Service aircond murah di Klang

DaddyG kata dia nak pasang aircond bila duduk rumah sendiri. Ya memang daddyG tunaikan janji. Tak sampai seminggu duduk rumah baru, daddyG dah pasangkan aircond.

Dah 8 bulan guna aircond, ada la 2 kali mommy cuci sendiri blower aircond tu. Lepas tu mommy taknak dah buat.

Nak dijadikan kisah, baru ni tiba-tiba je aircond tak hidup. Aik apa yang rosak? Aircond baru pakai dah rosak? DaddyG balik buka plug aircond dan tukar fius baru. Aircond berfungsi semula.

Lepas tu baru lah daddyG minta mommy carikan orang untuk servis aircond. Cari beberapa orang. Ya ampun. Mahalnya. Ada RM230. Ada RM180. Sehingga lah dapat RM140. Paling murah dari yang lain, maka mommy pilih yang RM140.

Service aircond murah di Klang


Daddy pesan suruh tengok kerja-kerja mencuci aircond dan ambil gambar.


Kotornya kompressor aircond ni. Kompressor ni dicuci dengan menggunakan air kimia. Adik yang service aircond ni namanya Mohd Nor.


Mohd Nor kata tak boleh selalu cuci dengan air kimia. Nanti cepat reput dan cepat rosak. Tapi kompressor tak apa. Kompressor tak sesensetif aircond dalam rumah.

Service aircond murah di Klang
Service aircond murah di Klang

Mohd Nor nak cuci dengan air kimia pada aircond. Malangnya tak dapat buka. Ketat sangat aircond tu dipasang.


Jadi aircond tak boleh diturunkan. Maka barang dalaman aircond dikeluarkan. Kotor sungguh blower aircond ni.


Nampak kekotoran pada blower ni lah yang menyebabkan mommy mendesak daddyG service aircond.


Entah-entah sebab aircond kotor lah selsema Amal lambat baik.
Kawan-kawan facebook mommy suruh beli air purifier. Hahaha korang nak sponsor, mommy ok je.


Last sekali yang Mohd Nor buat adalah ambil bacaan gas.


Dua jam baru siap semua. Aircond malam tu terpaksa ditutup sebab sejuk sangat. Terbaik lah service aircond dari adik Mohd Nor ni.

Adik Mohd Nor punya page Cooling Universal Service atau hubungi 017-372 4899

4 comments:

  1. aircond kat rumah aina xpernah cuci kekekeke

    ReplyDelete
  2. kalau tak service nanti tak rasa pulak aircond nya hihi

    ReplyDelete
  3. saya pun tgh mencari yg murah2...huhu

    ReplyDelete