranak perlu berurut untuk melancarkan perjalanan susu, sementara ibu dan anak menyesuaikan diri untuk penyusuan yang berjaya. Namun begitu, ada juga ibu yang dah berurut masih mengalami masalah kurang susu. Ada juga ibu yang tiba-tiba susu merudum. Maka jangan berdiam lagi ibu-ibu, anda perlukan milk booster bagi membantu menjayakan penyusuan eksklusif bayi anda. 

Dalam tempoh "susu kurang", suami dan keluarga perlu memberi sokongan kepada si ibu. Ya ibu perlu tambah susu atau erti kata lain memperbanyakan susu. Jangan pula memberi cadangan membeli susu formula untuk tambah susu. Ingat ya, susu paling mahal dan eksklusif adalah susu ibu.

Sekiranya mengalami bengkak susu, susu merudum atau puting melecet, ada penyelesaian "natural" buat anda.

PUMP IT Milk Up Milk Booster

PUMP IT Milk Up Milk Booster

PUMP IT adalah Milk Booster pert­ama yang menggunakan teknik sapuan, tiada lagi produk milk bo­oster dalam pasaran yang menggunakan kaedah sapuan sahaja. Haa mudah lagi memudahkan para ibu untuk tambah susu dengan hanya sapu sahaja.. Tak perlu susah payah nak makan milk booster. 

PUMP IT merupakan produk booster yang membantu dalam merangsang 2 hormon penting iaitu Hormon Prolaktin untuk merangsang penghasilan susu ibu dan Hormon Oksitosin untuk melancarkan pengeluaran susu ibu. Keba­nyakan produk hanya fokus dalam penghasi­lan susu ibu sahaja. Dengan formula mudah iaitu sapu sahaja menjadikan PUMP IT milk booster yang baik dan me­mberi kesan seawal 24 jam.

Breastfeeding survival kit

PUMP IT mempunyai tiga jenis iaitu:-

1. Milk Up Milk Booster
Milk Up Millk Booster

2. Relax Mama Milk Releaser
Relax Mama Milk Releaser

3. Sore Away Cracked Nipples Soother
Sore Away Craked Nipples Soother

Jangan risau untuk menggunakan PUMP IT kerana ia adalah 100% natural dari­pada ekstrak tumbuhan dan herba semulajadi yang terbukti dalam membantu meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Selamat unt­uk ibu dan bayi.

100% NATURAL
TIADA SINTETIK
TIADA PARABEN
TIADA SULFAT
TIASA WANGIAN BUATAN

Bagaimana PUMP IT Memberi Kesan?

PUMP IT mengandungi herba dan tumbuhan tradisional yang digunakan secara efektif untuk memperbanyakkan susu.

Bekalan susu yang sihat
Gabungan sumber natural ini menyokong sistem hormon merangsang hormon Prolaktin bagi penghasilan susu untuk meningkatkan lebih banyak bekalan susu.

Aliran susu yang sihat
Menyusukan anak boleh memberi tekanan kepada ibu. Tumbuhan dan herba semulajadi dalam PUMP IT digunakan untuk menenang dan membantu menyokong emosi si ibu bagi merangsang hormon oksitosin untuk merangsang aliran susu yang lancar.

Melegakan sakit puting
Puting yang sakit biasanya berlaku pada beberapa minggu kelahiran bayi. Kebaikan ekstrak tumbuhan dan minyak kelapa dara dalam PUMP IT menenangkan kerengsaan dan mengelakkan kulit menjadi kering.

Bagaimana menggunakan PUMP IT?

Milk Up
Milk Up ni digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu. Sapu pada "breast" kecuali "nipple" selepas anak menyusu atau selepas pam susu. Milk Up juga boleh digunakan untuk mengurut.

Relax Away
Relax Away digunakan untuk menenangkan dan merehatkan bagi melancarkan pengaliran susu. Sapu pada belakang leher dan tulang di belakang telinga atau gosokkan pada tapak tangan dan sedut sebelum menyusukan anak atau sebelum pam.

Sore Away
Sore Away digunakan untuk melegakan puting yang kering merekah dan menyakitkan. 

PUMP IT boleh digunakan 2 kali sehari sebelum menyusukan anak atau sebelum pam susu. Nak guna lebih atau berhenti mengikut keperluan. PUMP IT ni kan natural, so takkan memberi apa-apa kesan negatif. 
Herba dan tumbuhan yang terdapat dalam PUMP IT adalah Ylang ylang, Lavender, Fennel, Mandarin, Grape Seed Oil, Rose, Basil, Myrrh, Lemon, Rosewood, Geranium, Bergamot, Virgin Coconut Oil, Roman Chamomile dan Jasmine.

Baru-baru ni, adik mommy mengadu sakit pada areola breast dia. Katanya dah lama dah jadi. Bahagian areola tu kering, mengelupas dan sakit. Anak adik dah setahun setengah umurnya dan masih menyusu sepenuhnya. Jadi mommy suggest la adik guna PUMP IT. Sakitnya sudah makin berkurang. Moga adik mommy cepat sembuh.

