Cermin IKEA sangkut di pintu je

Sekarang kat rumah mommy ada cermin IKEA sangkut di pintu je.. DaddyG sangkut di pintu bilik kedua.. Plan asal nak pasang langsir kononnya untuk setiap pintu bilik belum terlaksana.. Bila dah ada cermin IKEA sangkut di pintu je, tak perlu dah pasang langsir ni..

Cermin IKEA sangkuy di pintu je

Dulu mommy ada buat satu entry Tak lengkap bilik air tanpa cermin. Selepas beberapa hari je update di blog, terus cermin tu tamat riwayat beliau.


Dah pecah tak ada lah pulak mommy nak update blog. Hahaha... Sedih tau cermin tu pecah.. Tapi bersyukur sangat tak jatuh masa anak-anak mandi. 

Tamat riwayat

Cermin tu dah cantik sangat. Tapi tak panjang umurnya. DaddyG yang turut bersedih taknak dah gantikan yang baru. Maka tak ada lah cermin di bilik air. 

Nak hadap cermin boleh pergi hadap cermin sangkut di pintu bilik kedua.. Kukuh dia di situ..

Eh harga cermin sangkut tu RM119.. Tapi puas hati lah boleh tengok muka sendiri hari-hari. Bila lah nak kurus ni T_T

4 comments:

  1. wahh, boleh tengok dari atas sampai bawah..")

    ReplyDelete
  2. bestnyaa ada cmni. xsusah2 nk paku dah

    ReplyDelete
  3. hehehe.. tak pe.. gantinya lagi panjang.. puas tengokkk

    ReplyDelete
  4. okay... terus aku ajak laki p ikea. haha

    ReplyDelete