Parut pudar dan wajah cerah dengan selamat

Parut pudar dan wajah cerah dengan selamat. Muka mommy ni susah tau nak naik jerawat. Kalau naik pun masa tengah sarat mengandung. Memang tiga kali mengandung mommy tahu dah tiba masa nak bersalin apabila jerawat penuh di muka. Mommy pasrah dan redha. Lepas bersalin kesan jerawat tu akan hilang sendiri. Tau tau dah tak ada. Malangnya baru baru ni mommy sakit mulut. Sakit selama 10 hari dan meninggalkan kesan parut yang buruk sekali. Raya dah nak dekat. Malu la nak keluar beraya nanti. Menangis mommy tepi bucu katil kalau parut ni tak hilang. Maka mommy pon memulakan pencarian solusi parut pudar dan wajah cerah dengan selamat. Haha mommy ni, nak juga cerah tu... Sebenarnya tak la nak cerah putih gebu tu, mommy idamkan wajah yang berseri. Tapi nak kena hilangkan parut dulu.

Malu nak tunjuk wajah penuh mommy. Mommy tunjuk bibir je lah aci kan? Tiap kali kononnya mommy nak rakam gambar masa mulut tengah sakit tu, tak jadi nak snap. Buruk macam mulut sumbing. Tak sanggup nak simpan gambar buruk tu.

10 hari derita sakit mulut ni. 

Sempat ke parut ni nak hilang? Selama 10 hari sakit tu mommy memang duduk dalam rumah je tak ke mana. Nak ke rumah jiran pon segan. Dulu mommy ada pengalaman pernah jadi parut di atas mulut sebegini. Berbulan juga lah nak baik. Jangan la berbulan...raya dah dekat ni...

Sebenarnya mommy ada beli skincare produk Cosmoderm. Mommy beli secara online je di www.cosmoderm.com.my . Semua nya disebabkan rasa cemburu tengok blogger pakai di facebook dan instagram. Haih tak boleh jadi ni. Mommy wajib cuba juga.

Set Luminous Pearl Cosmoderm dan Vitamin E Cream

Wajah mommy tanpa foundation sebelum menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm

Setelah seminggu menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm

Selepas seminggu menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm, mommy dah tak perlu pakai sebarang foundation lagi. Cukup sahaja set Luminous Pearl Cosmoderm dah boleh buat wajah nampak berseri.

Malangnya macam cerita mommy mula-mula tadi, selepas 2 minggu mommy menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm, mommy sakit mulut. Maka sepanjang sakit 10 hari tu mommy tak sapu apa-apa kecuali ubat sahaja. Tengah sakit dah tak fikir nak melawa dah. Asyik mengadu sakit je. Huhu 

Bila dah hilang sakit, mommy sambung la guna Luminous Pearl Cosmoderm semula pada 14 Jun. Mommy ada kurang tiga minggu nak hilangkan parut sebelum raya. Sehingga mommy terpaksa ambil gambar dengan style baru untuk tutup parut di bibir tu. Malu T_T

Comel juga buat muka begini. Hehe tapi kalau nampak parut tak comel dah

Kulit dah cantik tapi parut masih ada lagi..

Cara menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm

Langkah pertama cuci muka dengan Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser. Picitkan sedikit Pembersih Pencerah Wajah di atas tapak tangan yang lembab. Urut dengan lembut ke atas permukaan wajah yang basah dengan urutan bulat kecil ke dalam. Kemudian bilas dengan air. 

Pembersih Pencerah Wajah Luminous Pearl Cosmoderm

Pembersih berbuih halus dan lembut berkesan membersih kotoran persekitaran serta kesan solekan daripada kulit muka dengan sempurna tanpa meninggalkan saki baki dan menghasilkan kulit lebih cerah, lembut, licin bak sutera dan lebih sekata. 

Ya mommy akui menggunakan pembersih Luminous Pearl dah buat kulit rasa lembut dan wangi. Rasa nak cuci muka selalu. Tapi tak boleh tau cuci muka selalu. Sehari 2-3 kali sahaja.

Brightening Mousse Cleanser

Langkah kedua, tuang sedikit penyegar pencerah muka / brightening toner ke atas kapas. Sapukan dengan rata ke atas muka. Boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai penyegar muka.

Brightening toner

Penyegar muka/toner bertindak membersih dan menyegarkan dengan menyapu bersih sel-sel mati dan saki baki pencuci. Ia mengandungi Active-G yang merangsang penjanaan sel baru agar kulit lebih berseri.

Langkah ketiga adalah menyapu Day Active Protector SPF50 PA+++ secara lembut ke seluruh wajah. Urut secara lembut sehingga krim diserap sepenuhnya. Gunakan sekali atau dua kali sehari secara konsisten. Untuk lebih berkesan, guna bersama Dark Spot Corrector.

Day Active Protector

Langkah keempat, sapukan Dark Spot Corrector dibahagian berjeragat atau ke seluruh wajah mengikut keperluan. Urut secara lembut sehingga krim diserap sepenuhnya. 

Dark Spot Corrector

Mommy guna sedikit sahaja dark spot corrector untuk meratakan tona kulit. 

Untuk malam pula, selepas bersihkan muka dengan cleanser dan sapukan toner, mommy sapukan Brightening Night Serum. 

Brightening Night Serum

Selepas seminggu, selang seli sapu dark spot corrector dan vitamin E Cream. 

Vitamin E Cream

Kulit mommy ada mengalami pengelupasan nipis. Bila tanya daddyG, daddyG kata tak perasan pun. Cuma mommy rasa pedih sikit muka. Tapi kepedihan tu hilang bila mommy sapu Vitamin E Cream. Lebih-lebih sekarang bulan puasa kan, jadi kulit lebih mudah kering.

Parut pudar dan wajah cerah dengan selamat menggunakan Luminous Pearl Cosmodern

Hasil selepas 2 minggu menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm sangat mengujakan. Ya parut itu pudar. Momny happy sangat.

Parut pudar dengan Luminous Pearl Cosmoderm

Dengan penggunaan yang konsisten dan mendapat konsultasi daripada pihak Cosmoderm, parut di atas bibir semakin pudar. 

Sebelum dan selepas guna Luminous Pearl Cosmoderm

Pengguna Cosmoderm boleh mendapat konsultasi daripada pihak Cosmoderm untuk apa jenis produk. Ini yang membuatkan mommy lebih yakin nak menggunakan Cosmoderm.

Mommy sangat berpuas hati menggunakan Luminous Pearl Cosmoderm kerana mengembalikan wajah asal mommy. Walaupun masih ada sedikit lagi parut, harap-harap raya nanti hilang dah parut semua.

11 comments:

  1. Alhamdulillah ...nampak perbezaanya mommy! Terbaikkk ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin ye kak..esok yaya balek kampung da..doakan ye...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Elok dah. Mommy boleh selfie takyah tutup mulut dah ><

    ReplyDelete
  4. wah mommy..nampak perbezaan nya..nak try jugak laa..nak hilangkan parut jerawat kat muka..hihi

    ReplyDelete
  5. Bagus betul produk cosmoderm ni! Nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakannya selama beberapa minggu ^-^ daebakk

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah serasi.mommy kembali lawa n comel..aummms

    ReplyDelete
  7. Tambah berseri lah Irra raya nie ye..

    ReplyDelete
  8. Irra sama dgn cn, bila preggy mesti kulit muka bermasalah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ..daa tak nampak daa parut kat bibir..hehehe makin berseri2 wajah..

    ReplyDelete
  10. Berseri2 lah di pagi raya nie.. untunglahhh

    ReplyDelete