Recycle tin biskut jacob jadi rak kasut

Untuk kesihatan anak-anak, mommy bagi makan biskut jacob. Daddy mesti beli bila ada sale. Harga biskut jacob boleh cecah RM13.90 satu tin. Tapi bila sale dapat RM9.90. 

Jadinya kat rumah mommy banyak sangat tin biskut. Dok simpan-simpan nak kumpul buat apa ntah. Sekali bila tengok kasut bersepah depan pintu, dapat idea nak recycle tin biskut.

Bahan-bahan yang mommy gunakan adalah:-
  • 20 Tin biskut
  • Kertas A3 
  • Soletape
  • Wrap 
  • Gunting

Balut tin biskut dan wrap. Siap!

Ini lah hasilnya tempat letak kasut. Tapi adik Amal nak duduk. Kakak pon pantang la. Menyibuk nak duduk juga.
Berguna jugak kau

Ini belum cukup nak jadi rak kasut sebab tak ada tutup atasnya. Lagipon tin biskut yang ada boleh buat ini sahaja. 


Lepas ni mommy kumpul lagi tin biskut. Nak buat tutup supaya tak kena tahi cicak. 

5 comments: