Terapi.my servis urutan dan bekam terus ke rumah

Terapi.my servis urutan dan bekam terus ke rumah | Assalamualaikum.. Hari ini mommy nak kongsikan mengenai terapi.my yang menyediakan servis urutan dan bekam terus ke rumah. Senang la bila juru terapi datang ke rumah. Tak perlu nak bersiap keluar rumah.

Terapi.my
Servis urutan dan bekam terus ke rumah

Rawatan urut tradisional telah menjadi amalan turun temurun nenek moyang kita. Berbekam pula adalah amalan Rasulullah dan para sahabat. Kedua-dua ini adalah terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan dan baik untuk kesihatan.

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan bekas bekam di badan atlit renang Amerika Syarikat, Michael Phelps di Olimpik Rio 2016. Rupanya satu dunia dah sedari kelebihan berbekam.

Atlit sukan renang Amerika Syarikat, Michael Phelps di Olimpik Rio 2016

Dengan berbekam, toksin dalam badan dapat dikeluarkan melalui darah kotor dari permukaan kulit. Bekam baik untuk mengubati segala jenis penyakit.

Cerita mommy pula. Mommy mula kerap berurut sejak mommy kerap sakit pinggang tahun 2012. Sakit yang teramat sangat sehingga mommy mencari tukang urut. Selepas berurut baru mommy tahu mommy mengandung anak kedua.

Ada yang kata masa mengandung tak baik berurut. Tapi ada juga yang kata boleh je berurut masa mengandung. Lebih-lebih lagi apabila dengan berurut sahaja dapat mengurangkan sakit dan memberi keselesaan.

Banyak kelebihan berurut seperti:-
  • Membantu melegakan stress
  • Menurunkan berat badan
  • Melegakan masalah urat
  • Memberi kesegaran pada tubuh badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin
  • Meningkatkan sistem daya tahan badan
  • Menghilangkan rasa kebas dan lesu.


Terapi.my servis urutan dan bekam terus ke rumah

Terapi.my bukan sahaja menyediakan servis urut dan bekam, malah ada juga reflexologi. Dimaklumkan juga tahun 2017 akan ada servis mengurut orang berpantang.
Servis terapi.my

Reflexologi adalah rawatan urut titik refleksi pada tapak kaki. Setiap titik refleksologi berkaitan dengan organ tubuh badan yang tertentu. Jadi dengan membuat urutan pada titik refleksi akan melancarkan perjalanan darah dan memberi kesihatan yang lebih baik.

Titik refleksologi : sumber google

Banyak kelebihan refleksologi ini :-
  • Melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan
  • Meningkatkan daya tahan atau imunisasi individu
  • Mengelak risiko tulang reput
  • Membetulkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan kaki
  • Menguatkan otot pada bahagian kaki
  • Membantu kencing tidak lawas
  • Menguatkan struktur tulang dan pinggul
  • Menghilangkan sakit sendi
  • Menghilangkan rasa letih
  • Mengurangkan risiko sembelit
  • Mengelakkan masalah usus
  • Mengelakkan masalah pada bahagian peranakan dan batin.

Tapi...ada juga urutan yang mendatangkan sakit. Haa yang ini kita kena berhati-hati memilih juru terapi. Mommy pernah sakit sehingga demam selepas berurut. Badan yang dah sakit, bertambah sakit pula. 

Dengan Terapi.my kita tak perlu risau kerana Terapi.my menyediakan juru terapi profesional pada harga yang berpatutan. Berikut adalah senarai harga setiap rawatan.

Harga servis terapi.my

Satu perkara penting lagi, mesti ada yang risau dapat juruterapi yang berlainan jantina. Haa jangan risau tau. Ada juruterapi wanita dan lelaki. Melalui laman web www.terapi.my kita boleh tengok masa dan juruterapi yang "available".

Dah cerita panjang kan, mesti ada yang teruja nak menggunakan servis terapi.my.  

Cara buat tempahan di terapi.my

Hanya dengan 4 langkah mudah, juru terapi akan datang ke rumah anda!
1. Lakukan tempahan rawatan melalui website Terapi.my atau aplikasi mobil(masukkan kod terapi4 untuk dapatkan diskaun 10%)
2. Lakukan pembayaran secara online.
3. Nantikan juruterapi terus ke rumah anda
4. Juruterapi tiba ke rumah anda.

Langkah mudah menggunakan khidmat terapi.my

Kenapa perlu memilih terapi.my?
  1. Kita tak perlu keluar rumah dan boleh mengelak kesesakan lalu lintas.
  2. Rawatan boleh dibuat sehingga selepas 11 malam. Masa rawatan dari 8 pagi sehingga tengah malam setiap hari menyenangkan mereka yang bekerja.
  3. Tempahan mengikut kesesuaian jadual pada bila-bila masa. Tetapi tempahan perlu dibuat lebih awal dari tarikh dirawat.
  4. Disebabkan rawatan hanya di rumah sendiri, kerja-kerja rumah boleh diteruskan seperti biasa selepas rawatan. 
Kawasan liputan pula adalah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Selangor

Kuala Lumpur

Putrajaya

Kawasan liputan ini akan bertambah dengan bertambahnya perawat bergerak ini. Korang kena selalu lah buka website terapi.my.

