Tidur bagaikan raja di atas King Lerveik

Rumah kami biasa-biasa sahaja. Syukur alhamdulillah kami dah memiliki rumah sendiri. Baru berpindah Mac 2016.

Mommy sejak akhir-akhir ni kan mommy macam dah gila IKEA. Padahal bukan sekarang je suka barang IKEA, dah lama tau. Towel pon daddyG cari towel IKEA. Tapi daddyG beli barang yang kecil-kecil je.

Bila mommy dah join group As Is di facebook, mommy baru la tau ada Kutu barang IKEA. Kawan-kawan mommy suruh mommy berhati-hati. Takut mommy kena tipu. Mommy pon dah yakin la baru join kutu. Siap request kutu King Lerveik ni.

Kutu ni dia macam meringankan beban. Tak perlu keluar sedebak rm599. Upah personal shopper tu memang akan ada. Bila ada personal shopper ni, tak perlu dah kita nak pergi ke IKEA. Tak perlu bersiap pakai cantik-cantik. Tak perlu isi minyak kereta. Tak perlu bayar tol. Tak perlu bayar parking. Tak perlu berjalan dalam IKEA yang besar tu. Tak perlu bersusah nak beratur bayar. Jadi upah untuk personal shopper berbaloi sangat lah.

Disebabkan beli katil King. Maka tak muat la saga BLM kami. Bayar lagi untuk upah delivery. Kalau guna lori IKEA sama je harga.

King Lerveik

Hari Selasa lepas, 6 September 2016 tilam mommy dah berkatil. Yeayy! Setelah sekian lama.. Hahaha walaupon mommy dah ada tilam tebal, tapi mereka tetap suka tidur atas toto depan tv.

Sekarang walaupon ada katil, mereka tidur di atas toto depan tv juga. Sesak wei 5 beranak atas tilam. Maka mommy tidur bagaikan rasa di atas King Lerveik! Ehh permaisuri lah.. Lalalala.. Dan ditemani Amal Insyirah yang tak boleh berenggang dengan mommy..

DaddyG pasang katil King Lerveik

Sebelum berkatil. Opss mommy dah buang sarung tilam. Opss lagi! Cantiknya langsir mommy!!! 

Uniknya IKEA ni. Sangkut macam tu je. Tapi kukuh! 

Dah siap pasang. Gagah dah gigih daddyG pasang. Hehe thank you!

Wowweeee tingginya! Bila letak katil baru la sedari bahawa gabungan katil dan tilam itu sangat tinggi. Kaki mommy sendiri tak cecah lantai. Muahahhaaa.. Adik Amal langsung tak boleh naik..


Kecik je bilik mommy? Hurmm nanti daddyG ada rezeki lebih kami besarkan bilik dan buat satu bilik air.. 

Alaaa masa untuk berada di bilik tidur adalah masa tidur je la. Anak-anak pon mommy tak bagi main dalam bilik tidur. Jangan luaskan kawasan penyepahan mereka lagi. So mommy ok je dengan keluasan bilik tidur ni.

Sempit? Bilik mommy ni sederhana dan selesa. Tambah ada katil ni lagi lah rasa macam wahhh.. Lepas ni menabung beli langsir pulak. Haa langsir lama ada je.. Tapi penyangkut tak ada.. Haha.. Berjasa kain batik dan kain pelekat itu sementara nak ada penyangkut langsir. 

Korang nak usha jugak kutu IKEA? Jom masuk group ni 

Group facebook: IKEA MALAYSIA HOT ITEMS {Bersama Jepp & Farah}

Dan jangan lupa join group facebook IKEA AS IS & PRELOVED ITEMS

7 comments:

  1. cantiknyaaaaa tadi pun kita pi ikea rambang mata huhuuu

    ReplyDelete
  2. kalau pegi ikea semua benda nak beli

    ReplyDelete
  3. sis..bawah katil tu kayu ke besi jugak ekk? yg kaler choc tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayu..cuba tgk gambar kedua hujung tu..dia mcm tu je asalnya..

      Delete
  4. Bestnya katil baru! Alaaaa mamik... kecik2 lama2 jadi besar. Untung ada bilik sendiri yang boleh design macam2 :)

    ReplyDelete