Dapatkan Borang Bantuan Awal Persekolahan 2017 Negeri Kedah pada 1 Januari

Sekarang dah masuk hujung bulan Disember. Ibu bapa pasti dah sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan terakhir buat anak-anak. Untuk negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah memberi bantuan awal persekolahan 2017 kepada mereka yang berkelayakan. Borang bantuan boleh didapati pada 1 Januari nanti. 

Syarat penerima bantuan awal persekolah 2017 adalah:-
  1. Berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah sebulan.
  2. Setiap pemohon (suami/isteri) mestilah mempunyai bilangan anak yang BERSEKOLAH sekurang-kurangnya TIGA (3) orang.
  3. Pemohon (Ibu Tunggal) pula mestilah mempunyai anak yang bersekolah sekurang-kurangnya DUA (2) orang.
  4. Anak yang sedang belajar di peringat PRA SEKOLAH atau INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TIDAK diambil kira.

Makluman Bantuan Awal Persekolan 2017 Negeri Kedah

PROSEDUR SEMASA MENGAMBIL BORANG INI:
Bawa bersama KAD PENGENALAN dan SURAT BERANAK (anak-anak dan waris) yang ASAL


Borang akan di agihkan mulai 1 Januari.
  1. Baling - Masjid Charok Nau
  2. Bandar Baharu - Masjid Alfateh, Serdang
  3. Kota Setar - Aras Bawah, Menata Zakat
  4. Kuala Muda - Masjid Sultab Abdul Halim, Taman Ria Jaya
  5. Kubang Pasu - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Kubang Pasu
  6. Kulim - Masjid At-Taufiq, Air Merah
  7. Langkawi - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Langkawi
  8. Padang Terap - Masjid Kg. Tanjung Kiri
  9. Pendang - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Pendang
  10. Pokok Sena - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Pokok Sena
  11. Sik - Masjid An-Naim, Namek
  12. Yan - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Yan

Semoga dengan bantuan awal persekolahan ini dapat membantu dan mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.

1 comment:

  1. bagus nyer inisiatif ni.
    bab kiraan anak tu mesti tau.
    lagi byk anak, lagi tinggi kos parents tanggung.

    ReplyDelete