Terapi.my servis urutan dan bekam terus ke rumah

Bila lagi nak "pampered yourself" kan, jom  ke terapi.my dan gunakan kod terapi4 untuk dapatkan diskaun 10%. 

Website : terapi.my




46 comments:

  1. Bestnya..senang dtg ke rumah terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra dah try ritu kak. Senang pon senang nak berurusan dengan pihak terapi.my.. Dtg rumah on time..best

      Delete
  2. Alamak. Presint 9 xde pulak. Blh x agaknya presint 8 tu ke presint 9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah rasanya. Ewan boleh terus tanya kat terapi.my

      Boleh chat kat situ..atau whatsapp

      Delete
  3. wahh.. bleh jadikan hadiah untuk husband ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea..tapi laki irra ni takut sakit..hahaha

      Delete
  4. Bagus la ada servis mengurut gini kan. Panggil je g umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul zatie. Mommy dah try sekali. Sangat puas hati. Xyah nak siap mekap cecantik..keke jimat

      Delete
  5. Replies
    1. KL ada kak... Lepas ni ada pusat-pusat terapi.. Boleh terus g pusat terapi berdekatan

      Delete
  6. Nnti i nk tunjuk kt husben la hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk dan suh dia try..hehe..dh dlm kawasan tu..memang berbaloi harganya

      Delete
  7. bagus ni, baru teringat. last urut masa zmn skolah rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi xpe...hihi nnt dh kawen, ms pantang kne berurut tau

      Delete
  8. Teringin nak try tapi takut. Tapelah abaikan teringin tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy pon takut. Tapi bila cuba, xsakit pon..siyess

      Delete
  9. Mmg best kalau dpt booked dr rumah.. pastu rawatan pula buat kt rumah sendiri... selesa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah bersiap keluar rumah..ya rasa selesa sangat..pastu perawat pon terbaik...memang puas hati la...

      Delete
  10. Teringin nak berbekam.. senang terus dtg rumah kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area kawan rumah yoorin mesti cover..boleh la try

      Delete
  11. Bagus ni , dah bias bekam memang best rasa segar pengaliran darah lancar. Terasa sedap selepas berbekam. Sunnah nabi kita buat sekali seumur hidup memadai.. tapi ada baiknya setahun sekali bekam utk kebaikan kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra tanya ritu perawat kata bergantung kepada masalah badan.. Ada yg boleh buat sebulan sekali..ada yg 6 bulan sekali..kena dapat khidmat nasihat juga la..lagipon mereka mmg pakar boleh tahu apa masalah badan kita

      Delete
  12. Harap sgt ade juru terapi wanita utk sebelah malam.. :)

    ReplyDelete
  13. memang mudah kalau dapat org panggil di rumah berbekam dan urut.. bestnya.

    ReplyDelete
  14. bagusnya Terapi.my ni. mudah la kalau nak berurut lepas ni. call je untuk booking kan

    ReplyDelete
  15. Klau kat seremban ada nnti xsabar nak guna khidmat ni.. ;)

    ReplyDelete
  16. Best nya... Mudahkan... Datang ke rumah terus.... Bila nak ada kt perak pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada tu terapi.my satu Malaysia satu hari nanti

      Delete
  17. bestnya. kalau ada kat sarawak.. memang akan guna servis yg boleh dtg rumah ni..

    ReplyDelete
  18. Teringin nak berbekam sebab tak pernah bekam. Menunggu terapi.my melebarkan cawangan di seremban ^-^

    ReplyDelete
  19. untungkan orang yang berdekatan, tinggal booking ja, pastu tunggu kat umah.

    ReplyDelete
  20. Bestnyaaa servis yang macam ni. Petaling Jaya ada tu boleh lah nanti nak buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah nani. Nanti dah buat boleh la story mory

      Delete
  21. Cara tempahan yang mudah sudah pasti akan memudahkan pelanggan untuk mencuba perkihdmatan dari terapi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya papa, senang dan mudah sangat nak follow. Mommy sendiri dah guna. Memang terbaik

      Delete
  22. Bestnya ada service urutan ke rumah. Nanti nak tempahlah..

    ReplyDelete
  23. Bestnya kalau ada juruterapi dtg umah..

    ReplyDelete
  24. Best ada servis mcm ni, kena cuba 😉

    ReplyDelete
  25. Wah..senang ada servis urutan dan bekam terus ke rumah ya..

    ReplyDelete
  26. Menarik ni dan memudahkan perkhidmatan seperti ini.

    ReplyDelete
  27. Baru tahu ada perkhidmatan bekam ke rumah. Tak pernah cuba bekam. Tapi tahu banyak kebaikannya. Maybe one day nak cuba jugak. Tq sharing :)

    ReplyDelete
  28. Memang bagus perkhidmatan yang disediakan oleh terapi.my memang ramai yang dah cuba, dan telah berpuas hati.

    ReplyDelete