Tips atasi masalah lebam bawah mata

Assalamualaikum.. Mommy ni kan ada masalah lebam bawah mata.. Pening la cari cara berkesan nak hilangkan lebam bawah mata.. Masalah mommy satu yang susah sangat nak elak adalah suka tenyeh atau tonyoh mata bila gatal. Sebenarnya dah tahu tak elok kalau kita tenyeh kuat-kuat tu. Tapi kan...gatal tak tahan sangat.. Kecuali kalau mommy pakai eyeliner, sanggup tahan gatal sebab tak mahu muka comot..haha 

Masalah lebam bawah mata

Lebam bawah mata atau di panggil "eyebag" terjadi apabila kulit bawah mata menjadi nipis. Oh ya ka?

Apa sebenarnya punca lebam bawah mata? Antara puncanya adalah tidur yang kurang menjadikan kulit  LEBAM muncul pada bahagian bawah mata.  

Mommy nak kongsikan cara terkini memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata dengan menggunakan Teknologi KSK III terkini  dari Jepun iaitu biomist khas utk lebam bawah mata.

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator mampu meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangkan eyebag yang nampak jelas. Wahh sangat menarik apabila pertama kali mommy mendapat info ini.

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator boleh:-

  • Menolong menegangkan kawasan sekeliling mata.
  • Menghilangkan bulatan hitam di bawah mata.
  • Melembap dan mengurangkan kesan lebam kulit di sekeliling mata.
  • Menenangkan kawasan kulit bawah mata.
  • Mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata.
  • Menjadikan kulit mata lebih segar dan sihat
  • Menghilangkan  garis-garis kulit bawah menjadi licin ,halus sekitar mata.


Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator berupaya mencegah dan mengawal masalah lebam bawah mata. 

Selama ni mommy ingatkan masalah lebam bawah mata dihadapi oleh kaum wanita sahaja. Rupa-rupanya masalah ini dihadapi juga oleh kaum lelaki. Tapi biasalah kan, orang lelaki selalu "take easy" je hal macam ni melainkan si isteri yang menjaga hal penampilan suaminya. 

Ini sedikit info untuk ada, 5 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata.

1. Keturunan
Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan
Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.

3. Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.

4. Pertambahan Usia atau Penuaan
Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.

5. Alergik atau Alahan
Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.

6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia
Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.

Tips Petua orang lama atasi masalah Lebam Bawah Mata

  1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan
  2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif)
  3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda.
  4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh 

Kalau tips di atas tak boleh nak ikut atau tak menjadi juga, maka jom lah kita cuba gunakan AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator. Produk ini adalah produk yg menggunakan water based.  Ia membuat kulit bawah mata kita yang sangat nipis  ini dapat direhatkan dengan formulasi baru ini. Biomist adalah bahan cecair seperti air yang mengandungi bahan berkualiti halus mampu meresap,  menyegar dan mengaktifkan semula sel kulit.

Mommy irra pengguna AMEENA KSK III Enegy Crystal Skin Activator rasa berpuas hati menggunakan produk ini.

Waktu dan cara menggunakan AMEENA dengan jimat:-
Step 1
> sembur pada tapak tangan dgn dekat tau dengan sekali picit sahaja
Step 2
> Ambil jari manis sapukan dibahagian kiri dan kanan di bawah mata dgn sekata
Step 3
> Selebihnya tempek atau sapu dieseluruh kulit muka yang bermasalah...bahagian jerawat dan parut 

Bila nak pakai AMEENA?
AMEENA boleh dipakai 3-4 kali sehari
PAGI > Selepas  ke tempat kerja
TENGAHARI > Pada jam 12 dan 3 petang
MALAM > Sebelum Tidur

Nak cantik dan kesan yang optimum kena lah pakai secara konsisten. InsyaAllah masalah lebam bawah mata akan beransur pulih.

Eh eh eh nak beli kat mana ni mommy? Boleh buat belian dengan kawan agen ameena --> Eyda : 019-5081433

Untuk info lanjut boleh layari website : http://www.ameenacare.com/

9 comments:

  1. Boleh try nanti..
    AM ada lebam mata juga nie..
    Maklum la malam2 jadi musang je keje ya..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sy takda masalah lebam bawah mata hihi

    ReplyDelete
  3. Menunjukkan bahawa usia kita semakin lanjut.

    ReplyDelete
  4. Yay ada solution kalau mata lebam

    ReplyDelete
  5. emm baru tahu lebam bwh mata pun boleh disbabkn keturunan. aina dri zaman skolah ada mata panda. dan semakin menjadi2 sjk masuk u ni dh jadi ainaa panda. hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah & terima kasih Irra sebab dah mencuba...

    ReplyDelete