Kelambu moden murah

Mommy dah lama jual kelambu moden ni. Mommy hanya jual kelambu moden saiz king 2 pintu. Mommy jual kelambu moden murah murah je. Harga dari awal mommy jual kelambu moden murah sehingga sekarang masih harga yang sama.

Kegunaan kelambu moden
1. Masa dalam pantang atau anak kecil.
Sayang anak oi... Jangan kau nak dekati anakku, nyamuk! Mommy kalau nampak nyamuk memang tak boleh lena lah jawabnya. Ku cari sampai jumpa. Tapi bila dah ada kelambu, heeee bahagia hidup. Tak perlu risau nyamuk nak serang pipi gebu anak. Pipi gebu mommy pon selamat juga.

2. Pipi gebu tak gebu daddy pon selamat dari digigit nyamuk. Hehehee.. Kenapa? Sebab kelambu moden ni luas. Luas sehingga boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Luas dan selesa.

3. Masa anak pertama tak jumpa lagi kelambu moden. Jadi mommy guna kelambu gantung je. Mommy lemas duduk dalam kelambu gantung. Tak berangin. Tak selesa. Tapi dengan kelambu moden, angin boleh terasa sampai ke dalam. 

4. Mudah di bawa ke mana saja. Kelambu moden ini boleh dilipat. Jadi ia memudahkan kita nak bawa pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana tempat yang ada serang hendap oleh ngamuk.

5. Mommy jual kelambu moden king 2 pintu kerana kalau zip satu pintu rosak, boleh guna pintu yang satu lagi. Masalah ni timbul bila anak-anak suka bermain zip kelambu. Buka tutup buka tutup sampai tercabut. Budak-budak memang macam tu lah. Jadi kalau nak tahan lama, kena pastikan anak tak main zip kelambu.

6. Tempat selamat bagi bayi anda. Haaa masa anak kecil memang boleh buat. Mommy bagi Adam main dalam kelambu. Takde lah adegan mencapai wayar pc atau mengutip makan apa saja. Letak segala mainan dalam tu, baby pon taknak keluar. Mommy boleh tinggal baby dengan selamat. Mommy boleh masak , mandi atau buat kerja dengan tenang.

Itu yang mommy boleh guna kelambu moden sejak Adam lahir sehingga sekarang Adam dah berusia 5 tahun. Bagus sangat sangat bila ada kelambu moden ni.

Kelambu khemah
Kelambu moden murah; King saiz; 2 pintu

Kelambu moden murah

Kelambu moden yang mommy jual hanya bersaiz King jenama Danko Field Elephant. Kelambu ini bersaiz 200x200 (King) dan berharga RM40 (tak termasuk kos penghantaran).

Raya dah dekat ni, semua nak balik kampung. Jom dapatkan satu keluarga satu kelambu moden untuk di bawa pulang ke kampung. Beli sekarang sementara stok masih ada!

Sekiranya berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Mommy Irra samada whatsapp/sms di 013 356 0192 atau email ke beli@irrayyan.com.


3 comments: