Shah Rukh Khan dalam Chak De! India

Cerita Chak De! India ni dah lama dah. DaddyG baru download. DaddyG tau mana cerita ni best? DaddyG join channel https://telegram.me/Faibersgate . Kat situ lah mereka share movie-movie yang best. Pastu daddyG ajak mommy layan sama-sama. Alolooo so suweettt... Hahaa ini lah aktiviti wajib bersama dari mula kahwin.. Dah tahun yang ke 6.. Best sungguh ke Chak De! India?

Jom kita layan bang Kaali (heee melekat nama Shah Rukh Khan dalam Dilwale) dulu..

Chak De! India










Chak De India bermaksud Berusaha lah! India. Movie Chak De India menceritakan pasukan Hoki wanita India berlawan di Piala Dunia.

Shah Rukh Khan membawa watak jurulatih pasukan hoki wanita India, bernama Kabir Khan. Kabir Khan merupakan pemain Hoki India 7 tahun yang lepas. Akibat kekalahan dalam Piala Dunia beliau dianggap sebagai pengkhianat negara apabila dilihat bersalaman dengan pihak lawan selepas perlawanan tamat.

Haha mana-mana permainan atau pekerjaan ada politiknya. Media pula akan bertindak sebagai pemutar belit. Hadoiii. Fitnah tu fitnah! Bahaya betul. Mommy pon sebagai blogger adalah sebahagian daripada media. Blog mommy ibarat diari online. Mommy berkongsi apa yang mommy lakukan yang mungkin bermanfaat pada yang lain.

Betul la daddyG kata cerita ni best. Selain daripada wujudnya Bang Kaali sadoo, mommy suka penekanan semangat berpasukan dalam ChakDe! India. Semangat berpasukan penting bagi membawa kejayaan. Menang atau kalah tu adat permainan lah.

Bukan pasukan sukan jela perlukan semangat berpasukan, satu keluarga juga perlukan semangat berkeluarga untuk keharmonian bersama. Baru lah keluarga hidup bahagia mengharungi onak dan duri bersama.

Haa cerita ni macam Ola Bola versi india. Ceritan untuk menaikkan semangat cinta negara/nasional. Beza nya cerita ni pasal hoki wanita dan dibuat pada 2007.

Jadi korang boleh la download cerita ni. Chak De! India . Yang belum tengok lagi Neerja boleh download di Telegram juga.

1 comment:

  1. dah tengok dah ...memang cerita ni best. Karya lain dari yang lain, jalan cerita pun best! :)

    ReplyDelete