Banyak lagi testimoni PUMP IT ini yang buat mommy rasa nak cuba walaupon anak mommy dah cukup 2 tahun. Malam-malam si Amal akan bangun mencari susu. Bila susu banyak, sekejap je Amal dah tidur semula. Tapi kalau Amal tak kenyang/kehausan, mommy yang stress. Dengan PUMP IT Milk Up memberi kepuasan kepada bayi lebih lebih lagi pada waktu malam. Anak tidur lena, mommy pon dapat tidur lena.

Jadi Mommy sangat suggest kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan berniat nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu mencuba PUMP IT Milk Booster ni. Breastfeeding is awesome. Breastfeeding akan buatkan bonding ibu dan anak sesuatu pengalaman indah. 


Testimoni: Production susu 2x ganda

Testimoni: Susu meriah

Testimoni: Breast cepat penuh

Testimoni: Baby tak meraung lagu dan kenyang lepas menyusu. Pam tak keluar darah dah

Testimoni: Baby masih boleh menyusu walaupon puting luka

Selain PUMP IT, Milk With Love juga menjual keperluan nursing wear untuk memudahkan ibu bergaya. Dah jadi mak je sememeh. No lah! Penampilan harus dijaga dan serius tau baju dan jubah semua cantik belaka.

Nak tau lanjut lagi boleh layari website atau follow facebook dan instagram:-
  IG        pumpit_natural_­milkbooster


Assalamualaikum.. Hai adik kakak dan ibu-ibu yang gorgeous.. Hari ni mommy nak sembang atau bebel-bebel sikit pasal masalah bateri kong. Macam mana kita sebagai wanita menangani masalah kereta sendirian? Oh abang-abang dan bapa-bapa juga boleh kongsikan dengan adik perempuan, kakak, isteri atau emak juga. Pernah tak korang mengalami situasi sebegini; anda pulang kerja lewat malam. Zaman sekarang ni duit laju macam air ni, nak belanja lebih kena kerja lebih. Dah la balik lewat malam, tiba-tiba kereta mati tepi jalan. Ahhh sudah! Masalah apa pulak kereta aku ni.. Bateri kong ke?

Macam mommy sendiri memang agak sukar lah nak menghadapi situasi macam tu memandangkan mommy jarang drive. Akan tetapi, jika berlaku ketika mommy seorang diri memandu, wajib lah mommy cuak. Kalau mommy drive, daddy nak datang pon sure lambat sebab transport ada satu je.

Bateri kereta kong hubungi bateriku.com
Sebarang masalah berkenaan bateri kereta kong boleh terus hubungi hotline Bateriku.com 1-800-22-2324

Last time mommy dah mengalami bateri kereta kong di Shah Alam. Masa tu mommy relax je la sebab ada daddyG. Mommy pon dah ambil inisiatif simpan nombor handphone Bateriku.com setelah berpuas hati dengan servis mereka. Jadi korang pon wajib simpan nombor bateriku.com.

Bila kereta tak boleh hidup, kalau nak kena towing kereta dah sepasal kerja. Bukan murah upah towing tu. Itu belum kena ketuk dengan orang yang nak repair kereta tu. Almaklumlah kita perempuan cepat panik. Takmau ye kawan-kawan. Info penting untuk anda ni, sekiranya kereta rosak, tak semestinya bateri kereta dah kong. Mungkin masalah altenator ke atau masalah lain. Perempuan pon kena ada ilmu permotoran. Mommy pon baru saja tau pasal kereta ni. Baik kita beringat sebelum kena ye.

Kenapa bateriku.com selamat untuk wanita bila bateri kong?

PERTAMA
Kerana installer yang boleh dipercayai (jujur) dan berpengalaman. Kerja mereka memang cekap dan profesional. Semua soalan mommy dijawab sehingga mommy faham.
Installer yang boleh dipercayai

KEDUA
Kerana perkhidmatan PERCUMA. Kita cuma perlu bayar harga bateri sahaja. Harga bateri pula lebih murah berbanding di tempat lain. Bab bandingkan harga, daddyG dah survey memang betul, bateriku.com punya harga bateri lagi banyak murah.

KETIGA
Kerana penghantaran, pemasangan dan pemeriksaan PERCUMA. Jika bukan masalah bateri tiada caj dikenakan.

KEEMPAT
Kerana staff bateriku.com akan menemani anda sehingga ada bantuan lain sampai.

KELIMA
Kerana warranty boleh dibuat dimana-mana kawasan yang diliputi oleh bateriku.com.
Sebagai contoh. Jika mommy beli bateri di cawangan bateriku.com Shah Alam. Tiba-tiba kereta breakdown masa bercuti di Penang. Mommy boleh refer pada cawangan Penang untuk membantu. Mommy tak perlu balik ke Shah alam untuk membuat tuntutan
*mengikut terma dan syarat*

Jadi Bateriku.com adalah inisiatif berguna dan selamat buat wanita ketika menghadapi masalah kereta rosak. Jangan lupa save nombor hotline bateriku.com tau.

Bila wanita hadapi masalah bateri kereta, terima kasih bateriku.com


NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Muat turun aplikasi mudah bateriku.com sekarang >> http://apps.bateriku.com/