Tukar alamat Kad Pengenalan dalam cip

Tukar alamat Kad Pengenalan dalam cip | Mommy pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk tukar alamat alamat kad pengenalan dalam cip. Sekarang dah jadi penduduk tetap di Selangor, maka kena lah tukar alamat ke alamat tetap. 

Agak-agak korang boleh tahu tak kenapa mommy tukar alamat IC je? Kenapa tak tukar IC terus?

Meh mommy nak khabar. Sebenarnya mommy tukar alamat sebab nak tukar tempat mengundi. Sebelum ni seorang mengundi di utara seorang lagi di Pantai Timur. 


Bila dah bising kononnya mengundi tahun hadapan, baru lah daddyG kalut nak tukar alamat mengundi. 

Tukar alamat dalam cip sahaja tidak mengambil masa yang lama. Tiba sahaja giliran anda, terus pegawai bertugas tukarkan alamat dengan bayaran RM2. Siap!

Haa bila mommy google "tukar alamat kad pengenalan", ada rupanya di website JPN


Permohonan gantian tukar alamat kad pengenalan



Tapi daddyG tak dapat tukar alamat sebab cip kad pengenalan daddyG dah rosak. Kesimpulannya kami kena datang semula ke JPN. Sekian.

3 comments:

  1. wahhhh boleh nanti nak tukar gak... ekin pun alamat ic kat kelantan gak...

    ReplyDelete
  2. cip selalu bermasalah sebab letak dlm wallet bg lelaki dan duduk atas dia kerap.. haha montot keras gitu..eh :)

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Suami sy pun baru je sebut haritu nak tukar alamat kat IC sebab nk mengundi kat kg...hehe.
    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com.(^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete